Tasik yang tenang itu direnung lama. Mata tajam Farra'Ain Wardina hampir tidak berkelip kerana mengelamun. Keadaan yang agak tenang itu membuatkan dia rasa seperti berada di dunia yang lain. Satu-persatu perkara mula muncul dalam fikirannya.
Kini, hanya tinggal dia dan Aieyn sahaja yang tinggal di bilik. Miezza sudah berhenti apabila sudah bergelar isteri kepada Zulfiqar. Begitu juga dengan Amirah yang menyusul selepas itu. Dan Aieyn pula sudah bertunang. Mungkin, hanya dia seorang lagi yang akan tinggal selepas ini jika semuanya terus berjalan dengan lancar. Masa yang berlalu bagaikan air deras yang tidak pernah berhenti.
"Assalamu'alaikum."
Farra tersentak dari lamunannya lalu segera menoleh pantas. Kelihatan Hisham Dhani sedang tersenyum memandangnya.
"Wa'alaikumsalam."
"Apa awak buat kat sini.?" Tanya Hisham memandang gadis itu.
"Tak ada." Farra menjawab lemah. "Cuma duduk-duduk tenangkan diri. Tak ada apa-apa pun."
Hisham menarik nafas panjang. "Jawapan tu selalu orang bagi jika dia dalam keadaan berfikir sendiri mengenai masalahnya."
Farra memandang Hisham.
"Kalau awak tak nak cerita tak apa..." Hisham segera tersenyum. "Saya tak paksa awak pun."
Farra berdiam diri seketika. Tidak tahu sama ada dia boleh percaya pada lelaki itu atau tidak. Akan tetapi, dia benar-benar ingin meluahkan segala-gala yang terbuku dihatinya sekarang ini. Lelaki itu memang rapat dengannya dari mula lagi dan mereka memang berkawan baik. Hisham pula hanya memandang gadis itu dengan dahi berkerut cuba untuk membaca fikirannya.
"Syazani..."
Hisham tersentak apabila mendengar nama itu disebut. Kerutan di dahinya semakin ketara. "Syazani.??"
Farra mengangguk-angguk perlahan sambil merenung Hisham tajam. "Apa jadi pada dia.?? Dia ada masalah ke.??"
"Masalah.??" Ulang Hisham agak kebingungan. "Kenapa awak cakap macam tu pula.?"
"Dia nampak lain daripada biasa." Farra kelihatan sedikit geram apabila bercakap mengenai itu.
"Dia nampak normal pada saya." Tutur Hisham lembut.
"Lain!" bidas Farra. "Saya tahu... Dia asyik mengelak dan bersikap dingin dengan saya. Saya tak tahu apa salah saya."
Hisham tidak membalas. Dia merenung wajah Farra sedalam-dalamnya. Ada sesuatu yang tidak kena. "Farra..."
Farra memandang Hisham.
"Awak... Ada perasaan pada Syazani ke.?"
Pertanyaan itu membuatkan wajah Farra menjadi merah padam. Dia hanya mendengus perlahan kemudian mengangguk. "Saya rasa ya."
Bagaikan terkena tembakan, Hisham dapat merasakan dadanya terasa sakit tanpa sebab. Dia hampir sahaja terbatuk kerana merasakan nafasnya tersekat dikerongkongnya. Apa.? Farra mencintai Syazani.? Adakah deria pendengarannya masih betul atau tidak.? Adakah dia tersilap dengar.?
"Dia banyak beri saya kata-kata semangat..." Farra bersuara tanpa langsung perasan perubahan pada wajah Hisham. "Dia beri saya nasihat dan banyak membantu saya. Dia buat saya rasa tenang dan... Saya dapat rasa diri saya dekat dengan Allah."
Hisham langsung tidak mendengar apa yang gadis itu katakan. Dadanya benar-benar terasa perit. Bukan kerana sakit atau apa. Tapi kerana menelan pengakuan gadis itu yang amat pahit. Dia kini berusaha menahan dirinya daripada melakukan sesuatu yang menunjukkan perasaan sebenarnya.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...