Hazwan Syafiq melangkah dengan tenang keluar dari bilik mesyuarat setelah selesai mendapatkan apa yang dia mahukan. Dia membelek-belek fail yang baru saja di ambil dari situ untuk memastikan semuanya lengkap. Dahinya kelihatan berkerut merenung setiap helaian kertas itu..
"Hazwan..."
Langkah lelaki itu terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Entah kenapa kepalanya terasa berat sekali untuk mendongak dan memandang orang yang memanggilnya itu. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya teragak-agak. Kelihatan Hazwani Afiqah berdiri di hadapannya dengan jarak lebih kurang tiga meter mengukir senyuman manis di bibir.
"Eh, Wani..." Hazwan berusaha menyembunyikan riak wajah gelisahnya dengan mengukir senyuman kekok.
"Ambil fail ke.?" Tanya Hazwani ceria.
"Ya."
Hazwani mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Awak sibuk ke kebelakangan ni, Wan.?"
"Sikit lah." Hazwan benar-benar berharap ada sesuatu yang akan menghentikan atau mengganggu perbualan mereka.
"Lepas ni awak nak ke mana.?" Tanya Hazwani langsung tidak perasan apa-apa pada riak wajah lelaki itu.
Hazwan menarik nafas panjang. Dia paling tidak suka ditanya soalan yang remeh seperti itu. "Nak ke bilik kot. Siapkan kerja sikit."
Hazwani mengangguk-angguk masih belum perasan mengenai apa-apa. "Awak apa khabar.?"
"Baik."
"Dah makan belum.?"
"Dah."
"Awak tak balik rumah ke.?"
"Buat apa nak balik.?"
"Mana tahu. Rindu kat keluarga."
"Rindu tu memang lah. Tapi saya tak balik buat masa terdekat ni."
Hazwani terdiam seketika. Dia tidak tahu apa lagi yang hendak di soal. Perbualan mereka seolah-olah berbentuk pesanan ringkas. Soalan ditanya, sepatah sahaja yang akan Hazwan jawab.
"Wani..."
Hazwani memandang Hazwan.
"Saya pergi dulu." beritahu Hazwan teragak-agak. "Saya ada kerja nak buat lagi lepas ni."
"Oh, okey." Hazwani hanya mengangguk-angguk.
"Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumsalam."
Hazwani hanya mampu menyoroti langkah Hazwan sehingga hilang dari pandangan. Dia dapat merasakan ada perubahan pada lelaki itu. Perubahan yang dia sendiri tidak dapat gambarkan. Lelaki itu seolah-olah mengelak daripadanya.
***
Nur Amirah Hasanah berjalan keluar dari pejabat Ustazah Hadizah setelah selesai berbincang mengenai sesuatu perkara. Dia masih lagi memikirkan setiap baris perbualannya bersama pengetua mereka yang merangkap ibu saudaranya itu sendiri sebentar tadi. Dia langsung tidak menemui jawapan yang mampu memuaskan hatinya. Langkahnya terhenti tatkala terpandang susuk tubuh seseorang yang sedang duduk bersendiri di tepi tasik itu. Dia segera mendekati orang itu tanpa berfikir panjang.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...