"Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mencari jalan penyelesaian. Berikanlah daku petunjuk Mu yang benar. Apa yang harus dilakukan.? Apa yang terbaik untuk aku lakukan saat ini, ya Allah. Dan segala apa yang bakal berlaku nanti, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapainya. Lapangkan hatiku untuk menerimanya. Berkatilah apa saja keputusan ku selepas ini, ya Allah."
Hafiza Natasha tidak segera bangun dari sejadahnya setelah selesai berdoa. Jam menunjukkan pukul 2.46 a.m. Fatimah, Jyra dan Misrah sedang tidur di katil masing-masing. Dia berikir di dalam gelap tanpa bertemankan apa-apa cahaya. Dia sengaja tidak menghidupkan apa-apa lampu kerana takut akan mengganggu rakan-rakan sebiliknya yang lain. Dia tiba-tiba teringat akan perbualannya dua hari lepas dengan Sallehuddin Attar, tunangnya yang bakal menjadi suaminya jika benar itulah jodohnya.
"Dah fikirkan tarikh perkahwinan kita.?" Tanya Salleh langsung tidak memandang wajah Fiza.
"Saya tak ada fikirkan langsung pun." jawab Fiza juga tidak memandang wajah Salleh.
"Ayah dan mak dah tanya balik-balik pada saya... Bila nak langsungkan perkahwinan. Mereka kata adalah elok jika dipercepatkan."
Fiza mendengus perlahan. "Perkara yang sama papa dan mama saya cakap."
Mereka berdiam diri seketika.
"Jadi apa keputusan awak.?" Tanya Fiza setelah lama mereka berdiam..
"Saya serahkan semuanya pada awak untuk buat keputusan, Fiza." jawab Salleh tenang. "Saya akan ikut je.. Awak nak cepat atau lambat. Terpulang."
Sekali lagi Fiza mendengus. "Saya masih buntu. Saya tak tahu nak buat apa."
Salleh memandang wajah Fiza setelah sekian lama mereka berbual. "Buat lah solat sunat iIstikharah. In Shaa Allah ada jawapan."
Fiza memejamkan matanya. Ini sudah hari ketiga dia melakukan solat sunat istikharah. Dia masih lagi belum menemui jawapan. Akan tetapi, dia dapat rasakan hatinya lebih memilih yang mana. Adakah itu jawapannya.? Adakah Allah telah memberi petunjuk melalui hatinya.?
*****
"Misrah, boleh tak awak percaya apa yang saya cakap ni.?" Hazwan Syafiq memandang wajah Misrah penuh harapan.
Misrah Maisarah mendengus perlahan. "Saya rasa dah banyak kali saya dengar ayat yang sama. Dan setiap kali itu lah saya cuba untuk percaya. Tapi sampai bila.?? Sampai bila saya nak tunggu.??"
"Saya tak mampu nak beritahu dia sekarang ni, Misrah." ujar Hazwan terdesak. "Saya takut dia akan jauhkan diri dan tak nak berkawan dengan saya lagi."
"Habis tu awak nak rahsiakan perkara ni dari dia sampai bila, Hazwan.??" Misrah merenung lelaki itu tajam. "Lambat laun pun dia akan tahu benda ni. Waktu tu lagi sakit rasanya, Wan."
Hazwan hanya mampu menarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.
"Macam ni lah, Hazwan..." Misrah cuba menenangkan dirinya. "Awak fikir lah baik-baik. Kalau betul awak takut kehilangan dia.... Kita putuskan je lah pertunangan ni."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...