Sudah hampir setengah jam Hassan Al-Akhbar berdiri di sebalik tiang itu sambil memandang ke arah sesuatu. Sesuatu yang benar-benar sukar untuk ditemuinya secara bersemuka. Nur Amirah Hasanah sedang duduk bersendirian di sebuah kerusi. Kerusi yang menjadi tempat gadis itu selalu termenung sejak mereka kenal dahulu. Dia sering menyapa gadis itu di situ dan memberi nasihat serta bimbingan. Tempat itu juga lah yang menjadi saksi dia melamar gadis itu. Akan tetapi, semuanya kini sudah berubah. Benar-benar berubah. Apa yang selama ini dirancang, tidak sama dengan apa yang Allah telah rancang untuk dirinya. Dia tahu, gadis itu kini sudah mula membuat andaian untuk dirinya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan pada gadis itu.
Langkah Hassan mula terbuka tanpa dia sedari. Entah kenapa kakinya itu seperti bergerak sendiri tanpa kawalannya. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Amirah yang mana dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Jantungnya mula berdegup pantas apabila dia kini berada alam jarak lebih kurang tiga meter dengan gadis itu. Dia berdiam diri seketika cuba menyusun ayat yang sesuai.
"Assalamu'alaikum."
Amirah tersentak apabila mendengar ucapan salam itu. Jantungnya kini terasa seperti hendak tercabut keluar apabila terdengar suara lembut yang cukup dikenalinya. "Wa'alaikumsalam."
Hassan berdiam diri seketika sambil menelan air liurnya yang terasa pelat. "Amirah apa khabar.?"
Amirah menarik nafas panjang. "Apa yang awak nak, Hassan.?"
Hassan tunduk seketika sambil menggenggam buku limanya erat cuba menahan perasaannya sendiri. Dia tahu Amirah akan jadi dingin seperti itu. "Saya cuma nak bertanya khabar."
"Saya rasa benda tu dah tak perlu lagi." selamba Amirah membalas tanpa memandang wajah lelaki itu. "Keadaan dah tak sama macam dulu lagi."
Hassan mendengus perlahan. "Saya dah agak awak akan jadi macam ni."
"Awak yang buat saya jadi macam ni." Amirah tersengih mendengar kata-kata lelaki itu.
"Amirah, saya tak..."
"Saya doakan awak, Hassan." pintas Amirah membuatkan lelaki itu terdiam. "Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Kita bukan dijodohkan. Ini takdir yang Allah beri pada kita."
Hassan tidak membalas. Dia kini masih berusaha menahan perasaannya. Buku limanya semakin erat digenggam.
"Sekarang kalau awak tak kisah saya nak bersendirian." Amirah mendengus perlahan kemudian memalingkan mukanya.
Hassan terkedu seketika kemudian segera beredar perlahan-lahan. Dia sudah tidak mampu membuka mulutnya lagi untuk bercakap. Dia hanya beredar tanpa sepatah kata pun. Dia terus sahaja berjalan sambil berusaha menyembunyikan wajahnya yang kini sudah merah padam
Pintu bilik itu direntap kuat menyebabkan Faiz dan Sukarnain yang sedang duduk membaca buku di katil masing-masing menoleh serentak. Hassan berdiri dengan wajah yang amat lemah.
"Saya nak bercakap dengan kamu."
Faiz dan Sukarnain berpandangan seketika kemudian mengangguk teragak-agak sambil membetulkan kedudukan mereka.
"Boleh je."
Hassan segera melangkah masuk kemudian menutup pintu lalu duduk di sebelah Sukarnain.
"Apa halnya ni.?" Sukarnain kini sudah menghadap lelaki itu. Faiz tidak mengubah posisinya akan tetapi juga memandang Hassan.
"Saya jumpa Amirah tadi."
Sukarnain menarik nafas panjang kemudian memandang Faiz. Faiz tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya hanya memandang Hassan.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...