Bab 41

642 44 4
                                    


Faizrul Nadzrullah memulas tombol pintu biliknya perlahan-lahan. Kelihatan Sukarnain Muksin yang juga merupakan rakan sebiliknya sedang duduk sendiri memandang ke luar tingkap. Jika diikutkan, Sallehuddin Attar dan Hassan Al-Akhbar juga merupakan rakan sebilik mereka. Akan tetapi, kedua-duanya kini tidak tinggal di situ. Salleh kini sudah berhenti belajar. Baru sahaja mereka menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu yang diadakan dua hari yang lalu. Manakala Hassan langsung tidak diketahui jejaknya.

"Apa yang dimenungkan tu, Sukarnain.?"

Sukarnain tersentak dari lamunannya. Dia memandang Faiz yang kini sedang duduk di katil sambil memandangnya. Dia agak terkejut kerana langsung tidak sedar bila masanya lelaki itu masuk.

"Eh, Faiz... Sejak bila awak kat situ.?" Sukarnain membetulkan kedudukannya agak terpinga-pinga.

"Hmmm... Sah lah tak betul ni." sindir Faiz sambil melirik ke arah sahabat baiknya itu. "Saya dah lebih lima minit dah kat sini."

"Biar betul.??" Sukarnain membesarkan matanya kebingungan kemudian menepuk dahinya. "Astaghfirullah al azim."

Faiz hanya tersengih. "Apa dah jadi dengan awak ni, Sukar.?"

Sukarnain berkerut memandang Faiz.

"Dulu kat Madrasah Nur Karim tak macam ni pun. Sentiasa sibuk." ujar Faiz. "Jawatan yang sama awak pegang."

Sukarnain diam tidak menjawab.

"Tapi saya tengok awak kat sini ni selalu sangat mengelamun." sambung Faiz sambil berpeluk tubuh.

"Itu sejak awak datang sini..." Sukarnain menarik nafas kemudian baring di atas katilnya dan merenung siling yang kosong. "Sebelum awak datang saya tak macam ni pun. Saya macam biasa juga."

"Sejak saya datang.?" Faiz menjengilkan matanya. "Saya lah yang bersalah ni.??"

Sukarnain tersenyum dengan lawak kawan baiknya itu. Dia kenal betul dengan lelaki itu. Mereka sudah berkawan agak lama sejak Sukarnain masih belajar di Madrasah Nur Karim. Segala masalah mereka kongsi bersama.

"Pasal Iman kan.?"

Sukarnain tersentak mendengar kata-kata Faiz bagaimanapun kekal dengan posisinya. Faiz tahu keseluruhan ceritanya dengan Iman.

"Sebenarnya... Waktu awak dah pindah kat sini tu..." Faiz bersuara lagi. "Tak lama lepas tu dia ada datang jumpa saya."

Sukarnain berpaling memandang Faiz. Dia agak terkejut mendengar kenyataan yang tidak disangka-sangka itu.

"Dia cari awak lah." sambung Faiz. "Waktu tu saya beritahu awak dah pindah. Dia menangis depan saya. Dia cakap dia menyesal."

Sukarnain tersengih tidak percaya. Entah kenapa, perkara itu amat mengerut bagi dirinya untuk percaya.

"Tak tahu lah betul atau tak." tambah Faiz lagi. "Itu yang dia cakap. Tapi dia betul-betul menangis."

"Saya dah penat nak percaya dengan dia, Faiz." ucap Sukarnain. "Entah lah. Saya pun tak tahu apa ada dalam hati saya sekarang."

Faiz hanya berdiam diri tidak membalas. Dia tidak mahu masuk campur dengan apa jua keputusan yang Sukarnain buat kerana dia tahu lelaki itu dapat membezakan apa yang baik untuk dirinya dan apa yang tidak.

"Buat masa sekarang ni saya malas nak fikirkan benda ni balik." sambung Sukarnain lagi. "Banyak benda yang saya perlu utamakan."


*****


Farra'Ain Wardina melintasi setiap koridor itu agak tergesa-gesa. Dia berjalan sambil matanya tekun membelek-belek kertas yang ada di dalam fail yang sedang dipegangnya. Orang sekeliling yang lalu lalang langsung tidak dipandang. Kakinya melangkah pantas tetapi penuh berhati-hati.

