Hisham Dhani berjalan tenang menyusuri setiap koridor madrasah itu. Walaupun ianya hanya sekolah pondok, keluasan madrasah Al-Firdausi ini amat besar dan susunan tempatnya amat cantik dan menyenangkan. Ia adalah hasil pembangunan daripada wakaf orang ramai yang murah hati untuk bersedekah sejak bertahun-tahun dahulu. Setiap pagi, seperti biasa akan ada suara-suara yang sedang mengaji dalam kelas, ada juga yang sedang berusrah dan ada juga yang sedang belajar ilmu fiqah. Hisham membuka pagar pondok itu di mana tempat perbincangan setiap ketua dan timbalan ketua unit.
Kelihatan Farra'Ain Wardina sedang duduk di sebuah meja sambil merenung tajam pensil yang berada ditangannya. Hisham tersenyum seketika tanpa sebab kemudian mendekati gadis itu perlahan-lahan.
"Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumsalam." Farra menjawab pantas apabila mendongak dan membetulkan kedudukannya.
"Dah lama tunggu.?" Hisham meletakkan fail yang dibawanya di atas meja lalu segera duduk selang dua kerusi ke kiri di hadapan gadis itu.
"Tak ada lah." Farra menggelengkan kepalanya lalu memandang Hisham cemas. "Kenapa tiba-tiba buat perjumpaan.? Ada apa-apa yang berlaku ke.?"
Hisham tersenyum kemudian menggeleng perlahan. "Noorizan suruh saya jumpa awak ni."
"Noorizan.??" ulang Farra sambil mengerutkan dahinya.
Hisham mengangguk-angguk. "Timbalan pengerusi kita."
"Kenapa.?" Tanya Farra segera.
Hisham mengangkat bahunya. "Rasanya dia nak tanya perkembangan unit kebajikan ni kot."
Farra mengangguk-angguk tanda faham.
"Ada apa-apa masalah ke kat asrama muslimat.?" Hisham memandang Farra.
"Setakat ni tak ada juga." Farra berfikir seketika. "Kelengkapan pun semuanya tak ada masalah."
Hisham mengangguk-angguk sambil menulis sesuatu di dalam failnya yang dia sendiri pun tidak tahu apa. "Saya ada berbincang dengan ustazah hari tu... Dia cakap kita boleh buat lawatan ke rumah anak-anak yatim kalau nak."
Farra terkedu seketika apabila mendengar perkara itu. Rumah anak-anak yatim.? Dia juga anak yatim piatu. Apa bezanya.
Hisham perasan dengan perubahan pada riak wajah gadis itu lalu cuba menarik perhatiannya semula. "Farra..."
"Hah.??" Farra tersentak kemudian memandang Hisham.
Hisham menarik nafas panjang. "Awak ada masalah ke.?"
"Ah... Tak... Tak ada lah." Farra kini berusaha mengambalikan dirinya kepada dunia asal.
"Betul ke.?" Hisham merenung gadis itu penuh curiga.
"Ya." Farra hanya tersenyum.
Hisham tidak berkata apa-apa lagi sebaliknya segera memandang fail yang berada di hadapannya semula. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran gadis itu tapi mengambil keputusan untuk tidak bertanya lagi. "Okey... Kalau macam tu rasanya tak ada apa-apa lagi kan.?"
Farra mengangguk-angguk. "Rasanya dah tak ada."
"Kita bersurai kat sini je lah." ujar Hisham mengukir senyuman lalu mula mengemas failnya.
"Okey." Farra turut bersedia untuk beredar. Dia menutup buku nota yang terbuka di hadapannya itu.
"Assalamu'alaikum."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...