Bab 93

592 39 3
                                    

Kawasan taman itu agak ramai dari biasa. Selalunya ia akan sentiasa lengang dan hanya akan ada beberapa orang sahaja di situ. Sudah sekian lama, pelbagai perkara berlaku di luar jangkaan. Ia sudah menjadi lumrah. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T.

Abdul Mustanir Izzuddin duduk tenang di salah sebuah kerusi di taman itu. Dia memandang sekeliling tanpa tujuan. Noorizan Shahran duduk di sebelahnya juga melakukan hal yang sama. Entah bila kali terakhir mereka duduk berdua seperti itu sebagai seorang sahabat sejak pelbagai ujian menguji persahabatan mereka. Banyak perkara yang terbuku di hati masing-masing tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

"Saya dah cakap...."

Noorizan agak tersentak apabila Mustanir membuka mulutnya untuk memulakan perbualan setelah agak lama mereka berdiam diri.

"Aieyn tak pernah pilih saya pun." Mustanir memandang Noorizan dengan senyuman penuh makna.

Noorizan masih lagi kekal dengan posisinya.

"Awak tu terlalu bermain dengan perasaan sendiri." ujar Mustanir lagi. "Mungkin silap kita juga. Kita tak tanya apa yang Aieyn betul-betul nak kan."

Noorizan mengangguk setuju. Dia memejamkan matanya seketika kemudian tunduk ke bawah. "Silap saya."

"Pergilah bincang baik-baik dengan dia." nasihat Mustanir dengan lagak seorang abang walaupun hakikat Noorizan lebih tua darinya. "Cuba bincang. Mungkin semua akan jadi seperti sedia kala."

"Apa yang saya lakukan buat dia jadi lebih sedih." Noorizan bersuara agak tertahan-tahan. "Dia pun dah tawar hati."

"Kalau Allah dah tetapkan hati dia untuk awak..." Mustanir tersenyum memandang lelaki itu. "Perasaan tu tak akan hilang macam mana marah pun dia kat awak. Dia pun manusia juga. Boleh memaafkan."

Noorizan tidak bersuara. Dia semakin bingung. Tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini. Pelbagai perkara sentiasa mempengaruhi apa sahaja keputusan yang dia cuba lakukan.

"Saya akan ke Mesir."

Noorizan terkejut mendengar kenyataan itu lalu segera membesarkan matanya merenung Mustanir.

"Lusa." beritahu Mustanir sebelum Noorizan sempat berkata apa-apa. "Saya dah berkemas pun."

"Aieyn tahu.?" Tanya Noorizan sambil mengerutkan dahinya.

Mustanir menggelengkan kepalanya kemudian mengukir senyuman. "Saya belum beritahu dia."

Noorizan menarik nafas panjang. Dia kini kehilangan kata-kata tidak tahu apa lagi hendak diungkapkan.

"Mungkin saya akan jumpa Ainul Mardhiah saya kat sana."

Serentak kedua-dua lelaki itu ketawa. Setelah banyak perkara menguji mereka, itu lah kali pertama Noorizan dapat mendengar jenaka daripada lelaki itu. Terlalu banyak perkara yang hampir dia lupa ada pada Mustanir.

"Jaga Aieyn." Mustanir menyigung lelaki itu sedikit. "Saya hanya datang untuk menguji. Itu je."

Kata-kata Mustanir membuatkan hati Noorizan menjadi sebak. Dia kini mula rasa marah pada dirinya sendiri.

"Lama-lama nanti perasaan saya ni hilang lah." Mustanir bersuara lagi. Kali ini dengan lagak sebagai seorang sahabat yang Allah berikan pada Noorizan. "Allah akan beri pada saya wanita yang terbaik juga satu hari nanti. Cuma saya ada kerja sikit lah. Ganggu kejap hubungan kamu."

Noorizan tergelak lagi mendengar jenaka dari lelaki itu. Begitu juga dengan Mustanir yang turut serta.

"Kalau saya tak sempat beritahu Aieyn saya akan ke Mesir..." Mustanir memandang Noorizan. "Kirim salam je kat dia ya. Saya nak kena urus lagi 'kekasih' saya yang seorang ni. Asyraf."

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now