Bab 2

2.3K 119 3
                                    

Ustazah Hadizah meneliti dua fail yang berada di atas mejanya sambil memegang erat fail itu. Dahinya berkerut dan matanya agak tajam di balik kacamatanya. Sesekali dia mendongak memandang dua orang gadis yang berada di hadapannya sedang duduk berdiam diri langsung tidak bersuara.

"Kamu... Adik-beradik.?" Tanya Ustazah Hadizah.

Serentak kedua-dua mereka mengangguk.

"Tapi nama kamu agak berbeza." Ustazah Hadizah memandang semula fail yang ada ditangannya. "Umur kamu sama tapi kamu bukan kembar. Tarikh lahir kamu berbeza. Atau ada yang silap."

"Kami adik-beradik tiri." selamba gadis yang agak tinggi itu bersuara.

Ustazah Hadizah mengangguk faham lalu menutup kedua-dua fail itu sambil menghela nafas panjang. "Baiklah. Kalau begitu ustazah ucapkan selamat datang ke Madrasah Al-Firdausi."

Tidak seorang pun daripada kedua-dua gadis itu bersuara. Tidak tahu sama ada mereka harus gembira atau tidak.

"Ustazah harap kamu boleh biasakan diri di sini. Sebab tempat ni sangat berbeza dari dunia luar." Ustazah Hadizah tersenyum. "Kamu boleh beredar ke bilik kamu sekarang. Di luar ada ketua pelajar muslimat menunggu kamu."

Kedua-dua gadis itu mengangguk kemudian segera beredar. Apabila mereka keluar dari pejabat itu, seorang gadis bertudung labuh dengan senyuman lebar yang ceria segera mendapatkan mereka.

"Assalamualaikum. Nama saya Nur Amirah Hasanah. Panggil saja Amirah."

"Saya Aieynur Assyiffa. Panggil saja Aieyn." jawab gadis yang agak tinggi itu agak serius.

"Saya Farra'Ain Wardina. Boleh panggil Farra." gadis yang satu lagi bersuara sedikit lembut.

"Baiklah. Mari saya tunjukkan bilik kamu." ujar Amirah.

Mereka segera berjalan merentasi setiap koridor yang ada di situ. Aieyn dan Farra memerhati setiap tempat itu begitu juga dengan orang-orang yang ada di situ. Semua perempuan yang ada di situ memakai tudung labuh kecuali mereka berdua. Tudung mereka tidak selabuh itu tetapi cukup untuk menutup dada mereka. Semua orang hanya memerhati mereka seolah-olah mereka itu memakai sesuatu yang pelik. Kelihatan Hassan memandang mereka sambil cuba tersenyum.

"Siapa tu.?" Tanya Aieyn ketika terlihat Hassan yang sedang tersenyum ke arah mereka.

"Itu Hassan Al-Akhbar." jawab Amirah. "Dia ketua pelajar muslimin."

Serentak Aieyn dan Farra mengangguk. Setelah lama berjalan walaupun tidak disedari, akhirnya mereka tiba di sebuah bilik yang agak besar sedikit tapi hanya cukup-cukup untuk empat orang kerana hanya ada empat katil yang berada di situ.

"Bilik ni tiada orang ke.?" Aieyn memandang Amirah.

"Cuma saya seorang saja yang tinggal kat bilik ni." jawab Amirah dengan wajah seperti ada kekecewaan pada jawapan itu. "Katil yang tiga lagi masih kosong. Kamu berdua tinggal kat bilik ni lah juga."

Farra dan Aieyn masuk ke dalam bilik itu. Mereka mula membongkar bagasi dan barang-barang mereka satu-persatu lalu mula menyusun ke dalam almari. Sepanjang sesi mengemas itu tidak seorang pun daripada mereka bersuara.Hanya Amirah yang sibuk bertanya soalan.

"Kamu berdua berapa umur.?" Tanya Amirah yang duduk dikatilnya dari tadi asyik memerhati Aieyn dan Farra mengemas barang-barang mereka. Dia ada juga menawarkan diri untuk membantu bagaimanapun ditolak.

"Dua puluh tiga tahun." jawab Farra.

Amirah mengangguk tidak bertanya lagi kerana tahu yang Aieyn juga sama umur dengan Farra. Dia tidak sengaja terdengar perbualan mereka di pejabat dengan Ustazah Hadizah.

"Kalau macam tu kamu kena panggil saya kakak."

Serentak Aieyn dan Farra memandang Amirah. Kedua-dua mereka mengerutkan dahi agak bingung dengan ayat gadis itu.

"Akak tua tiga tahun dari kamu berdua." Amirah bersuara agak malu. "Umur akak dua puluh enam tahun."

Jelas rasa terkejut terpampang pada wajah Farra dan Aieyn. Mereka menyangka Amirah muda atau sebaya mereka kerana saiz tubuh Amirah yang lebih rendah dan kecil dari mereka berdua.

"KAK MIRA!!!"

Jeritan itu membuatkan Amirah terkejut lalu menyapu-nyapu dadanya. Farra yang cuba meletakkan bagasinya di atas almari turut menoleh agak terkejut. Aieyn pula hanya menjenguk dari balik pintu almarinya yang terbuka. Dua orang gadis muncul sambil tercungap-cungap kepenatan.

"Kamu berdua ni..." gerutu Amirah. "Tak reti nak bagi salam ke.?"

"Eh, maaf... Assalamualaikum." ujar gadis yang bertubuh lebih kecil dan rendah dari Amirah.

"Wa'alaikumsalam." jawab Amirah. "Hah... Ada apa ni.?"

"Kami dengar ada dua budak baru masuk." gadis yang bersuara sangat halus itu bersuara.

"Mana mereka.?? Bilik mana.??" gadis bertubuh kecil dan berkacamata itu bertanya bertubi-tubi agak gelojoh.

Amirah tersengih sedikit. "Yang ni lah..."

Kedua-dua gadis itu serentak memandang Farra dan Aieyn yang hanya mampu melemparkan tersenyum tawar.

"Yang itu namanya Farra... Dan yang satu lagi namanya Aieyn." beritahu Amirah pantas memandang Aieyn dan Farra. "Ini satu-satunya kawan akak di madrasah ni. Yang kecil daripada akak ni namanya Fiza."

Serta-merta gadis kecil yang memakai kacamata berbingkai hitam itu tersenyum berseri-seri.

"Dan yang itu Misrah." sambung Amirah.

Misrah turut tersenyum manis dengan mata bulatnya yang bersinar. Aieyn dan Farra hanya membalas senyuman mereka.

"Akhi Fahmi beritahu tadi..." Misrah bersuara. "Dia ada buat perbincangan pendek jam dua nanti. Jom kita datang."

Amirah tersenyum. "Pasti. Farra dan Aieyn pun ikutlah sekali."

Serentak Aieyn dan Farra mengangguk sambil tersenyum walaupun mereka tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan itu.


_________________________________________________


A/n: Sepatutnya saya satukan je bab ni masa post dulu. Huhuhu. Dah jadi banyak macam ni. Tak apa la. Dah alang-alang kan. Harap korang enjoy. So far, macam mana pendapat? Kalau ada yang silap boleh tegur. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now