Bab 72

614 45 2
                                    

Sudah hampir setengah jam berlalu, Nazirah Qistina langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tiang tempatnya bersandar kini menjadi penghadang untuk menyembunyikan kelibatnya. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada berbuat demikian. Mata besarnya melirik sesekali ke arah Sukarnain Mukhsin dan Nurul Iman yang kini sedang berbual di sebuah kerusi.

Jarang sekali dia melihat keadaan itu lebih-lebih lagi setelah kejadian yang berlaku sebelum dia berpindah ke madrasah itu. Kejadian yang membuatkan Sukarnain bertukar ke tempat itu. Dia sedar, sudah terlalu lama dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Bertahun-tahun lamanya. Perasaannya langsung tidak berubah sehingga kini. Dia masih berharap dan bertaut pada lelaki itu.

Sewaktu lelaki itu diikat dengan Nurul Iman, dia benar-benar sedih. Tapi perkara itu langsung tidak mengubah perasaannya. Sehingga lah Sukarnain bertukar ke madrasah itu. Perasaannya masih sama walaupun mereka sudah tidak berjumpa atau bercakap lagi.

Dan kini, mereka dipertemukan lagi di madrasah itu. Buat pertama kalinya dia bercakap dan berbual dengan lelaki itu yang mana tidak pernah terjadi sebelum ini. Harapannya semakin besar untuk perasaannya sendiri. Akan tetapi, dia dapat melihat lelaki itu sepertinya sudah berbaik dengan Iman, bekas tunangnya dan ini membuatkan dia dalam keadaan bahaya.

Jyra memandang kedua-dua orang itu sekali imbas. Berharap semua itu hanya permainan mindanya sendiri kemudian segera melangkah pergi dari situ. Dia berjalan menuju ke bilik kawan-kawannya.

TOK! TOK! TOK!

Serentak Farra dan Aieyn yang berada di dalam bilik itu menoleh memandang ke pintu.

"Assalamu'alaikum." Jyra membuka pintu itu perlahan-lahan.

"Wa'alaikumsalam." Sambut Farra dan Aieyn serentak apabla ternampak kepala Jyra menjenguk ke dalam.

"Oh, Jyra." Farra meletakkan pen yang dipegangnya tadi di atas buku notanya. "Masuklah."

Jyra segera melangkah masuk. Aieyn yang sedang duduk melipat baju hanya meneruskan kerjanya.

"Mana kak Amirah.?" Tanya Jyra ketika melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi berdekatan Farra.

Aieyn memandang Farra seketika kemudian mengangkat bahunya. "Kami pun tak tahu."

"Miezza.??" Tanya Jyra lagi.

"Pun kami tak tahu." Aieyn menjawab lagi.

Jyra hanya mengangguk-angguk lalu merenung Aieyn sambil melirik penuh makna. "Awak dengan Noorizan... Bila nak makan besar.?"

Aieyn hampir terbatuk mendengar pertanyaan itu. Farra pula hanya tersenyum tidak berkata apa-apa.

"Apa soalan ni.?" Aieyn merenung Jyra sambil berkerut.

"Eleh..." Jyra masih lagi cuba menyakat. "Dah ikat tu. Tak baik biar lama-lama. Nanti macam-macam ujian yang datang."

Aieyn hanya menggerutu tidak membalas. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab jika perkara itu diungkitkan kepadanya. "Kami akan bincang nanti. Masih banyak lagi perkara yang kami perlu fikirkan."

"Awak tu pun bukannya muda lagi, Aieyn." Jyra bersuara tenang. "Dah tiba masa untuk awak berumah tangga."

"Jangan nak cakap banyak." Aieyn menggerutu. "Kita sebaya pun. Saya ni okey lagi. Dah bertunang. Awak tu macam mana.??"

Jyra terdiam mendengar kata-kata Aieyn. Dia sendiri tidak tahu apa yang sudah jadi padanya. Faiz sudah pernah melamarnya. Bukan hanya sekali, tapi berkali-kali dan dia asyik menolak sahaja. Apa benar apa yang dia lakukan itu.? Dia menolak jodoh yang datang padanya atau dia sedang menunggu jodoh yang sebenarnya.? Dia sendiri tidak pasti apa kebenaran pada takdirnya.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now