Bab 67

583 38 3
                                    

Sukarnain Mukhsin merenung tasik yang tenang itu. Seolah-olah dia sedang menanti satu keajaiban akan keluar dari situ. Kadangkala dia merasakan keputusannya untuk berbaik dengan bekas tunangnya, Nurul Iman adalah keputusan yang salah. Akan tetapi, dia tidak boleh terlalu mengikut amarahnya. Dia tahu tiada apa yang perlu diungkitkan lagi jika semuanya berlaku di masa lalu. Semuanya berlaku atas izin Allah dan dia seharusnya menerima dengan hati yang terbuka.

Dia terdiam seketika. Mata tajamnya tertangkap satu kelibat yang kebelakangan ini sering menarik perhatiannya di mana sahaja. Nazirah Qistina sedang berbual bersama kawan-kawannya sedikit jauh dari situ bagaimanapun amat jelas pada pandangannya. Dia sering memandang gadis itu tanpa sebab. Yang dia tahu, dia ingin melihat gadis itu sekurang-kurangnya sehari sekali. Dia juga tidak dapat fokus di dalam mesyuarat organisasi mereka. Jawatan kedua-dua mereka amat berkaitan. Dia adalah pengerusi dan Jyra setiausahanya. Kadangkala, dia sengaja mengarahkan sesuatu pada gadis itu sebagai alasan untuk dia memandang dan bercakap dengan Jyra. Apa sudah jadi.? Apa yang berlaku pada dia.? Kenapa dia mengambil berat pada gadis itu.? Dan dia sememangnya sudah tahu apa cerita antara Jyra dan Faiz yang pernah berlaku sebelum ini.

"Astaghfirullah al azim." Sukarnain mengusap mukanya seketika kemudian bingkas bangun. Dia menarik nafas panjang sambil cuba memebetulkan kepalanya yang kini semakin tidak betul kemudian segera beredar. Jika dia duduk lama di situ, dia pasti akan terus merenung gadis itu dan ia akan menjadi semakin melarat jika dibiarkan. Dia berjalan perlahan menuju ke biliknya. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dibuang dari mindanya.

"Assalamu'alaikum."

"Oh..." Faizrul Nadzrullah yang kelihatan sedang berbual bersama Hassan Al-Akhbar segera memandang ke pintu. Kedua-dua mereka kelihatan agak serius dan teragak-agak. "Wa'alaikumsalam."

"Apa yang kamu bualkan ni.?" Tanya Sukarnain ketika duduk di sebelah Hassan dengan wajah yang lemah.

"Tak ada apa." Hassan menjawab cuba menyembunyikan perasaannya pada ketika itu. "Bual-bual kosong je."

Sukarnain hanya menggelengkan kepalanya kemudian merenung lantai seketika. Fikirannya masih terganggu dan dia berusaha untuk menyembunyikan keadaan itu. Dia tidak mampu bertanya banyak pada Hassan walaupun dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu kerana dia sendiri ada masalah.

"Dah kalau macam tu muka..." Faiz merenung wajah Sukarnain. "Nampak sangat ada yang tak kena lah tu."

Sukarnain mendengus perlahan. Dia sudah agak. Bagaimana hebat pun dia menyembunyikan reaksi mukanya, kedua-dua kawan baiknya itu pasti akan dapat hidu sesuatu.

"Apa masalah kali ni.?" Hassan memandang lelaki itu dengan wajah dan nada yang tenang.

Sukarnain tidak segera menjawab. Dia masih lagi merenung lantai yang kosong itu dengan fikiran bercelaru.

"Pasal Iman lagi ke.?" Tanya Faiz.

Sukarnain menarik nafas panjang kemudian menggelengkan kepalanya perlahan. "Bukan pasal dia."

Faiz dan Hassan berpandangan seketika kemudian memandang lelaki itu semula. Dahi mereka mula berkerut.

"Kamu kenal kan setiausaha kita tu.?" Sukarnain memandang Hassan dan Faiz silih-berganti. Matanya terhenti pada Faiz dengan muka penuh rasa bersalah. "Saya rasa awak kenal Faiz."

Hassan kini mula berkerut untuk cuba mengingati siapa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Dia turut berkerut memandang Faiz.

"Jyra.??" Gumam Faiz dengan wajah yang kurang senang. "Nazirah Qistina kan.? Ya. Saya kenal."

Sukarnain mengangguk teragak-agak. Dia mula rasa bersalah dengan Faiz bagaimanapun tahu lelaki itu akan faham.

"Kenapa dengan dia.?" Tanya Hassan.

Sukarnain berdiam diri lagi seketika. "Entah lah. Dia menarik perhatian saya kebelakangan ni."

Hassan agak terkejut mendengar pengakuan itu. Manakala Faiz pula hanya terkaku memandang Sukarnain. Dia sepertinya tidak begitu senang mendengar perkara itu tetapi tidak berkata apa-apa.

"Awak berkenan dengan dia ke.?" Hassan mengerutkan dahinya.

"Tak tahu." Sukarnain mengangkat bahunya. "Saya masih nak beri peluang pada Iman tapi... Ini yang saya rasa kebelakangan ni."

Faiz tidak mampu membuka mulutnya. Dia hanya mampu menarik nafas panjang sambil berharap dia akan dapat menerima semuanya.


*****


Ahmad Syazani Syafi'e mencapai botol mineral yang berada di atas meja itu. Dia segera meneguk air itu tanpa henti. Nafasnya agak tercungap-cungap seolah-olah ia tersekat di mana-mana. Kepalanya dirasa amat sakit dan berdenyut kuat seolah-olah ia akan meledak tidak lama lagi.

"Syazani..."

Syazani ingin menoleh bagaimanapun tidak mampu. Hisham Dhani dan Noorizan Shahran berpandangan seketika kemudian segera mendekati lelaki itu dengan wajah yang cemas.

"Awak kenapa.?" Noorizan merenung wajah lelaki itu. "Awak nampak pucat sangat, Sheikh."

"Tak." Syazani cuba bercakap dalam keadaan masih tercungap-cungap. Matanya hampir sahaja tidak dapat dibuka. "Saya okey."

"Awak tak nampak macam okey pun." Gumam Hisham. "Awak pucat sangat ni. Awak sakit ke.?"

Syazani tidak membalas. Kepalanya yang terlalu sakit itu dirasakan mengunci mulutnya.

"Kenapa awak selalu nampak sakit kebelakangan ni.?" Tanya Noorizan yang tahu ini bukan kali pertama mereka melihat lelaki itu menjadi pucat. "Bukan sekali muka awak pucat macam ni. Dah beberapa kali."

"Saya letih je kot." Ucap Syazani cuba menenangkan hati kedua-dua kawannya itu dan juga hatinya sendiri.

"Awak pergi doktor lah." Nasihat Hisham masih dengan wajah yang cemas. "Minta ubat."

"Saya dah makan panadol tadi." Beritahu Syazani.

"Jangan bergantung sangat pada panadol tu." Noorizan mendengus perlahan. "Kita tak tahu apa sakit awak."

"Saya akan okey. Jangan risau." Ucap Syazani yang hanya mampu berharap pada kata-katanya itu.


_________________________________________________


A/n: Korang rasa apa yang jadi pada Syazani?? Rasanya korang dapat tangkap ni. Hehehe. Leave me your feedback. To be continued.....

> VOTE & COMMENT <  

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now