Cinta adalah kurnia yang paling agung daripada Allah S.W.T. Setiap insan akan ada lahir rasa cinta dalam dirinya. Kerana dengan cinta, kita akan kenal segala-galanya. Kadangkala, cinta yang hadir hanya lah persinggahan dan sementara. Ia dihadirkan untuk menguji dan mengajar kita untuk sentiasa menghargai dan memahami apa yang Allah akan berikan pada kita suatu hari nanti.
"Itu dia lagu 'Bisikan Nurani' daripada kumpulan nasyid Malaysia, In-Team." Asyraf bersuara dari konti radionya setelah lagu itu selesai dimainkan. "Lagu yang cukup bermakna untuk kita tahu apa erti cinta suci yang sebenarnya." Asyraf memandang ke bilik sebelah melalui cermin kaca itu. "Hari ini kita ada tetamu yang cukup dikenali di madrasah ini iaitu Nur Amirah Hasanah."
"Ya." Amirah bersuara teragak-agak di mikrofon itu tidak seperti selalunya. "Assalamu'alaikum, semua."
"Wa'alaikumsalam warahmatullah." jawab Asyraf. "Ini dia. Kak Amirah.... Yang saya sendiri pun cukup menghormatinya."
Amirah segera ketawa apabila mendengar kata-kata Asyraf. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya seketika.
"Apa khabar, kak.?" Tanya Asyraf sopan.
"Alhamdulillah baik." jawab Amirah sambil tersenyum memandang Asyraf dari dalam bilik tempat dia berada. "Asyraf apa khabar.?"
"Alhamdulillah. Baik." jawab Asyraf. "Hari ni kita amat bertuah dapat dengar pendapat dan nasihat dari kak Amirah kita."
Amirah hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali lagi. Dia tidak mampu menghalang lelaki itu.
"Dan topik kita..." Asyraf memandang sekali imbas kertas yang berada di hadapan matanya itu. "Rasa-rasanya apa topik kita hari ni.?"
"Erm..." Amirah berfikir seketika. "Kalau dengar lagu tadi tu.... Topiknya mesti.... Cinta.??"
Asyraf tersenyum serta-merta. Amirah dapat tahu bagaimana strategi radio itu untuk menyatakan topik yang akan dibincangkan. "Kalau mengikut tulisan dalam ni topiknya adalah 'Cinta yang suci'."
Amirah tergelak kecil mendengar tajuk itu. Entah kenapa dia rasa geli hati kerana ia terlalu mendalam.
"Jadi..." Asyraf memandang Amirah dari balik kacamatanya. "Pada pendapat kak Amirah.... Apa itu cinta.??"
Amirah membetulkan kedudukannya sambil berfikir seketika. "Cinta adalah anugerah Allah yang paling besar. Cinta yang sebenar adalah bila mana kita rasa dekat dengan Allah bila kita merasakan benda tu. Ia juga akan mengajar kita erti mengenal suka dan duka, rasa kecewa, keperitan dan sebagainya."
Asyraf mengangguk-angguk. "Selalunya setiap kali Allah hadirkan cinta pada manusia.... Pasti akan ada ujian atau keperitan yang dilalui. Ia tidak akan semudah itu untuk kita nikmati."
Amirah hanya mengangguk bersetuju. Dia membetulkan seketika kedudukannya kemudian menarik nafas panjang.
"Bagi kakak..." Asyraf merenung Amirah sambil mengecilkan sedikit matanya untuk fokus. "Apa keperitan ataupun ujian yang paling berat akan dilalui oleh orang yang mempunyai perasaan cinta.?"
Amirah berdiam diri seketika. Jika diminta dari dirinya, situasi yang sedang dialaminya itu adalah perkara yang paling berat dan perit untuk dilaluinya. "Setiap orang berbeza ujiannya."
Asyraf hanya mengangguk sambil tekun mendengar pendapat Amirah. Dia kini berpeluk tubuh.
"Bagi saya...." Amirah kini sedang cuba menahan perasaannya. Dia berharap air matanya tidak mengalir di situ. "Perkara yang paling susah... Adalah untuk menerima kehilangan orang yang kita cintai. Kita dah sayang dan cinta pada seseorang. Akan tetapi, Allah tarik balik orang tu dari kita."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...