Bab 5

1.6K 97 3
                                    

Setiap hari kita bangun dari tidur, jangan pernah lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih dipinjamkan nafas dan kehidupan dunia yang sementara ini. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menjalani kehidupan dan merasai dunia. Tapi adakah kita tidak lupa yang kita harus beribadah kepadaNya.?

Farra, Aieyn, Amirah, Fiza dan Misrah menjalani kuliah agama pada pagi itu seperti biasa. Kuliah itu diberikan oleh Ustaz Azhar. Ia mengenai tarbiyyah ataupun satu didikan untuk umat Islam.

"Sungguh perit proses tarbiyyah di zaman Rasulullah S.A.W dulu kan.?" Misrah Maisarah bersuara ketika mereka berehat di sebuah pondok kecil sambil melihat orang lain yang sedang bersembang.

"Ya..." Nur Amirah Hasanah bersuara. "Mereka tabah menjalaninya walaupun perit demi mendalami agama Allah."

"Kenapa manusia sekarang tidak seperti itu.?" fikir Misrah.

"Kerana manusia sekarang lebih mencintai dunia berbanding akhirat."

Serentak mereka semua menoleh. Hassan Al-Akhbar muncul bersama dua orang lelaki di belakangnya. Seorang lelaki agak tinggi dengan wajah yang tenang tersenyum sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluarnya. Seorang lagi lebih rendah sedikit dan memakai kacamata tersenyum manis.

"Assalamu'alaikum, muslimat sekalian." ucap Hassan.

"Wa'alaikumsalam." serentak mereka semua menjawab.

"Ini budak yang baru masuk kan.?" Hassan memandang Farra dan Aieyn silih-berganti. "Saya Hassan."

"Saya Farra..." sahut Farra. "Dan ini Aieyn."

Aieyn hanya tersenyum tawar.

"Mus..." Fiza memandang lelaki berkacamata itu. "Tak nak perkenalkan diri awak tu ke.?"

Lelaki itu membuat-buat batuk kemudian tersenyum. "Nama saya Abdul Mustanir Izzudin..." dia segera memaut bahu lelaki tinggi itu. "Yang ini Sukarnain Mukhsin."

Lelaki itu juga memberi reaksi yang sama seperti Aieyn. Dia hanya melemparkan senyuman tawar.

"Macam mana di sini.?" Tanya Hassan. "Boleh biasakan diri tak.?"

"Alhamdulillah..." Farra menarik nafas panjang. "In shaa Allah boleh."

Hassan tersenyum mendengar jawapan Farra.

"Sebelum tu..." Sukarnain bersuara memandang Aieyn dan Farra. "Dah tahu tak, ada belajar mengaji petang ni.?"

Farra dan Aieyn mengerutkan dahi.

"Amirah tak beritahu mereka ke.?" Hassan memandang Amirah.

"Saya cadang nak ajak mereka terus nanti." jawab Amirah.

"Tak mengapalah..." sampuk Sukarnain. "Jangan lupa datang nanti ya."

"Oh, ya. Amirah..."

Amirah memandang Hassan.

"Nanti akan ada taklimat mengenai pengurusan organisasi." Hassan memberitahu gadis itu. "Tapi bila waktu yang sesuai nak buat ya.?"

"Saya pun tak pasti." Amirah menjawab sambil cuba berfikir walaupun dia tidak mampu memberi jawapan pada masa itu juga.

"Awak rasa kita patut buat taklimat besar-besaran atau hanya pada pelantikan nanti.?" Tanya Hassan.

"Rasanya lebih baik jika pemilihan dah dibuat." Sukarnain mencelah. "Lagipun jawatankuasa semua ustaz dan ustazah yang akan pilih."

"Ya. Saya rasa pun macam tu." Amirah bersetuju.


_________________________________________________


A/n: Sorry sebab short sikit bab ni. Nanti lepas ni akan di panjangkan lagi. Kalau boleh, baca cerita ni cuba fahamkan mesej yang disampaikan. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <




Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now