Ahmad Syazani Syafi'e berjalan lemah melintasi setiap koridor itu. Memikirkan perkara yang semakin banyak menghantui dirinya sejak kebelakangan ini. Dia dapat merasakan sakitnya semakin teruk. Tidak dinafikan kerana dia menolak untuk menerima rawatan rapi di hospital. Dia tidak mahu ditahan di sana dan kawan-kawannya pasti dapat tahu.
Terlalu sukar mencari mencari alasan untuk keadaan itu dan dia belum sedia untuk memberitahu kebenaran. Hanya Asyraf yang tahu segala-galanya dan lelaki itu sentiasa menemaninya ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Dia hanya mampu bergantung pada ubat yang sentiasa dia makan untuk bertahan.
Mengenai Noorizan. Dia semakin tidak kenal dengan lelaki itu. Memang benar lelaki itu tiada salah kerana dia dalam keadaan tidak ingat mengenai apa-apa. Akan tetapi, Noorizan terlalu keras kepala dan seolah-olah dia tidak mahu mengingati apa-apa.
Dia dan Hisham benar-benar kecewa dengan sikapnya yang memutuskan pertunangan tanpa sebab yang kukuh dengan Aieyn. Ia langsung tidak patut dilakukan. Lelaki itu juga sering menghilangkan diri entah ke mana dan hanya balik ke bilik jika mereka tiada atau semasa hendak tidur. Dia benar-benar mengelak dengan semua orang.
Dan akhir sekali mengenai gadis yang disukainya, Farra'Ain Wardina. Dia benar-benar rasa bersalah kerana mengelakkan diri dan melayan gadis itu dengan teruk. Tapi dia tidak mampu. Tidak mampu memandang wajah gadis itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Mungkin memang Allah telah takdirkan untuk dia. Bagaimana kisah antara dia dan gadis itu. Dia sudah dapat mengagak sejak Hisham memberitahu bahawa lelaki itu juga ada perasaan terhadap Farra. Sengaja Allah buat begitu kerana tahu nasibnya akan menjadi seperti ini. Tidak mahu gadis itu bersedih.
"Syazani..."
Langkah Syazani terhenti apabila mendengar namanya dipanggil lembut. Dia terkedu melihat gadis yang sedang difikirkannya itu berdiri dihadapannya kini. Buat seketika, dia menyangka ini hanya lah mimpi. Nafasnya dapat dirasakan tersekat di dadanya dan sukar untuk dihembus.
"Syazani... Boleh kita bercakap.?" Farra bertanya kelihatan sedikit teragak-agak dengan wajah yang sayu.
Keadaan sunyi sepi seketika. Dia ingin sekali berbuat demikian. "Saya tak rasa ada apa-apa nak cakap dengan awak."
Tangan Farra agak bergegar sedikit mendengar balasan yang tidak diingini itu. "Apa... Dah jadi pada awak.?"
"Apa maksud awak.?" Syazani bertanya seolah-olah dia langsung tidak tahu atau perasan mengenai itu.
"Awak bukan Syazani yang saya kenal dulu." Suara Farra mula bergegar sama seperti tangannya. "Awak berubah."
Ingin sahaja lelaki itu memberitahu itu bukan kehendaknya. Tapi dia tidak mampu. Tidak mampu membuka mulutnya.
"Kenapa.??"
Syazani mengangkat mukanya apabila mendengar esakan kecil pada suara gadis itu. Dia semakin tertekan. Dia tidak patut membuatkan perempuan menitiskan air mata walau setitik pun.
"Awak.... Dan Noorizan..." Farra kini tunduk merenung lantai. Tidak mahu lelaki itu melihat wajahnya dalam keadaan seperti itu. "Dua-dua berubah."
"Kami manusia." Selamba Syazani membalas. "Dua-dua boleh berubah dalam sekelip mata je."
Farra menggenggam erat tangannya di sisi. Langsung tidak dapat menerima alasan itu sebagai jawapan.
"Awak kena terima hakikat tu, Farra..." sambung Syazani lagi. "Saya tak sama seperti apa yang awak sangkakan."
Farra mengangkat mukanya sambil menarik nafas perlahan. Dia bersyukur kerana air matanya mampu ditahan. Senyuman sinis yang penuh makna segera diukir ketika memandang lelaki itu. "Terima kasih."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...