Bab 58

697 43 17
                                    

"Yazid!!!"

Yazid Shahidin menoleh pantas. Dia terkejut apabila terpandang Fatimah Az Zahra berlari-lari anak mendapatkannya membuatkan dia berkerut seketika. Dia memandang sekeliling untuk melihat jika ada sesiapa yang mengenalinya di situ. Dia juga amat risau jika Shamsul ternampak mereka berdua berbual kerana dia yakin lelaki itu pasti tahu segala-galanya.

"Awak ni tak boleh bagi salam ke.?" Tegur Yazid agak dingin. "Menjerit macam tu pula."

Fatimah memuncungkan bibirnya mendengar teguran itu. "Tak bagi salam je pun kan."

"Yalah." Yazid menarik nafas panjang. "Kita ni orang Islam. Cara sapaan kita adalah dengan bagi salam."

Fatimah hanya mendengus perlahan menunjukkan reaksi tidak suka dengan leteran seperti itu.

"Ada apa.?" Tanya Yazid serta-merta.

"Saja nak tanya khabar awak." selamba Fatimah menjawab sambil tersengih-sengih memandang lelaki itu.

"Saya baik je. Alhamdulillah." ujar Yazid.

"Baguslah." Fatimah hanya tersenyum tawar. Dia agak kecewa kerana lelaki itu tidak bertanya kembali.

"Awak tu macam mana pula.?" Tanya Yazid serta-merta. "Masih sama macam dulu ke.??"

"Awak ingat akan berubah ke.?" Fatimah merenung Yazid agak jengkel. Dia mula rasa bengang.

"Fatimah..." Yazid menarik nafas panjang. "Awak tak dapat rasa ke keistimewaan tempat ni langsung.?"

"Keistimewaan apa.??" Fatimah mengerutkan dahinya. "Awak ada nampak keistimewaan ke kat sini.??"

"Banyak sangat." jawab Yazid. "Tempat ni penuh dengan ilmu yang amat susah kita nak dapat di tempat lain."

Fatimah mendengus dengan riak wajah menyampah. Dia memutarkan bebola matanya untuk menunjukkannya.

"Awak sepatutnya hargai masa yang awak ada kat sini." nasihat Yazid yang sudah maklum dengan perangai gadis itu seperti itu. "Dan satu lagi..." Yazid memandang sekeliling seketika. "Jangan selalu jumpa saya kat macam ni... Terutama menjerit nama saya kuat-kuat macam tadi."

Fatimah terkedu mendengar kata-kata Yazid.

"Orang dah tahu awak tu bertunang dengan Shamsul." sambung Yazid lagi. "Shamsul tu dihormati di sini. Awak kena jaga perangai."

"Kenapa dengan awak ni.??" Fatimah menderam sambil mengerutkan dahinya merenung lelaki itu. "Apa dah jadi dengan awak.?? Awak ni bercakap dah mengalahkan ustaz!"

"Saya bercakap apa yang betul je, Fatimah."

"Pandai pula awak nak bercakap sekarang..." pintas Fatimah. "Yazid.... Awak jangan lupa apa tujuan awak ke sini."

Yazid terdiam serta-merta. Dia menarik nafas panjang kemudian segera tunduk. Dia langsung tidak lupa. Akan tetapi, tujuan itu sudah berubah sekarang. Sangat-sangat berubah. Tujuannya sudah lain.

"Saya dah semakin tak kenal awak lagi." luah Fatimah kasar. "Awak dah banyak berubah."

"Saya manusia, Fatimah." ujar Yazid sayu memandang gadis itu tidak tahu hendak berkata apa lagi. "Boleh berubah."

Fatimah tidak membalas sebaliknya merenung lelaki itu tajam.

"Okey lah." Yazid mendengus perlahan. "Saya nak ke pondok dulu. Ada usrah. Assalamu'alaikum."

Yazid segera beredar. Fatimah pula langsung tidak menjawab salam itu. Dia hanya merenung kelibat lelaki itu sehingga hilang dari pandangan. Lelaki itu sudah banyak berubah. Dia semakin tidak kenal dengan lelaki itu. Apa yang sudah jadi pada dia.? Kenapa dia jadi macam tu.? Adakah sebab Shamsul.?


******


Faizrul Nadzrullah berjalan tenang melalui setiap koridor madrasah itu. Pemandangannya yang indah amat menenangkan hatinya. Bumi ciptaan Allah itu amat cantik dan unik. Semuanya kaya dengan hasil bumi yang diberi percuma untuk manusia. Segala yang ada di muka bumi ini membantu manusia untuk terus hidup dan bernafas. Udara, air, matahari dan banyak lagi.

