Kadangkala apa yang berlaku langsung tidak pernah kita sangkakan. Asyik mengeluh kenapa kita diberi kehidupan sebegini. Penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan yang teramat berat dan pahit untuk diharungi. Akan tetapi, pernah kah kita fikir kenapa kita diberi ujian seperti itu.? Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan.
Setiap apa yang berlaku, pasti akan dapat kita tempuhi. Dengan iringan doa yang ada, akan menjadi kita lebih kuat dan dekat denganNya. Dan apa yang pasti, Allah telah mengatur hidup kita dengan baik dan akan menggantikannya dengan sesuatu yang indah.
Sudah hampir sejam, Noorizan Shahran berdiri disebalik tiang itu tidak bergerak. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan itu benar atau tidak. Dia juga tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat. Banyak perkara mempengaruhi setiap tingkah lakunya. Dia kini sedang memandang gadis yang amat dicintainya. Sesuatu yang dia sendiri tidak tahu bila kali terakhir dia berbuat demikian.
Aieynur Assyiffa sedang duduk bersendirian di tepi tasik itu sambil merenung ke arah sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Betapa hatinya rindu melihat gadis itu. Bibirnya mula mengukir senyuman apabila memandang muslimah itu. Sekarang ini, dia hanya mampu melihatnya dari jauh tanpa menyapa.
"Ya Allah..." Noorizan bersuara di dalam hati hampir mengeluarkan arimatanya. "Kau jagalah gadis ini, ya Allah... Jangan Kau lukakan hatinya. Berilah yang terbaik dalam kehidupannya."
Sebak rasa hati kecilnya melihat gadis itu terseksa seperti itu. Dia dapat melihat segelanya ketika dia memutuskan pertunangan dengan gadis itu. Tapi gadis itu langsung tidak putus asa untuk membuatkan dia ingat kembali walaupun sebenarnya dia tidak hilang ingatan. Noorizan hanya mampu menarik nafas panjang kemudian berpaling untuk berlalu pergi dengan rasa berat hati.
Langkahnya terhenti apabila terpandang seseorang berdiri di hadapannya kini. Abdul Mustanir Izzuddin merenungnya dengan wajah yang serius lain dari yang biasa. Noorizan membesarkan matanya. Tidak tahu sejak bila lelaki itu berdiri di situ. Jika sudah lama, pasti dia melihat apa yang baru sahaja lelaki itu lakukan.
"Kita perlu bercakap." selamba Mustanir bersuara.
Noorizan tidak membalas sebaliknya masih lagi tercengang berdiri sambil memandang ke arah lelaki itu.
"Ikut saya." Mustanir terus membuka langkah dan berjalan pergi dari situ.
Noorizan mendengus perlahan kemudian menyusul lelaki itu perlahan-lahan. Mustanir terus sahaja berjalan tanpa menoleh ke belakang. Mereka berjalan terus sehingga sampai ke taman yang amat sunyi dan lengang barulah Mustanir memberhentikan langkahnya. Dia segera berpaling memandang Noorizan.
"Awak masih tak nak tarik balik apa yang awak cakap pada Aieyn ke.?"
Noorizan agak tersentak mendengar pertanyaan itu. "Apa maksud awak.?? Nak tarik balik apa pula.?"
"Pasal awak putuskan pertunangan awak dengan dia."
Noorizan terdiam lagi. Tidak tahu apa yang hendak dibalas untuk soalan itu. Ia amat sukar untuk dijawab.
Mustanir menarik nafas panjang lalu tunduk seketika sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar. Dia segera memandang sekeliling. "Dah berapa lama awak berlakon hilang ingatan ni, Noorizan.?"
Noorizan terkejut mendengar pertanyaan itu bagaimanapun tidak menunjukkan pada reaksinya. "A... A... Apa.??"
Mustanir tersengih serta-merta. "Jangan nak berlakon lagi. Saya tahu awak dah ingat. Siapa Aieyn, siapa saya."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...