Keheningan petang itu terasa amat dingin sekali. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut di madrasah. Matahari kini dilitupi dengan awan mendung. Hujan kini sudah berhenti setelah turun dengan lebat sejak pagi lagi.
Hassan, Sukarnain, Syazani dan Mustanir duduk berhadapan dengan Ustaz Azhar. Masing-masing diam membisu tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Masing-masing buntu untuk memberi pandangan.
"Jadi betul lah nak di wujudkan unit yang baru nanti.?" Sukarnain Mukhsin memandang Ustaz Azhar menjadi orang pertama yang bersuara setelah mereka diminta berfikir.
Ustaz Azhar menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan kerana bukan soalan yang dia mahukan. "Kalau dulu kita cuma ada unit kepimpinan, unit kesenian dan unit kebajikan. Kita akan tambah tiga lagi unit kali ini."
"Unit apa, Ustaz.?" Tanya Mustanir yang juga mengelak daripada terus berfikir untuk memberi pandangan.
"Unit rehlah, unit publisiti dan unit ekonomi."
Mereka agak terkejut bagaimanapun segera mengangguk-angguk. Soal skop tugas tidak perlu diterangkan pada ketika itu.
"Saya dah bagi senarai calon pada Hassan..." beritahu Ustaz Azhar sambil memandang kea rah Hassan sekali imbas. "Kamu bincangkan jika mereka layak dan beritahu pada saya."
"Baiklah." serentak mereka semua menjawab.
"Satu lagi... Sukarnain!"
"Ya.?" Sukarnain agak terkejut kerana namanya dipanggil lalu dia memandang Ustaz Azhar.
"Serahkan dulu tugas pemilihan ni pada yang lain." ujar Ustaz Azhar sambil menarik nafas panjang. "Saya nak kamu uruskan sesuatu."
Sukarnain berkerut memandang yang lain. Rakan-rakannya juga turut berkerut. "Uruskan apa.?"
"Pelajar yang dibawa masuk."
"Ada pelajar yang dipindahkan ke sini lagi ke.?" Tanya Syazani agak terkejut mendengar khabar itu.
Ustaz Azhar mengangguk. "Dari Madrasah Nur Karim."
Syazani, Hassan dan Mustanir mengangguk. Sukarnain pula terkedu kerana itu adalah madrasah tempatnya menimba ilmu sebelum dia berpindah ke situ. Entah kenapa dia tidak senang mendengar perkara itu.
*
"Abang Sukar..."
Sukarnain Mukhsin tersentak mendengar panggilan itu kemudian menoleh pantas. Abdul Mustanir Izzudin kini sedang merenungnya risau.
"Abang okey ke tak ni.?" Tanya Mustanir penuh tanda Tanya kerana dia sudah memerhati gelagat lelaki itu sejak tadi.
"Oh..." Sukarnain kelihatan agak gugup dengan wajah yang sepertinya melakukan kesalahan. "Okey. Saya okey."
Mustanir masih curiga. Dia tahu ada sesuatu disebalik perangai lelaki itu. "Betul ke ni.?"
"Betul." Sukarnain cuba meyakinkan Mustanir walaupun terlalu ketara dia ingin berlakon.
Mustanir dan Sukarnain kini sedang duduk di hadapan pintu pagar utama madrasah itu sejak dua puluh minit yang lalu atas arahan Ustaz Azhar. Sukarnain memegang erat fail ditangannya.
"Hah... Tu bas dah sampai!" Mustanir menuding ke arah dua buah van yang bergerak dari selekoh kemudian berhenti betul-betul di hadapan mereka.
"Assalamu'alaikum.." seorang lelaki berwajah tenang dan memakai kacamata keluar dari kerusi hadapan van itu kemudian bersalaman dengan Sukarnain dan Mustanir. Dia memeluk Sukarnain seketika seolah-olah mereka sudah kenal lama. Mustanir hanya mampu melihat..
"Wa'alaikumsalam waramahtullah."
"Saya ketua rombongan ni." beritahu lelaki itu tanpa ditanya dan matanya hanya berfokus pada Mustanir. "Nama saya Faizrul Nadzrullah."
"Saya Abdul Mustanir Izzudin." Mustanir bersuara sambil memegang bahu Sukarnain. "Ini Sukarnain Mukhsin. Kami ditugaskan untuk menyambut kamu di sini."
"Oh." lelaki itu tersenyum sambil memandang Sukarnain yang sememangnya sudah lama dikenalinya.
"Ada dua buah van je ke.?" Tanya Mustanir apabila Sukarnain langsung tidak bersuara. Dia terpaksa bertanya perkara-perkara remeh untuk memastikan perbualan mereka tidak mati di situ.
"Ya." jawab lelaki bernama Faiz itu. "Satu van untuk muslimat dan satu lagi untuk muslimin."
"Kami difahamkan...." Mustanir merampas fail dari tangan Sukarnain tanpa enunggu tindakan lelaki itu. "Jumlah pelajar muslimin yang dihantar ke sini ada enam orang dan muslimat lapan orang."
Faiz mengangguk-angguk. Senyumannya tidak pernah lari dari wajahnya. "Betul lah tu."
"Baiklah." Mustanir segera mengukir senyuman paling manis. "Mari ikut saya masuk. Saya akan bawa kamu jumpa pengetua dan kamu akan dapat bilik kamu nanti."
Semua pelajar mula mengangkat beg dan masuk ke dalam madrasah itu. Mereka memandang sekeliling agak teruja. Mustanir merenung Sukarnain. Apa terjadi dengan lelaki itu.? Kenapa dia berdiam diri.? Sukarnain kini hanya tunduk tidak senang. Bukan seperti yang biasanya.
_________________________________________________
A/n: Well, nampaknya bertambah lagi watak. Dan makin berbelit lah cerita ni nanti. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...