Bab 46

630 46 4
                                    

"Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh." Asyraf bersuara dari konti radio madrasah itu. Fon kepala yang dipakai dipegang seketika sambil mulutnya didekatkan kepada mikrofon. "Pertama sekali kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diizinkan ke udara pada petang ini. Alhamdulillah kita masih bernafas. Bersama saya penyampai radio tetap madrasah ini, Asyraf Qayyum."

Asyraf mencapai kertas yang ada di atas meja betul-betul di hadapannya. Meja itu kelihatan berselerak dengan fail dan kertas. Ia tidak menjadi satu masalah buatnya kerana sudah biasa dan itu lebih membantunya untuk melaksanakan kerjanya. "Hari ini kita ada tetamu yang agak istimewa kerana ini adalah pertama kali dia menjadi tetamu di sini." Asyraf tersenyum memandang seseorang yang kini berada di sebuah bilik di hadapannya yang mana cermin kaca menjadi penghadangnya. "Aieynur Assyiffa."

"Ya, Assalamu'alaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh." Aieyn bersuara perlahan juga mendekatkan bibirnya ke arah mikrofon yang disediakan khas untuknya.

"Wa'alaikumsalam warahmatullahita'ala wabarakatuh." jawab Asyraf. "Apa khabar, Aieyn.?"

"Alhamdulillah sihat." Aieyn membalas.

"Akhirnya... Aieyn menjadi tetamu di radio pada kali ini." Asyraf kelihatan teruja. "Tahu tak kenapa saya nak sangat awak menjadi tetamu di radio.?"

"Tak." Aieyn menggelengkan kepalanya agak berkerut. "Apa sebabnya.?"

"Sebab awak ni sebenarnya dikenali sebagai gadis misteri."

Aieyn hampir tergelak mendengar kata-kata Asyraf bagaimanapun dapat ditahan. "Gadis misteri.??"

"Ya." Asyraf mengangguk-angguk. "Sebab awak sentiasa bersendiri dan tak banyak bercakap. Bila bersuara dalam mesyuarat, baru terserlah."

"Saya sebenarnya memang jenis orang macam tu." beritahu Aieyn. "Awak boleh tanya pada adik saya, Farra."

"Bercakap pasal adik awak..." Asyraf memandang kertas yang berada ditangannya sekali imbas. Farra'Ain Wardina dan.... Sarra'Ain Waheeda. Kamu bertiga adalah adik-beradik tiri kan.?"

Aieyn mengangguk-angguk. "Farra dan Sarra adalah adik tiri saya. Saya dan Farra dilahirkan pada tahun yang sama. Tapi arwah ibu Farra meninggal ketika melahirkan Sarra. Dan arwah ibu saya pula menyusul."

Asyraf mengangguk-angguk. Walaupun ada banyak lagi soalan mengenai kisah hidup Aieyn yang tersenarai di dalam kertas di hadapannya, dia memutuskan untuk tidak meneruskan topik itu. "Apa pendapat awak setakat ini mengenai kehidupan di madrasah.?"

"Boleh saya katakan ianya amat berbeza dengan dunia luar." jawab Aieyn sambil berfikir sedikit. "Di sini semuanya penuh dengan santapan rohani yang memang susah sekali kita dapatkan benda ini di luar. Bila kita terdedah dengan dunia luar, cabaran itu lebih banyak datang. Dunia luar kita boleh katakan dunia paling mencabar kerana ujian yang banyak menanti di luar sana."

"Benar." Asyraf mengangguk bersetuju. "Boleh dikatakan juga kemampuan kita untuk menghadapi cabaran itu adalah tipis jika kurang ilmu."

"Ya." Aieyn mengangguk.

"Bercakap mengenai ujian..." Asyraf memandang Aieyn lagi sedikit teragak-agak. "Pernahkah awak melalui ujian yang amat susah bagi awak.? Dan apa cara atau inisiatif awak untuk melalui semua itu.?"

Aieyn terdiam seketika. Dia cuba menyusun ayat bagi menjawab soalan itu. "Siapa yang tidak pernah diuji.?"

Asyraf sedikit tersentak apabila Aieyn melontarkan persoalan itu.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now