Bab 33

671 50 3
                                    


Hafiza Natasha termenung sendirian dikaca tingkap bilik tidurnya itu. Dia merenung langit biru yang agak mendung dan berangin. Sudah beberapa minggu dia berada di rumah. Entah apa keadaan di madrasah Al-Firdausi dia juga tidak tahu. Dia kini sudah merasa rindu dengan suasana madrasah itu yang dipenuhi dengan ilmu Allah. Santapan rohaninya ketika berada di rumah tidak sama dengan ketika dia berada di sana. Setelah banyak kali dipujuk dan berbincang dengan ibu dan bapanya, akhirnya dia bersetuju untuk dijodohkan dengan lelaki yang dia langsung tidak kenal. Dia langsung tidak berminat untuk mengambil tahu siapa lelaki itu. Dia hanya akur tanpa kerelaan.

Akhirnya tiba hari pertunangannya. Inilah hari yang akan menemukannya dengan lelaki yang bakal menjadi imamnya kelak. Dia tidak menjemput kawan-kawannya dari madrasah kerana itu hanya majlis untuk ahli keluarga terdekat sahaja. Dia juga masih belum bersedia untuk menampakkan statusnya di hadapan kawan-kawannya yang lain. Fiza kini memakai jubah satin berwarna ungu dengan hijab labuh menampakkan keayuan dan kematangan wajahnya.

"Fiza..."

Fiza menoleh memandang ke pintu dengan wajah yang malas. Kelihatan ibunya, Puan Zakiah berdiri di muka pintu sambil mengukir senyuman manis memandang anak perempuan tunggalnya itu. Fiza menarik nafas kemudian membetulkan kedudukannya dengan riak wajah yang sugul.

"Fiza dah sedia.?"

"Jangan lah tanya balik-balik, mak." Fiza mendengus perlahan tidak senang. "Nanti saya ubah fikiran lagi."

"Baiklah." Puan Zakiah tersenyum sambil mengangguk-angguk.

"Dah ramai orang ke kat bawah.?" Tanya Fiza dengan wajah yang kelihatan risau dan takut.

"Ramai lah juga." jawab Puan Zakiah. "Tapi semuanya pun keluarga kita juga. Jangan risau."

Fiza mengeluh panjang. Rasa gementarnya kini semakin menjadi-jadi. Buat seketika, ingin sahaja dia membatalkan semua itu.

"Fiza takut ke.?" Puan Zakiah merenung wajah anak gadisnya itu cuba membaca apa yang ada di dalam fikirannya.

Fiza tidak segera menjawab. Dia berfikir seketika. Ya! Dia takut. Teramat takut. Tapi apa boleh dia buat.? Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri dan membatalkan semuanya semula.

"Ini kan cuma majlis pertunangan Fiza." Puan Zakiah cuba menyenangkan hati anak gadisnya itu yang kini sudah gundah gulana. "Kamu baru je nak diikat. Belum dikahwinkan lagi."

"Ini pun baru pertama kali Fiza diikat kan.?" Fiza bersuara sambil mengangkat keningnya.

Puan Zakiah tidak menjawab tanpa mengiyakan.

"Memanglah banyak perkara yang Fiza takutkan." sambung Fiza lagi yang sepertinya membaca apa yang ibunya akan jawab.

"Mama dengan papa kan ada." ujar Puan Zakiah lembut. "Kalau ada apa-apa yang Fiza bimbangkan, beritahu kami."

TOK! TOK!

Kedengaran bunyi ketukan pintu sebelum ianya terbuka tanpa mereka jawab. Kelihatan seorang gadis muda sebaya Fiza yang merupakan sepupunya sebelah ayah menjenguk ke dalam.

"Mak Cik... Mereka dah sampai."

"Okey." Puan Zakiah tersenyum lalu mengangguk.

Mendengar kenyataan itu, jantung Fiza kembali berdegup pantas. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Dia dapat merasakan jantungnya akan meletup tidak lama lagi. Alunan zikir tidak berhenti dibaca di dalam hati. Puan Zakiah keluar untuk melihat keadaan di tingkat bawah.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now