Yazid Shahidin berjalan sendirian merentasi koridor itu. Langkahnya agak perlahan dan kelihatan lemah. Fikirannya melayang jauh entah ke mana. Semangatnya langsung tidak dapat dirasa. Dia kini sedang memikirkan mengenai rahsia dirinya. Rahsia yang jika terdedah, akan membabitkan ramai pihak. Terutama sekali orang yang paling rapat dengannya pada ketika itu iaitu Shamsul Azim. Dia juga tidak pasti berapa lama keadaan itu akan bertahan. Bagaimana keadaannya jika ia terbocor.? Apa perasaan Shamsul pada ketika itu.? Dia hanya mampu berserah pada Allah.
"Yazid."
Langkah Yazid terhenti serta-merta apabila terdengar namanya dipanggil. Dia kini baru tersedar yang dia sedang berpijak di bumi nyata. Dia membuka matanya luas agak terkebil-kebil. Dia agak terkejut melihat gadis comel di hadapannya itu. Sarra'Ain Waheeda sedang tersenyum manis memandangnya dengan wajah yang ayu. "Oh, Assalamu'alaikum, Sarra."
"Hai, Wa'alaikumsalam."
"Nak ke mana ni.?" Tanya Yazid acuh tak acuh sambil mengerutkan dahinya seketika agak kebingungan.
"Nak ke bilik kakak saya."
"Kakak.??" Ulang Yazid.
Sarra mengangguk-angguk. Senyumannya langsung tidak hilang dari bibirnya. "Kakak saya. Farra."
"Oh, wah." Yazid kelihatan tercengang sambil membesarkan matanya. "Farra kakak awak.?? Kakak kandung.??"
Sarra hanya tersenyum kemudian mengangguk-angguk bersemangat. "Dia kakak kandung saya."
"Allah..." Yazid baru tahu. "Rupanya. Boleh tahan ya. Orang hebat kakak awak tu. Saya kenal juga dia."
"Ya." balas Sarra sambil mengangguk-angguk. "Ramai orang cakap macam tu dengan saya."
Yazid hanya tersenyum.
"Awak nak ke mana.?" Tanya Sarra memandang sekeliling seketika kemudian terhenti pada lelaki itu.
"Oh, saya nak ke perpustakaan sebenarnya." jawab Yazid. "Tapi saya pun tak tahu ke mana arah tuju saya dah ni."
Sarra tergelak kecil mendengar kata-kata lelaki itu. "Macam mana boleh tak tahu pula.?"
Yazid turut tergelak kecil apabila mendengar pertanyaan gadis itu. "Entahlah. Rasa macam dah sesat kot ni."
"Boleh pula sesat." Sarra tersengih. "Dah lama pun awak belajar kat sini. Takkan tak dapat ingat lagi."
Yazid tergelak lagi. "Entahlah. Banyak sangat benda yang difikir kot. Tu lah sampai jadi macam ni."
Sarra hanya mampu tersenyum. Dia ingin bertanya mengenai perkara itu bagaimanapun itu adalah perkara peribadi dan dia tidak patut masuk campur. "Okeylah. Saya jalan dulu."
"Okey.." Yazid hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum.
"Assalamu'alaikum." ucap Sarra.
"Wa'alaikumsalam."
Sarra segera berlalu pergi dari situ. Dia berjalan sambil memandang sekeliling cuba mencari kelibat Zulfiqar kelihatan. Bagaimanapun lelaki itu entah ke mana. Sarra terpandang kakaknya, Farra'Ain Wardina sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan tasik. Dia segera mendekati gadis itu.
"Hai, kakak!!"
Sapaan itu membuatkan Farra menoleh tenang. Dia membetulkan kedudukannya apabila terpandang adik perempuannya itu. "Lambatnya sampai. Awak dari mana ni.? Takkan sesat.?"
"Tak ada lah." Sarra segera melabuhkan punggungnya di kerusi betul-betul di sebelah Farra sambil tersenyum manis. "Terserempak dengan kawan tadi. Berbual lah dengan dia sekejap."
"Siapa.? Miezza.??" Farra mengerutkan dahinya memandang gadis itu.
Sarra menggelengkan kepalanya. "Bukan dia."
"Habis tu.??"
"Yazid." selamba Sarra memberitahu.
