Bab 84

578 42 9
                                    

Abdul Mustanir Izzudin berlari pantas melintasi koridor yang amat lengang itu. Jam menunjukkan hampir mencapai pukul lapan pagi. Kebanyakan orang masih berada di bilik masing-masing pada pagi hari Ahad seperti itu. Langkahnya terhenti apabila tiba di hadapan pintu pagar utama madrasah itu. 

Dia tergamam seketika memandang Noorizan, Shamsul, Yazid, Syazani, Hisham dan Asyraf berada di situ bersama beberapa orang yang lain sedang berpelukan dan bercakap sesama mereka. Dia baru sahaja dapat tahu mengenai Noorizan akan menjadi salah satu peserta yang akan ke Mesir. Itu pun Asyraf yang beritahu.

"Dah!" Noorizan Shahran memegang bahu Hisham yang kini sedang tunduk sambil memegang matanya. "Jangan menangis."

"Noorizan..."

Noorizan tersentak apabila terpandang Mustanir yang kini berdiri tidak jauh dari mereka. Dia memandang Syazani dan Hisham seketika yang mana kedua-dua mereka mengangguk dan dia segera berjalan mendekati Mustanir.

"Aieyn tahu ke.?" Tanya Mustanir merenung lelaki itu tajam.

Noorizan menarik nafas panjang kemudian menggeleng perlahan. "Tak. Dia tak tahu saya akan ke Mesir."

Mustanir mendengus perlahan "Kenapa awak buat macam tu.?"

Noorizan tidak menjawab sebaliknya mengeluarkan satu sampul surat dari dalam beg yang disandangnya lalu menghulurkan benda itu kepada Mustanir. Mustanir mengerutkan dahinya ketika mencapai sampul itu.

"Tolong beri pada Aieyn."

Mustanir memandang Noorizan. Dia hampir menggelengkan kepalanya.

"Tolong jaga dia untuk saya." Noorizan mengukir senyuman lalu menepuk bahu lelaki itu perlahan.

Mustanir ingin membantah perkara itu bagaimanapun bunyi enjin bas dihidupkan membuatkan semua orang menoleh. Noorizan kembali berjalan mendekati Syazani dan Hisham. Dia dan Shamsul bersalaman dengan semua orang di situ. Yazid mengalirkan airmata sambil memandang sekeliling. Dia benar-benar tidak mahu Shamsul naik ke dalam bas.

Setelah selesai, Shamsul dan Noorizan segera menaiki bas bersama lapan orang peserta yang lain. Mereka melambai-lambai memandang orang-orang yang berdiri di situ.

"Shamsul!!!"

Serentak semua orang berpaling. Shamsul dan Noorizan yang sudah duduk di tempat duduk paling belakang turut menjenguk.

"Shamsul!!!" kelihatan Fatimah berlari menuju ke pagar utama itu bersama Sarra yang mengejarnya meminta dia bertenang.

"Fatimah!!" panggil Sarra.

Shamsul terkejut memandang gadis itu. Begitu juga dengan yang lain. Akan tetapi, bas itu sudah mula bergerak meninggalkan tempat itu.

"Nanti!!!" pekik Fatimah lalu berlari mengejar bas itu.

"Fatimah!" jerit semua orang yang berada di situ hampir serentak.

"Fatimah!!!" pekik Sarra lagi. "Berhenti!! Bahaya!!!"

"Shamsul, berhenti!!!" pekik Fatimah langsung tidak mempedulikan semua orang.

Shamsul menegakkan badannya. Dia berusaha sedaya-upaya untuk menahan dirinya daripada menoleh ke belakang. Dia tidak mahu mengubah keputusannya. Noorizan yang duduk di sebelahnya hanya memandangnya risau.

"Awak tak nak berhenti dulu ke.??"

Shamsul menggelengkan kepalanya. Mukanya merah padam berusaha menahan air matanya daripada keluar.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now