Noorizan Shahran berdiri memandang sekeliling tempat itu. Ia benar-benar asing dan seperti tidak pernah dilihatnya. Akan tetapi, dia tidak dapat menjawab persoalan dalam dirinya jika dia tiba-tiba melakukan sesuatu yang baginya tidak pernah dilakukan. Dan dia langsung tiada idea bagaimana dia boleh melakukannya. Duduk di dalam biliknya ada perkara yang paling kekok baginya kini.
Hisham dan Syazani asyik curi-curi memandangnya dan itu benar-benar membuatkan dia rasa kurang selesa. Dia asyik menghubungi keluarganya, orang yang satu-satunya diingatnya dengan jelas kini, untuk mengambilnya pulang ke rumah. Ibunya meminta supaya dia bersabar dan menyatakan bahawa tinggal di sini akan lebih membantunya. Tapi, semua perkara yang ada di sini membuatkan dia rasa tertekan.
"Assalamu'alaikum."
Noorizan menoleh perlahan-lahan memandang ke belakang. Kelihatan seorang gadis asing yang tidak dikenalinya. Gadis itu tersenyum tawar dengan wajah yang sayu. Jauh dilubuk hati lelaki itu, dia rasa ada sesuatu yang tidak kena bagaimanapun tidak mampu menerangkannya.
"Wa'alaikumsalam."
"Apa khabar, Noorizan.?" Aieynur Assyiffa bertanya dengan nada perlahan bercampur sebak.
Noorizan mengerutkan dahinya merenung gadis itu. Berusaha sedaya-upaya jika dia dapat mengingati sesuatu bagaimanapun gagal. "Awak siapa.?"
Pertanyaan itu membuatkan Aieyn hampir mengeluarkan air matanya tetapi berjaya ditahan. Dia berusaha mengukir senyuman yang amat payah dan sukar di bibirnya. "Awak tak ingat.??"
Noorizan menggelengkan kepalanya teragak-agak.
"Nama saya Aieyn. Aieynur Assyiffa."
"Aieyn.??" Gumam Noorizan kemudian berfikir seketika. Sepertinya dia pernah mendengar nama itu. "Oh!"
Aieyn memandang Noorizan teruja. Dia membesarkan mata memandang lelaki itu. "Awak ingat sesuatu ke.?"
"Mereka kata..."
Hati Aieyn runtuh serta-merta apabila mendengar perkataan 'Mereka kata' itu. Maknanya ia bukan dari ingatan lelaki itu sendiri tapi daripada mulut orang lain.
"Awak adalah tunang saya... Betul ke.?"
Kenyataan itu membuatkan Aieyn merenung Noorizan sayu. Dia menarik nafas panjang lalu mengangguk perlahan.
Noorizan kelihatan terkejut. "Saya suka awak ke dulu atau kita dijodohkan atau macam mana.?"
Pertanyaan itu membuatkan hati Aieyn rasa sakit. Dia tidak menyalahkan lelaki itu kerana keadaannya sekarang. Dia hanya rasa marah pada dirinya sendiri kerana kali terakhir mereka bercakap, dia memberitahu Noorizan bahawa dia masih ada perasaan pada Mustanir.
"Saya tak tahu apa yang dah berlaku sebelum ni..." Noorizan bersuara membuatkan Aieyn kembali ke dunia nyata. "Tapi saya rasa... Saya tak berminat pada awak."
Bagaikan dihempap dengan batu besar, hati kecil gadis itu terasa remuk redam. Air matanya mula bergenang.
"Saya minta maaf tapi..." Noorizan memandang wajah gadis itu selamba. "Saya hanya nak fokus pada hidup saya sekarang."
"Tak... Tak apa." Ujar Aieyn menipu.
"Awak okey ke.?" Tanya Noorizan apabla perasan riak wajah gadis itu yang berubah tiba-tiba.
"Maaf, tapi saya..." Aieyn kelihatan berketar-ketar. "Saya... Kena pergi."
Dengan pantas, Aieyn berlalu pergi dari situ. Semakin lama langkahnya semakin pantas. Dia tidak mampu mengawal perasaannya. Noorizan pula hanya mampu mendengus perlahan. Dia tidak tahu hendak berbuat apa selain melakukan apa yang dirinya inginkan pada ketika ini.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritueelBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...