Farra mengerutkan dahinya sambil berfikir seketika cuba mengingati sama ada dia kenal orang itu atau tidak. "Yazid.?? Yang mana ni.?"
"Alah... Yang selalu dengan lelaki yang rapat dengan kak Aieyn." ujar Sarra cuba menerangkan.
"Lelaki yang rapat dengan Aieyn.??" Farra semakin bingung. Dahinya juga semakin berkerut.
"Yang selalu berbincang dengan kak Aieyn tu." beritahu Sarra. "Kak Aieyn selalu bagi fail kat dia."
"Oh..." Farra seperti baru teringat. "Yang tu. Shamsul! Oh, jadi yang selalu dengan dia tu Yazid. Okey, okey."
Sarra hanya tersenyum sambil mengangguk. "Dia kenal kakak. Dia cakap kakak orang hebat kat sini."
Farra menjeling tajam ke arah adiknya itu sambil mendengus perlahan. "Mengarutnya budak tu."
Serta-merta Sarra tergelak.
"Sarra dengan Zulfiqar macam mana.?" Tanya Farra agak mendatar tidak berminat untuk meneruskan topik itu.
"Macam biasa je." selamba Sarra menjawab. "Susah sangat nak jumpa dengan abang Zulfiqar tu. Memang macam tu. Sentiasa dingin."
"Kenapa Sarra panggil dia 'abang'.?"
Sarra segera membalas renungan kakaknya itu. "Dia kan abang angkat Sarra. Lagipun dia kan dah jadi tunang Sarra juga."
"Sarra..." Farra mendengus perlahan. "Tunang tak menghalalkan apa-apa. Itu hanya ikatan je. Tak ada apa-apa pun."
"Panggilan je pun kan.??"
"Panggilan 'abang' kepada lelaki bukan muhrim kita ni..." Farra memandang Sarra dengan wajah yang tenang. "Terutama sekali orang yang lebih kurang kita ni... Boleh mendatangkan fitnah tahu tak.?"
Sarra tidak membalas.
"Orang boleh fikir macam-macam." sambung Farra lagi. "Lagipun panggilan tu terlalu manja untuk orang lelaki."
"Patut lah abang... Er, Zul selalu marah Sarra panggil dia macam tu." dengus Sarra agak perlahan.
"Farra okey ke dengan pertunangan ni.?" Tanya Farra acuh tak acuh sekali lagi lari daripada topik yang baru sahaja dibincangkan.
Sarra berfikir seketika kemudian menarik nafas panjang. "Entahlah, kak. Sarra hormat keluarga ni. Mereka nak Sarra betul-betul jadi keluarga mereka. Sebab tu saya dengan abang... Er, Zul... Ditunangkan."
"Jadi Sarra terima sebab terpaksa lah ni.?" Tanya Farra lagi cuba memancing kebenaran.
"Nak kata dipaksa tu tak juga." Sarra cuba memikirkan ayat yang sesuai. "Mereka tak paksa Sarra. Tapi Sarra yang paksa diri Sarra untuk terima."
"Kenapa Sarra paksa diri pula.??"
"Kak..." Sarra memandang kakaknya itu dengan wajah yang sayu. "Mereka dah jaga Sarra dari kecil lagi, kak. Takkan Sarra nak tolak pula. Macam Sarra ni tak mengenang budi mereka."
"Sanggup Sarra korbankan kebahagiaan Sarra untuk balas budi mereka.??" Farra merenung adik perempuannya itu dengan kening dinaikkan. "Kakak yakin mereka tak akan paksa lah."
"Sarra tak korbankan apa-apa. Sarra yakin ab..." Sarra menarik nafas panjang. Terlalu sukar baginya untuk membuang perkataan 'abang' ketika menyebut nama Zulfiqar "Zul akan bahagiakan Sarra. Itu dah cukup."
Farra menarik nafas panjang. "Kalau dah Sarra cakap macam tu okey lah. Zulfiqar macam mana.? Apa pendapat dia pasal pertunangan ni.??"
"Dia tak setuju sebenarnya." Sarra tunduk seketika. "Tapi dah dipujuk oleh mak dia... Dia setuju je lah. Dia kata pada Sarra... Kalau betul kami jodoh, ada lah tu."
_________________________________________________
A/n : To be continued.....
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...