Setibanya di hadapan sebuah bilik, dia segera masuk perlahan-lahan. Itu adalah bilik fail setiap unit. Dia berjalan meneliti setiap fail yang tersusun di rak untuk mencari sesuatu. Oleh kerana terlalu banyak fail dan juga rak, ia agak menyukarkan sedikit kerja mencarinya. Tiba di hujung rak, dia hampir terlanggar dengan seseorang.

"Astaghfirullah al azim!!"

"Allahuakhbar."

Farra memandang orang itu samil membesarkan matanya agak terkejut. Dia berkerut serta-merta. "Asyraf.??"

"Eh.??" Asyraf Qayyum kelihatan terkejut kemudian memandang sekeliling. Setelah pasti tiada sesiapa di situ selain dia dan gadis itu, dia segera berjalan pantas menuju ke pintu. Dia membuka pintu itu kemudian berdiri di luar sambil memandang Farra. "Sejak bila awak kat sini, Farra.?"

Farra kebingungan seketika. "Baru je."

"Awak nak cari sesuatu ke.?" Tanya Asyraf yang kelihatan mula gelabah sambil memandang sekeliling.

"Ya. Nak cari fail untuk kertas kerja." jawab Farra.

"Tak apa." Asyraf bersuara. "Awak cari lah dulu."

Farra meneruskan kerja mencarinya. Buat seketika, dia tersenyum apabila teringat bagaimana cara Asyraf terkejut dan keluar dari situ apabila terserempak dengannya. Dia tahu kenapa Asyraf segera keluar. Kerana takut akan jadi khalwat jika mereka berdua-duaan di tempat yang sunyi seperti itu.

"Apa khabar, Farra.?"

Farra agak tersentak kemudian memandang Asyraf agak terpinga-pinga. Lelaki itu kini lebih jauh dari yang tadi. Asyraf berdiri jauh sedikit dari pintu itu hampir ke kawasan berumput di luar.

"Alhamdulillah." Farra hanya menjawab sambil tersenyum lebar.

"Lama tak bersembang." beritahu Asyraf sambil tunduk merenung lantai seketika. " Tu yang saya tanya khabar."

Farra hanya tersenyum memandang lelaki itu.

"Rasanya kali terakhir kita bersembang waktu awak jadi jemputan kat radio hari tu kan.?" Teka Asyraf.

"Ya." Farra mengangguk-angguk. "Itu kali terakhir."

"Awak dah okey sekarang.?"

Farra tersentak sekali lagi kemudian memandang Asyraf sambil mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak.?"

"Yalah." Asyraf cuba menyusun ayat. "Hari tu... Masa kat radio.... Awak..."

"Saya okey je." pintas Farra sambil tersenyum. Tidak mahu topik itu diteruskan lagi dalam perbualan.

Asyraf hanya mampu memandang gadis itu tidak bersuara lagi.

"Benda yang tak boleh dipatah balik pun kan.?" Ujar Farra tenang. "Buat apa nak kenang selalu.?"

Asyraf hanya tersenyum kemudian mengangguk.

"In Shaa Allah saya boleh terima." Farra bersuara lagi. "Ada ramai sahabat di sisi. Saya akan kuat."

Senyuman Asyraf bertambah lebar mendengar kata-kata gadis itu.

"Okey." Farra menarik keluar fail yang dicarinya. Dia membelek seketika untuk memastikan fail yang diambilnya adalah betul kemudian berjalan mendekati pintu. "Saya dah jumpa. Maaf, Asyraf. Saya ganggu awak kat dalam ni pula."

Asyraf hanya tersenyum. "Tak mengapa."

"Okey." Farra membalas senyuman lelaki itu sambil mengangguk sedikit. "Saya pergi dulu. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumsalam warahmatullah."

Farra terus berlalu pergi. Asyraf hanya memandangnya sekali imbas kemudian menggeleng perlahan. Dia kembali masuk ke dalam bilik fail itu untuk meneruskan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.


_________________________________________________


A/n: To be continued. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now