Aieynur Assyiffa kini sedang termenung seorang diri. Fikirannya amat lapang tanpa ada apa-apa yang mengganggu. Dia merenung cincin emas di jari manisnya itu. Kadangkala, dia sendiri tidak percaya bahawa dia sudah terikat dengan seseorang. Pada usia ini dia sudah mula melangkah ke alam untuk berkeluarga. Dia hanya mampu berdoa bahawa keputusan yang dia buat adalah betul.
"Assalamu'alaikum."
Aieyn menoleh pantas apabila mendengar ucapan salam itu. Noorizan Shahran, tunangnya kini sedang tersenyum berdiri dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.
"Wa'alaikumsalam."
Noorizan segera membalas senyuman manis dari gadis itu. "Termenung nampak. Banyak fikiran ke.?"
Aieyn tersengih mendengar pertanyaan itu. Belum pernah dia bersembang dengan Noorizan seperti itu. "Tak ada lah."
"Awak okey.??" Noorizan tunduk seketika ketika berjalan ke depan beberapa langkah sambil memandang sekeliling.
"Alhamdulillah okey." Aieyn menjawab selamba. Dia tahu, lelaki itu maksudkan dengan pertunangan mereka.
"Saya harap awak dapat selesakan diri dulu sekarang ni." Noorizan menarik nafas panjang. "Dah boleh teruskan nanti baru bincang perkara lain."
Aieyn mengangguk-angguk kemudian memandang Noorizan sekali imbas. "Saya nak tanya sesuatu."
"Apa dia.?" Noorizan memandang Aieyn sambil mengangkat kedua-dua keningnya dengan mata yang dikecilkan.
"Apa pendapat keluarga awak mengenai saya.??"
Noorizan tersengih mendengar soalan itu. Dia memandang sekeliling tanpa sebab. "Mereka sentiasa yakin dengan pilihan saya."
"Tapi takkan mereka tak cakap apa-apa langsung mengenai saya.?" Tanya Aieyn lagi ingin tahu.
Noorizan berfikir seketika kemudian menarik nafas panjang. "Perkara pertama yang mereka tanya pada saya adalah...." Noorizan memandang Aieyn yang sudah sedia memandangnya. "Adakah awak ada darah kacukan atau pun tidak."
"Hah.???" Aieyn mengerutkan dahinya mendengar soalan itu. "Saya.?? Ada darah kacukan.?"
Noorizan mengangguk-angguk. "Tak tahu juga kenapa mereka cakap macam tu. Saya ada tanya apa sebabnya tapi... Mereka kata lupakan je."
Aieyn tergelak kecil seketika. "Tapi mereka tahu siapa saya kan.?? Asal-usul saya... Keluarga saya."
Noorizan segera tersenyum kemudian mengangguk perlahan. "Saya ceritakan semuanya. Jangan risau."
"Saya tak tahu pula awak berasal dari keluarga yang kaya." Aieyn menjeling ke arah lelaki itu yang dirasakannya banyak menyimpan rahsia.
"Siapa kata.??" Balas Noorizan. "Yang kaya tu adalah ayah saya. Bukannya saya. Saya tak ada apa-apa pun."
"Tapi keluarga awak memang baik." Aieyn kini sedang memandang rumput hijau di hadapannya. "Awak bertuah."
"Awak akan jadi salah satu dari ahli keluarga kami juga." Noorizan bersuara. "Jangan risau."
*****
"Habis tu apa awak nak saya buat.??" Suara Fatimah Az Zahra mula meningkat nadanya.
"Cuma jangan cakap benda-benda yang tak sepatutnya pada dia." Yazid Shahidin merenung gadis itu tajam.
Fatimah mendengus perlahan. Dia kelihatannya sudah hilang sabar dan kehilangan kata-kata. "Yazid..."
Yazid hanya memandang gadis itu tidak menyahut.
"Awak tahu tak..." Fatimah kini bercekak pinggang. "Awak dah semakin pelik. Awak dah jadi orang asing bagi saya."
Yazid tidak membalas. Dia sebenarnya sudah sedar lama mengenai perkara itu. Akan tetapi, tidak tahu bagaimana hendak mengatakannya.
"Apa dah jadi.??" Fatimah bertanya dengan mata yang tajam. "Siapa awak sebenarnya.?"
"Fatimah..." Yazid menarik nafas panjang kemudian memandang sekeliling tanpa sebab. Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan semua yang dia ingin katakan pada gadis itu.
"Apa.??" Tanya Fatimah apabila Yazid terhenti daripada meneruskan kata-katanya. "Apa yang awak nak cakap.?"
"Okey..." Yazid menarik nafas panjang. "Saya beritahu awak terus terang. Saya dah berubah!"
Fatimah terkedu mendengar kenyataan itu. Seolah-olah dia terkena renjatan elektrik yang kuat. "Apa maksud awak.?"
"Saya..." Yazid menggaru kepalanya yang tidak gatal seketika. "Nakkan ilmu di tempat ni, Fatimah."
Fatimah tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu. Tangannya terasa sejuk tiba-tiba. Hatinya mula tidak sedap.
"Saya perlukan ilmu."
"Habis tu.??" Tanya Fatimah acuh tak acuh.
"Saya nak belajar dulu." Jawab Yazid agak bersemangat bagaimanapun penuh berhati-hati.
"Belajar.??" Ulang Fatimah yang sedikit mengarut baginya mendengar perkataan itu keluar dari mulut Yazid.
"Emma..."
Fatimah hampir mengeluarkan air mata apabila Yazid memanggilnya dengan nama itu. Sudah sekian lama dia tidak mendengarnya.
"Kita manfaatkan dulu apa yang kita ada kat sini." Ujar Yazid. "Kita sangat cetek dalam ilmu agama. Kita belajar dulu, okey.?"
Fatimah tidak membalas apa-apa. Dia hanya berdiri sambil cuba menahan perasaannya sendiri.
Shamsul Azim berjalan menyusuri koridor itu sambil melemparkan senyuman dengan orang sekelilingnya. Dia amat mesra dan langsung tidak menunjukkan apa-apa riak muka yang muram atau serius. Bagaimanapun, langkahnya terhenti apabila terpandang sesuatu. Dia terpandang Fatimah dan Yazid sedang berbual. Jarak mereka membuatkan Shamsul mengecilkan matanya untuk memastikan dia tidak tersilap pandang. Memang benar! Itu adalah Yazid dan Fatimah. Tapi apa yang mereka bualkan.? Adakah hanya berbual kosong semata-mata ataupun ada sesuatu disebaliknya.?
_________________________________________________
A/n: Nampaknya hal Yazid ngan Fatimah masih tak settle. To be continued.....
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...