Bab 27

880 60 5
                                    


Masa yang berlalu bagaikan air yang mengalir deras di sungai tanpa kita ketahui mana penghujungnya. Tanpa disedari, sudah hampir dua tahun berlalu sejak Hassan Al-Akhbar berangkat ke Mesir untuk mencari ilmu di sana. Sehingga kini, Amirah tidak lagi menerima sebarang surat atau khabar berita dari lelaki itu. Entah apa yang lelaki itu kini sedang lakukan.? Adakah dia baik-baik saja.? Semua suratnya langsung tidak dibalas tanpa diketahui apa sebabnya.

"Kak..."

Nur Amirah Hasanah tersentak dari lamunannya yang panjang. Ketenangan bunyi hujan yang didengar di luar sana terhenti seketika. Miezza Nina Ashikin segera duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Miezza rupanya." Amirah membetulkan kedudukannya. Berusaha menyembunyikan segala keresahan dan kesedihan yang berada dihatinya kini. Dia memandang sekeliling. "Mana Farra.?"

"Kat bilik Misrah." jawab Miezza ringkas dengan wajah yang tenang.

"Aieyn.??" Tanya Amirah lagi.

"Ke tasik kot." teka Miezza sambil berfikir. "Saya pun tak berapa pasti. Dia kan suka bersendiri."

Amirah hanya mengangguk-angguk..

"Kakak okey ke.?"

Pertanyaan Miezza membuatkan hati Amirah menjadi sebak bagaimanapun berusaha disembunyikan. Segala-galanya menjadi sensitif buatnya selama hampir dua tahun ini. "Okey. Kenapa.?"

Miezza tersengih mendengar jawapan itu walaupun ia tidak lucu. "Jangan nak tipu lah, kak. Bukannya baru sekali kakak macam ni."

Mata Amirah mula berkaca. Dia memang lemah dalam hal untuk menahan diri daripada menangis.

"Pasal Hassan lagi ke.?" Tanya Miezza perlahan dan penuh berhati-hati.

"Astaghfirullah al azim." Amirah menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Airmata yang ditahan kini mengalir juga.

"Dah lah tu, kak." pujuk Miezza.

"Akak tak tahu kenapa akak asyik fikirkan dia je." suara Amirah kedengaran terketar-ketar.

"Biasa lah tu, kak." ujar Miezza cuba mengeluarkan kata-kata yang berguna. "Hati kita susah nak kawal."

"Dah hampir dua tahun, Miezza..." Amirah memandang gadis itu. "Saya langsung tak terima khabar lagi dari dia."

Miezza tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan dengan masalah itu kerana dia tidak tahu apa yang sudah terjadi sebenarnya.

"Surat akak langsung tidak di balas." luah Amirah dalam keadaan teresak-esak. "Entah apa yang jadi pada dia sekarang."

Miezza hanya mampu berdiam diri. Dia tidak mahu memberi andaian yang bukan-bukan kepada Amirah.

"Dia dah lupa janji dia pada akak." Amirah bersuara lagi.

"Bersangka baik, kak." pujuk Miezza lagi. "Mungkin ada sesuatu yang berlaku menyebabkan dia tak dapat beri apa-apa khabar padak kakak."

Amirah tidak membalas sebaliknya berusaha menahan tangisannya. Dia hanya mampu berdoa bahawa hanya perkara baik yang berlaku dan cuba sedaya-upaya untuk membuat andaian yang baik.

Pintu bilik direntap dengan kuat menyebabkan Amirah dan Miezza menoleh serentak. Misrah Maisarah berdiri dengan airmatanya bercucuran membasahi pipi. Farra dan Aieyn menyusul gadis itu masuk dengan wajah yang kebingungan.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now