Bab 59

631 45 4
                                    

Hidup kita umpama buku. Setiap hari akan dibuka lembaran yang baru. Setiap lembaran, setiap bab akan ada cerita yang berbeza. Ia tidak akan sama dengan lembaran yang sebelumnya. Begitu lah juga dengan hidup kita. Apa yang terjadi pada hari ini, tidak akan sama dengan kelmarin. Dan begitu lah juga yang seterusnya. Kita juga tidak akan pernah tahu apa cerita seterusnya jika kita tidak menyelak muka suratnya. Dan setiap kehidupan akan sampai ke kemuncak cerita hidupnya. Ada juga yang belum sempat menghabiskan cerita dibukunya sendiri, dia sudah dijemput oleh ajal.

Farra'Ain Wardina berjalan tenang balik dari masjid. Dia memegang buku yang dibacanya berjam-jam di masjid tadi. Buku itu masih belum selesai dibaca dan dia ingin membawa balik ke biliknya untuk diteruskan. Langkahnya terhenti seketika. Dia ternampak seseorang yang mana dia kini menjadi peminat kepada orang itu. Dia amat meminati bakat terpendam orang itu menjadi penyampai radio madrasah itu. Asyraf Qayyum sedang berjalan dari arah bertentangan sambil membawa fail ditangannya.

"Assalamu'alaikum, Asyraf."

Asyraf berhenti berjalan serta-merta. Dia agak terkejut memandang Farra yang berdiri di hadapannya. "Oh, Wa'alaikumsalam."

"Awak nak ke mana.?" Tanya Farra acuh tak acuh dengan wajah yang teragak-agak. "Tak bersiaran ke.?"

"Tak." Asyraf menggeleng perlahan sambil mengukir senyuman tawar. "Minda saya tak berapa betul hari ni."

Farra hanya mengangguk perlahan. Dia segera teringat kisah yang berlaku tempoh hari. Pasti perkara itu yang mengganggu lelaki itu. Yang menjadi masalah dalam fikirannya untuk diselesaikan.

"Asyraf..."

Asyraf memandang Farra sambil mengangkat keningnya. Wajahnya kelihatan serius lain dari yang biasa.

"Saya nak tanya sesuatu.."

"Apa dia.?" Asyraf mengerutkan dahinya.

Farra berfikir seketika cuba untuk menyusun ayat yang sesuai. "Sebenarnya... Hari tu... Saya tak sengaja."

Asyraf hanya berdiri tidak memberi sebarang reaksi. Dahinya kelihatan semakin berkerut.

"Saya tak sengaja dengan perbualan awak dengan mak awak."

Asyraf tersentak apabila gadis itu menghabiskan kata-katanya. "Perbualan saya dengan mak saya.?"

Farra segera mengangguk-angguk sedikit bimbang dan rasa bersalah. "Pasal awak nak dipindahkan."

Asyraf segera menarik nafas panjang. Dia kelihatannya langsung tidak suka mengenai perkara itu bagaimanapun Farra langsung tidak sedar.

"Jadi apa kepu..."

"Saya tak akan pindah!" pintas Asyraf sebelum sempat Farra menghabiskan soalannya.

"Tapi mak awak..."

"Dia akan faham." pintas Asyraf lagi. Wajahnya yang kelihatan serius mula bertukar marah.

"Tapi kan..." Farra bersuara lagi. "Rasanya lebih baik awak ikut apa mereka cakap. Mereka keluarga..."

"Dengar ni, Farra..." Asyraf memintas lagi dan kelihatan agak bengang. "Saya harap awak tak perlu masuk campur dalam hal saya. Saya tahu apa yang saya perlu buat. Tak perlu nak sibuk."

Farra terdiam serta-merta. Silapnya sendiri kerana berani buka mulut untuk bercakap dengan lelaki itu.

"Sekarang ni awak jaga tepi kain sendiri. Jangan nak pandai-pandai sibuk urusan saya!" tambah Asyraf lagi kemudian beredar pantas dari situ dengan perasaan marah dan bengang.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now