Bab 37

701 47 4
                                    


Masa yang berlalu terlalu cepat bagaikan air yang mengalir deras. Sesungguhnya orang yang membuang masa adalah orang-orang yang rugi. Sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun Yazid Shahidin belajar di Madrasah Al-Firdausi itu. Terlalu banyak perkara baru yang dia pelajari di situ yang membuatkan dia menyesal kerana masa remajanya sebelum ini hanya dihabiskan dengan dunia yang melalaikan. Hatinya rasa tenang belajar di situ. Kawan baiknya, Shamsul Azim adalah orang yang selama ini membimbingnya. Dia mula belajar mengaji dari Iqra' dengan Ahmad Syazani, orang yang mengajar mengaji di madrasah itu. Dia sudah mula masuk ke juzuk pertama Al-Quran. Tujuannya datang ke situ sudah benar-benar berubah. Dia kini ingin menghabiskan pengajiannya dan keluar sebagai orang yang berilmu.

Yazid duduk di masjid setelah selesai menunaikan solat sunat. Kebanyakan Jemaah sudah keluar dari masjid dan kembali ke bilik masing-masing pada ketika itu. Dia masih tidak berganjak. Entah kenapa dia ingin duduk di rumah Allah itu lama sedikit. Bagi menenangkan hatinya.

"Yazid."

Yazid agak tersentak lalu segera mendongak. Shamsul segera duduk di sebelah lelaki itu. "Okey ke.?"

Yazid hanya tersenyum berseri-seri. "Okey."

"Betul ni.?" Shamsul merenung wajah Yazid sedalam-dalamnya. "Rasanya ada benda yang awak tengah fikir ni."

Yazid tersenyum kemudian tunduk seketika. "Entah lah. Cuma terfikir kehidupan saya yang dulu."

Shamsul tidak bersuara.

"Banyak sangat dosa yang saya buat."

Shamsul mengukir senyuman manis. "Setiap kita ni memang ada melakukan dosa. Tak kira kecil atau besar."

"Kadangkala..." Yazid bersuara perlahan. "Kalau saya ikut awak berusrah dengan kawan-kawan yang lain, saya rasa diri kecil sangat di situ. Jauh sangat beza dengan kamu semua."

"Cuma Allah je yang boleh nilai dan beza-beza kan kita." ujar Shamsul sambil memegang bahu lelaki itu. "Allah tak pandang siapa kita di masa lalu. Allah cuma pandang siapa kita sekarang ni."

Yazid hanya mendengar dengan tekun apa yang Shamsul katakana kemudian tunduk seketika.

"Macam awak ni..." Shamsul menepuk sekali bahu lelaki itu. "Awak dah berjaya sebenarnya. Berjaya keluar dari zaman kejahilan awak dulu."

Yazid tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.

"Susah tahu tak... Nak berubah dengan rela hati macam ni." tambah Shamsul lagi. "Sangat-sangat susah."

"Semua pun dengan pertolongan awak juga." Kini Yazid pula yang memegang bahu Shamsul.

Shamsul mengukir senyuman manis menampakkan lesung pipitnya. "Mungkin sebab tu Allah pertemukan kita. Allah hantar saya untuk tolong awak."

Yazid mengangguk-angguk. "Saya bersyukur sangat."

Shamsul hanya mampu tersenyum. "Tapi macam mana dengan tujuan sebenar awak datang ke sini.?"

Yazid tersengih mendengar pertanyaan Shamsul. "Entahlah. Saya rasa saya dah lupa dengan benda tu."

Shamsul turut tersengih.

"Kalau ada jodoh pun tak ke mana kan.?"

"Betul tu." sokong Shamsul.

"Ya." Yazid hanya mengangguk-angguk..

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now