Bab 82

604 35 4
                                    

Fatimah Az Zahra hanya duduk kaku tidak bersuara. Entah kenapa, dia merasakan jantungnya seolah-olah terhenti seketika. Shamsul Azim hanya berdiri tenang sambil memandang sekeliling. Kata-kata lelaki itu tadi benar-benar membuatkan dia terkejut. Dia langsung tidak menyangka Shamsul akan berkata sekali lagi.

"Awak benar-benar...."

Shamsul memandang Fatimah kemudian tersenyum. "Saya minta maaf sebab jadi penghalang selama ni."

Fatimah merenung Shamsul dengan mulut ternganga. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

"Saya tak tahu." Gumam Shamsul.

"Jadi... Maksud awak..." Fatimah bersuara teragak-agak. "Awak akan mengalah untuk semua ni.?"

Shamsul memandang Fatimah. Dia merenung gadis itu agak lama kemudian mengangguk perlahan. "Saya akan lepaskan awak."

Fatimah masih lagi tercengang. "Habis tu macam mana dengan keluarga kita.? Pasal pertunangan ni.?"

"Saya akan uruskan nanti." Shamsul bersuara. "Saya akan terangkan semua pada mereka nanti."

Fatimah tidak berkata apa-apa. Dia hanya terkedu di situ. Dia ingin menyatakan rasa gembiranya kerana itu yang dia inginkan selama ini. Tapi dia tidak mampu. Ada sesuatu yang menghalangnya untuk melakukan perkara itu. Sesuatu yang dia tidak tahu dan dia tidak faham.

"Kalau saya tahu dari mula lagi...."

Fatimah memandang Shamsul yang kini sedang menendang batu-batu kecil di rumput tempat dia berpijak.

"Teman lelaki awak tu adalah Yazid..." Shamsul memandang Fatimah dan mengukir senyuman. "Saya pasti akan lepaskan awak tanpa berfikir panjang."

"Kenapa pula.??" Fatimah mengerutkan dahinya.

"Sebab saya yakin pada dia."

Fatimah agak terkejut mendengar kenyataan itu bagaimanapun berjaya menyembunyikan pada riak wajahnya.

"Selama saya dengan dia kenal kat sini..." Shamsul bersuara lagi. "Saya dah boleh nampak apa yang dia boleh buat. Macam mana orangnya. Jadi, saya rasa dia benar-benar yang terbaik untuk awak."

Fatimah memandang wajah Shamsul. Dia benar-benar tersentuh dengan apa yang lelaki itu katakan. Dan ini adalah kali pertama dia merasakan Shamsul menggembirakan hatinya.

"Baiklah." Shamsul menarik nafas panjang tiba-tiba sambil memandang Fatimah dengan pandangan yang menyimpan banyak makna dan sukar untuk dibaca. Ia seolah-olah adalah kali terakhir dia akan berbuat demikian. "Saya nak balik dulu. Awak jaga diri awak tu. Saya akan doakan awak sentiasa bahagia dengan apa saja yang awak lakukan. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumsalam." Itu adalah pertama kali Fatimah menyambut salam itu dengan keikhlasan hatinya sendiri.

Shamsul hanya berlalu pergi dengan senyuman lebar yang dia tidak pasti sama ada senyuman bahagia ataupun sedih. Melihat gadis yang amat disayangnya buat kali yang terakhir sebelum dia berangkat ke Mesir. Dia sudah memutuskan perkara itu dan tiada apa yang perlu dikesalkan. Dia tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan berpatah balik. Dia akan teruskan hidupnya.

Langkahnya diatur dengan penuh berhati-hati. Senyuman tidak akan pernah hilang. Memandang madrasah itu buat kali terakhir sebelum meninggalkannya untuk masa yang agak lama. Pada usia itulah, Allah tunjukkan segala apa yang dia perlukan. Mengingati bilik yang didiaminya selama beberapa tahun bersendirian sebelum Yazid muncul ke dalam hidupnya. 

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now