Bab 78

542 39 3
                                    

Baru dua minggu yang lepas mereka menghadiri perkahwinan Miezza dan Zulfiqar. Kini, mereka baru sahaja menghadiri pernikahan Amirah dan Hassan yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja berbanding yang lain. Mereka hanya membuat doa selamat sesuai dengan kehendak Amirah yang sememangnya tidak suka majlis besar-besaran dibuat untuknya. 

Jyra dan Faiz masih dalam perancangan untuk berkahwin. Masing-masing mencari masa yang sesuai. Manakala Iman dan Sukarnain tidak berkahwin di situ. Mereka balik ke negeri asal dan berkahwin secara kecil-kecilan di sana. 

Semua perkara ini banyak membawa kepada perubahan di madrasah. Mereka terpaksa melantik ahli jawatankuasa baru dan ada juga yang dikekalkan. Terlalu banyak jawatan yang mula tiada pemegangnya. Ramai wajah-wajah baru yang diambil termasuklah Yazid dan Sarra.

Orang pernah kata, dugaan orang yang sudah bertunang ini adalah dia akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada tunangnya sendiri. Noorizan Shahran duduk termenung seornag diri di tempat dia biasa bersendirian. Mengenangkan dugaan pada pertunangannya. Bukan kerana dia jumpa orang yang lebih baik, tapi kebahagiaan orang yang dia cintai itu sendiri. 

Perbualan Aieyn bersama Mustanir yang didengarnya tempoh hari masih lagi menghantuinya. Buku yang dipegang langsung tidak dibuka. Fikirannya melayang jauh entah ke mana. Memikirkan setiap kesan yang berlaku atas setiap perkara yang hendak dilakukannya.

"Assalamu'alaikum."

Noorizan mendongak pantas. Dia mengeluh sedikit apabila terpandang orang yang memberi salam itu adalah Aieynur Assyiffa. Dia segera berpaling dengan wajah yang sayu. "Wa'alaikumsalam."

Aieyn berdiam diri seketika kerana perasan dengan kelakuan lelaki itu bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak bertanya. "Apa khabar?"

"Baik, alhamdulillah."

Aieyn mula berkerut. Dia rasa semakin pelik. "Awak okey ke? Awak nampak macam ada masalah."

Noorizan tidak menjawab sebaliknya tunduk sambil mendengus perlahan. Aieyn semakin pelik melihat keadaan lelaki itu.

"Noorizan..."

"Saya nak tanya sesuatu pada awak." Noorizan memandang Aieyn sebelum sempat gadis itu bertanya apa-apa lagi.

"Apa dia.?" Aieyn semakin tidak sedap hati.

Noorizan mendengus perlahan kemudian bingkas bangun bagi memudahkan dia menghadap Aieyn. "Awak janji pada saya yang awak akan jawab dengan jujur daripada hati awak.?"

Aieyn merenung wajah lelaki itu. Pelbagai andaian kini bermain di mindanya. Dia mengangguk perlahan-lahan dalam keadaan tidak yakin.

Noorizan menarik nafas panjang lalu tunduk seketika kemudian kembali merenung wajah Aieyn. "Awak masih mencintai Mustanir atau tidak.?"

Aieyn terkedu mendengar soalan itu. Dia membuka mata seluas-luasnya merenung lelaki itu. "Apa.??"

Noorizan mendengus perlahan. Dia tidak suka mengulang soalan itu semula. "Awak masih mencintai Mustanir atau tidak.?"

"Soalan apa yang awak tanya ni.?" Aieyn mengerutkan dahinya. Kepalanya mula berasap. Itu adalah salah satu kelemahannya. Dia cepat naik angin dan bengang atas perkara yang tidak disukainya.

"Soalan mengenai hati awak sendiri, Aieyn." Selamba Noorizan membalas.

Aieyn terdiam seketika. Dia merenung lelaki itu sambil berharap yang lelaki itu akan mengubah fikirannya. Malangnya tidak. Noorizan tetap merenungnya menanti jawapan yang sebenar.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now