Bab 20

1.1K 66 4
                                    


Noorizan Shahran ketawa berdekah-dekah ketika Hisham Dhani masuk ke bilik itu. Ahmad Syazani Syafi'e hanya memandang lelaki itu bagaimanapun tersenyum melihat gelagat sahabat yang seorang ini. Dia juga rasa geli hati sama seperti lelaki itu.

"Kenapa pula dengan budak ni.?" Hisham membuka kopiahnya lalu duduk di sebelah Syazani sambil merenung Noorizan pelik.

"Tanyalah dia sendiri." Syazani masih lagi tersenyum membuatkan Hisham turut mengerutkan dahi memandangnya.

"Bukanlah." Noorizan cuba menenangkan dirinya. "Si Asyraf ni... Ada je yang dia mengarut di radio ni."

Hisham segera tersenyum. "Dia tu memang macam tu."

"Oh, ya." Syazani memandang Hisham seperti baru teringat akan sesuatu. "Dah jumpa dengan Farra.?"

Hisham tersenyum mendengar soalan itu kemudian mengangguk-angguk.

"Macam mana.?" Tanya Syazani kelihatan berminat.

"Okey..." Hisham tersengih sendiri apabila memikirkan pertemuannya bersama gadis itu. "Sempat lagi dia main-mainkan saya."

Syazani turut tersengih.

"Tapi..." Hisham merenung Syazani seperti baru teringat sesuatu. "Dia masuk ke sini... Apa sebabnya.? Awak tahu ke.?"

Syazani membalas renungan Hisham sedikit terkejut. "Kenapa awak tanya.?"

"Saya ada tanya dia..." Hisham memandang wajah Syazani. "Wajah dia terus berubah."

"Mungkin ada lah masalahnya tu." sampuk Noorizan. "Dia tak mampu nak ceritakan lagi kot."

Hisham mengangguk-angguk setuju. Dia juga merasakan hal yang sama. "Mungkinlah."

Syazani hanya memandang mereka dengan wajah yang mencurigakan. Sebenarnya, Farra pernah menceritakan mengapa dia dimasukkan di madrasah itu dulu padanya. Tapi dia tidak rasa pekara itu patut diceritakan pada mereka.

"Kenapa, Syazani.?" tegur Hisham yang perasan pada riak wajah lelaki itu. "Ada apa-apa ke.?"

Syazani tidak menjawab.

"Awak tahu apa sebab sebenarnya kan.?" Hisham merenung Syazani sudah mula curiga.

Syazani mengangguk perlahan dalam keadaan teragak-agak. Dia tahu, jika dia tidak memberitahu perkara sebenar, kedua-dua rakannya itu pasti akan tahu. Noorizan membesarkan matanya memandang Syazani.

Hisham turut terkejut bagaimanapun segera tersenyum. "Tak mengapalah. Biar Farra saja yang beritahu kalau dia dah sedia."

Syazani segera tersenyum mendengar kata-kata Hisham. Dia menarik nafas lega kerana kawannya itu faham situasinya.


*


Noorizan Shahran menyusun fail-fail di bilik mesyuarat itu. Sejak tadi satu-persatu fail di situ disemak dengan teliti.

"Assalamu'alaikum."

Noorizan segera mendongak memandang ke pintu apabila mendengar ucapan salam itu. "Wa'alaikumsalam."

Kelihatan Aieynur Assyiffa berdiri di muka pintu dan tercegat memandangnya. Dia sedikit terkejut memandang gadis itu.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now