Langkah Faiz terhenti apabila terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya. Nazirah Qistina sedang duduk di sebuah kerusi di kawasan taman. Sukarnain Mukhsin pula berdiri tidak jauh dari situ. Mereka sedang berbual mengenai sesuatu yang tidak dia ketahui. Apa yang pasti ia adalah satu perkara yang mencuit hati kerana kedua-dua mereka sedang tersenyum dan ketawa. Orang ramai di sekeliling mereka hanya menjadi tontonan tidak dipedulikan.

Pada ketika itu, Faiz menyedari hakikat bahawa hati gadis yang bertakhta dihatinya itu hanya untuk Sukarnain. Dia ingat lagi bagaimana dia sering menjadi tempat luahan rasa sakit hati dan cemburu gadis itu mengenai Sukarnain dan Nurul Iman satu ketika dulu. Ketika kedua-dua hamba Allah itu terikat dengan pertunangan. Hati Jyra tidak pernah berubah terhadap lelaki itu. Kuasa Allah. Siapa tahu. Allah masih tidak menarik balik perasaan itu dalam dirinya. Walaupun hakikatnya perasaan Sukarnain pada orang lain.. Jyra tetap setia menunggu lelaki itu.. Macam-macam perkara boleh berlaku selagi belum dinikahkan. Itu lah lumrahnya.

Setelah penat menunggu, Faiz memberanikan diri untuk melamar Jyra menjadi tunangnya. Akan tetapi, dia ditolak. Bukan sekali. Tetapi sudah berkali-kali dia mencuba. Jawapan gadis itu tetap sama. Sehingga Sukarnain ditukarkan ke madrasah ini. Perasaan gadis itu tetap tidak berubah. Dan kini, mereka bertemu lagi tatkala pertunangan Sukarnain dan Iman sudah diputuskan. Peluang gadis itu lebih besar untuk mencuba nasib. Dan untuk Faiz. Dia hanya mampu tersenyum sambil berdoa. Cintanya pada gadis itu hanya mampu diungkapkan dalam doanya pada Allah.

Faiz menarik nafas panjang kemudian meneruskan langkahnya. Tidak sanggup untuk menyakitkan hatinya sendiri. Untuk membiarkan syaitan mula berbisik kepadanya untuk ada rasa marah dan dendam. Langkah lelaki itu terhenti sekali lagi. Dia terpandang Nurul Iman yang sedang duduk di tepi tasik itu bersendirian di tengah-tengah orang ramai di situ. Perlahan-lahan dia mendekati Iman.

"Assalamu'alaikum."

Iman tersentak serta-merta kemudian menoleh pantas sambil membetulkan kedudukannya. "Wa'alaikumsalam. Eh, Faiz."

Faiz hanya mengukir senyuman. "Buat apa kat sini.?"

"Tak ada apa-apa." Iman segera tunduk merenung rumput hijau yang berada di hadapannya.

Faiz menarik nafas panjang kemudian memandang sekeliling. Jelas terdengar banyak makna tersirat hanya dari nada suara gadis itu. Gadis yang sudah dikenalnya lama. Sama dengan Sukarnain.

"Sukarnain apa khabar.?" Tanya Iman tiba-tiba.

"Alhamdulillah baik." jawab Faiz.

"Saya tak tahu macam mana nak bertanya khabar dengan dia." beritahu Iman. "Dia nak tak nak je bercakap dengan saya."

"Sabar je, Iman." pujuk Faiz. "Lama-lama nanti Allah bukakan hati dia untuk cuba bebaik dengan awak."

"Saya tak salahkan dia pun." Iman mengukir senyuman tajam disebalik niqabnya itu. "Saya faham."

"Dia dah tak marah dengan awak pun." ujar Faiz yang sememangnya tahu cerita sebenar antara mereka. "Tapi dia perlukan masa untuk terima semuanya seperti sediakala. Itu je."

"Payah kan..."

Faiz segera memandang Iman sambil mengerutkan dahinya.

"Dalam setiap hubungan tu pasti ada ujian." sambung Iman lagi. "Yang kita sendiri susah nak laluinya."

Faiz tidak membalas.

"Saya perasan juga dia dah rapat dengan Jyra." akui Iman yang juga tahu kisah Faiz dengan gadis itu. "Gadis yang awak suka tu kan."

Faiz masih tidak membuka mulutnya.

"Apa-apapun..." Iman menarik nafas panjang. "Saya sentiasa doakan apa yang terbaik untuk mereka."


_________________________________________________


A/n : Jawab soalan boleh?? hehe. Siapa favourite karakter korang stakat ne?? hehe

> VOTE & COMMENT <

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now