Bab 23

963 69 5
                                    


Misrah Maisarah duduk sendirian di sebuah bangku berdekatan tasik. Fikirannya kini melayang jauh. Pelbagai perkara kini bermain di mindanya. Perkara yang bakal di tempuhnya suatu hari nanti. Yang akan menentukan kehidupannya.

"Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumsalam." Jawab Misrah agak kasar lalu segera memalingkan mukanya apabila terpandang wajah Hazwan.

"Marah nampak.?" Hazwan tersengih.

"Mana ada." Misrah berbohong.

"Betul ke.?" Tanya Hazwan lagi.

Misrah mendengus kuat membuatkan Hazwan ketawa.

"Dia cakap apa lagi dengan awak.?" Tanya Hazwan serta-merta cuba sedaya-upaya untuk menahan ketawa.

"Macam-macam lah dia cerita tentang betapa erat dan rapatnya kamu." jawab Misrah jengkel.

"Awak tahu kan saya hanya anggap dia sebagai kawan baik. Itu je." terang Hazwan sambil memandang gadis itu.

"Itu kata awak." Misrah memandang wajah lelaki itu kemudian menjeling tajam. "Apa kata dia.?"

"Apa yang saya boleh buat lagi kalau dia fikir macam tu.?" balas Hazwan. "Mana saya boleh buat apa-apa."

"Beritahu lah dia yang awak dah khitbah saya!" tempik Misrah. Dia kelihatan naik angin.

Hazwan terdiam. Dia mendengus perlahan. "Saya tak boleh buat macam tu."

"Kenapa.??" Misrah merenung Hazwan tajam. "Sebab awak ada rasa cinta juga pada dia.??"

"Astaghfirullah al azim." ucap Hazwan sambil membesarkan matanya. "Bawa mengucap, Misrah."

Misrah tidak membalas. Dia hanya mampu menahan rasa geram yang sudah mula mengawal dirinya.

"Saya tak mahu kehilangan sahabat baik saya."

"Hazwan, dengar ni..." Misrah berusaha mengawal nada suaranya agar tidak menjadi kuat dan menarik perhatian orang sekeliling mereka. "Tiada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan melainkan salah seorang dari mereka ada menyimpan perasaan kepada seorang lagi. Sampai bila awak nak sembunyikan pada dia tentang kita.? Nanti dia akan semakin berharap pada awak."

"Saya sendiri pun tak tahu." Keluh Hazwan. Dia benar-benar buntu.

Misrah mendengus lagi. Dia sudah berpeluk tubuh dan memalingkan mukanya daripada memandang wajah lelaki itu.

"Saya akan beritahu dia bila tiba masanya nanti." sambung Hazwan cuba untuk menenangkan hati Misrah.

"Suka hati awak lah, Hazwan." balas Misrah. "Sepatutnya awak khitbah dia dan bukannya saya."

Belum sempat Hazwan berkata apa-apa, Misrah terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sendirian. Hazwan hanya mengeluh panjang. Dia kini sudah terperangkap di antara dua gadis. Dan kedua-dua gadis itu merupakan sahabat baik. Dia tidak mampu melakukan apa-apa.


*****


"Rasanya lebih baik kita buat macam tu..." ujar Zulfiqar sambil berfikir. "Tambahan lagi sekarang dah ada pindahan dari Madrasah Nur Karim. Mungkin kita boleh eratkan lagi ukhwah untuk program ni."

Miezza mengangguk-angguk bersetuju sambil tersenyum. "Kalau dah okey, kita teruskan lah."

"Okey." Zulfiqar mengangguk-angguk lalu mencatat sesuatu. "Nanti awak tolong jumpa Kak Amirah. Saya akan jumpa Sukarnain atau Noorizan untuk bincang pasal perkara ni."

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now