Bab 47

639 45 6
                                    

"Sarra macam mana dah kat sini.?" Anas Zulfiqar bertanya ketika Sarra'Ain Waheeda duduk di sebuah kerusi di tepi tasik itu, manakala dia hanya berdiri sedikit jauh memandang ke tasik.

"Okey." jawab Sarra agak bersemangat. "Mungkin sebab ada kakak Sarra kat sini. Jadi Sarra tak lah rasa kekok sangat."

Zulfiqar hanya mengangguk-angguk.

"Lagipun kawan-kawan kat sini semuanya baik." beritahu Sarra lagi. "Sarra memang selesa."

"Baguslah kalau macam tu." ujar Zulfiqar.

Mereka berdiam diri seketika. Sarra kelihatan teragak-agak sambil memandang ke arah Zulfiqar yang memang dikenali sebagai seorang yang dingin dan jarang bercakap baginya. Zulfiqar memandang ke arah bunga teratai putih yang berkembang mekar di dasar tasik.

"Sarra..."

"Ya.?"

Zulfiqar memandang Sarra dengan mata tajamnya. "Sarra berkawan rapat ke dengan Miezza.?"

"Miezza.??" Sarra agak tersentak. "Pembantu abang tu ke.?"

Zulfiqar mengangguk sambil mendengus ketika mendengar dia dipanggil dengan gelaran 'abang' yang mana sudah berkali-kali dia menasihati gadis itu agar tidak memanggilnya dengan panggilan itu.

"Ya." Sarra mengangguk-angguk. "Sarra selalu lepak tempat kakak Sarra. Miezza pula sebilik dengan mereka. Secara tak langsung kami pun rapat. Dia pun boleh tahan peramah orangnya."

Zulfiqar hanya mendengar sambil merenung tanah di bawahnya itu. Tidak mahu gadis itu nampak sebarang reaksi yang dia tunjukkan.

"Lagipun Sarra selalu pinjam buku kat dia." tambah Sarra lagi.

"Dia ada cerita apa-apa pada Sarra.?" Zulfiqar merenung gadis itu dengan wajah sedikit bimbang.

"Cerita apa.?" Sarra sepertinya kurang faham.

"Apa-apa lah. Pasal saya ke.?" Ujar Zulfiqar.

"Tak ada." Sarra menggelengkan kepalanya. "Tak pernah dia cerita apa-apa. Bertanya pun tidak."

Zulfiqar hanya mengangguk. Dia menarik nafas lega mendengar perkara itu. Akan tetapi, dia tidak tahu sama ada ia baik atau tidak.

"Kenapa abang.?" Sarra memandang wajah Zulfiqar.

"Tak ada apa-apa.." Zulfiqar mendengus sambil merenung gadis itu tajam dengan tangan kini berada dipinggang. "Sarra, dah berapa kali saya cakap... Jangan panggil saya dengan panggilan 'abang' tu kan."

"Ah..." Sarra seperti baru tersedar. "Maaf."

Tanpa mereka sedari, dari kejauhan seseorang sedang memerhati gelagat mereka berdua. Miezza Nina Ashikin hanya memandang dari jauh langsung tiada idea tentang apa topik perbualan kedua-dua mereka. Dia hanya menarik nafas kemudian beredar dari situ. Setiap langkahnya diiringi dengan pelbagai perasaan. Ada rasa takut, sedih, kecewa dan ada juga yang dia sendiri tidak tahu apa jenis perasaan itu.

"Assalamu'alaikum." ucap Miezza perlahan ketika melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Wa'alaikumsalam."

Kelihatan Farra, Aieyn dan Amirah sedang duduk di katil masing-masing dan merehatkan diri.

"Dah selesai ke usrah.?" Tanya Amirah.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now