Bab 66

568 45 5
                                    

Rumah teres dua tingkat itu kini penuh dengan orang ramai. Orang ramai yang datang untuk meraikan satu majlis. Untuk mendoakan. Ahmad Syazani Syafi'e mengaji merdu di antara orang ramai yang duduk di ruang tamu itu. Hisham, Asyraf, Mustanir, Yazid, Shamsul, Hassan, Sukarnain, Faiz dan Zulfiqar turut berada di situ dengan wajah yang berseri-seri tersenyum gembira. Noorizan Shahran kini sedang duduk di ruang tengah tidak bergerak. Dia hanya tunduk diapit oleh kedua-dua ibu bapanya. Dua adik perempuannya turut berada di situ dengan wajah yang gembira.

Di suatu sudut, Aieynur Assyiffa sedang duduk kaku. Dia menggenggam erat tangan Farra yang berada di sebelahnya. Bibirnya tidak berhenti berzikir. Tangannya kini sejuk seolah-olah darah tidak lagi mengalir di situ. Kawan-kawannya yang lain turut berada di situ memberi sokongan.

"Alhamdulillah." ucap Encik Sufi apabila Syazani menutup Al-Quran yang baru sahaja selesai dibacanya. "Kalau macam tu... Kita teruskan pada majlis sebenar kita hari ini. Rasanya semua pun tahu kan."

Noorizan bermain-main dengan jari-jemarinya untuk menghilangkan rasa gementarnya.

"Hari ni adalah untuk kita buat doa selamat atas pertunangan anak lelaki saya, Noorizan Shahran dengan gadis pilihannya." sambung Encik Sufi lagi dengan wajah yang bersinar-sinar. "Apa yang saya harapkan daripada majlis ni adalah doa daripada kalian semua. Kita doakan supaya jodoh mereka sampai dan terus kekal berpanjangan hingga ke Jannah Allah kelak."

"In Shaa Allah." ujar semua orang hampir serentak. Semua tetamu tidak berhenti mengukir senyuman di bibir.

Encik Sufi memandang isterinya. "Rasanya lebih baik awak sarungkan cincin pada gadis itu."

Puan Anis mengukir senyuman manis kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati Aieyn yang semakin gementar dan agak bergegar. Dia memegang kedua-dua bahu gadis itu. "Aieyn..."

Aieyn mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Memandang wajah wanita yang hampir sama dengan wajah Noorizan.

"Makcik harap awak sudi terima anak makcik apa adanya." ujar Puan Anis lembut. "Pertunangan ini hanya sebagai ikatan dan bila kamu dah bersedia, In Shaa Allah kamu akan diijabkabulkan."

"Saya terima, makcik." ujar Aieyn yang kini matanya sudah mula berkaca. Suaranya kedengaran agak terketar-ketar.

Perlahan-lahan Puan Anis menyarungkan cincin emas pada tangan gadis itu. Air mata Aieyn mengalir perlahan-lahan. Farra dan Sarra berpandangan seketika. Farra masih dapat mengawal rasa sebaknya, manakala Sarra sudah mula menangis.

"Alhamdulillah." ucap Encik Sufi apabila isterinya memberi isyarat sudah selesai kepadanya. Dia segera memandang orang di sekeliling. "Kalau macam tu kita mulakan dengan doa."

Semua orang mula menadah kedua-dua tangan. Doa itu dimulakan dan diketuai oleh Hisham Dhani yang membaca dengan penuh khusyuk. Berharap ada salah satu daripada doa mereka akan diambil dan dikabulkan.

Abdul Mustanir Izzuddin tersentak ketika menyapu mukanya dengan kedua-dua tangannya apabila doa itu selesai. Ada sesuatu yang basah dia tersentuh di mukanya sendiri. Dia memandang kedua-dua belah tangannya dengan wajah yang kebingungan. Air. Dia memegang lagi pipinya. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir membuatkan matanya terbuka luas kerana terkejut. Dahinya mula berkerut. Dia mula berfikir kenapa air matanya jatuh secara tiba-tiba pada saat itu. Dia memandang wajah Aieyn yang kini sedang berbual bersama adiknya. Lain rasa di hatinya. Sesuatu yang dia sendiri tidak pernah rasa sebelum ini. Seolah-olah ingin menjerit.

Setelah majlis selesai, mereka semua meminta diri untuk pulang semula ke madrasah. Ada yang ikut kereta ustaz dan ustazah. Ada juga yang guna kereta sendiri. Masing-masing mengucapkan selamat kepada keluarga itu.

Asyraf Qayyum memandu keretanya dengan tenang. Abdul Mustanir Izzudin duduk di tempat duduk sebelaha hanya berdiam diri. Asyraf memandang sahabat baiknya itu sekali imbas. Lelaki itu langsung tidak bersuara sejak mereka meninggalkan rumah Noorizan tadi. Jelas ada sesuatu yang disembunyikannya kerana itu bukan dirinya yang biasa dikenali mereka.

"Mustanir..."

Mustanir tersentak apabila Asyraf menyebut namanya. Dia memandang lelaki itu agak terpinga-pinga.

"Kenapa dengan awak ni.?" Asyraf berkerut memandang lelaki itu bagaimanapun masih meneruskan pemanduannya dengan penuh berhati-hati. "Macam ada yang tak kena je.?"

Mustanir tidak menjawab sebaliknya kembali memandang ke hadapan. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia keliru. Keliru dengan apa jua yang berlaku pada dirinya ketika itu.

"Taner..." panggil Asyraf lembut. "Kalau ada apa-apa awak nak cakap... Awak boleh beritahu."

Mustanir memandang Asyraf dengan mata yang sayu kemudian mendengus perlahan. "Saya rasa tak rela..."

"Tak rela.?" Ulang Asyraf sambil memandang sekali imbas ke arah Mustanir. Dahinya mula berkerut.

"Dengan pertunangan Aieyn dan Noorizan."

Asyraf tersentak apabila Mustanir menghabiskan ayatnya. Dia merenung lelaki itu tajam sekali lagi kemudian kembali memandang ke hadapan. "Taner, awak..."

"Saya tahu." Pintas Mustanir. "Tak patut. Tapi saya tak dapat nak tipu. Ini yang saya rasa sekarang."

"Tapi awak cakap sebelum ni awak tak ada apa-apa perasaan pada dia kan.?" Asyraf mengerutkan dahinya.

Mustanir hanya menarik nafas panjang. "Saya baru rasa sekarang ni. Betapa sakitnya rasa tengok dia bertunang dengan orang lain. Dan saya mengalirkan air mata tanpa saya sedari langsung."

Asyraf tidak berkata apa-apa. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan pada ketika itu. Dia benar-benar buntu.

"Allah dah uji saya semula." Gumam Mustanir. "Saya harap saya tak akan menjadi penghalang untuk mereka.

Asyraf tetap tidak membalas. Dia mendengus perlahan sambil mengeratkan pegangannya pada stereng kereta itu. Sudah pelbagai ujian yang Allah ciptakan buat pasangan yang mempunyai rasa cinta. Semuanya berbeza. Hanya mampu menanti siapa yang akan berjaya memiliki dan hidup bahagia, dan siapa pula yang cintanya hanya di dalam doa semata-mata.


_________________________________________________


A/n: Twisted here!! Nampaknya Mustanir baru perasan benda ni. Di saat Aieyn sudah hampir bergelar isteri orang. Apa akan jadi dengan Mustanir? To be continued.....

> VOTE & COMMENT <


Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now