Bab 8

1.3K 111 6
                                    


Nur Amirah Hasanah duduk dikerusi taman itu seorang diri. Orang disekeliling yang bersembang sesama mereka langsung tidak dipedulikan. Buku berjudul 'WANITA HIASAN DUNIA' itu digenggam erat dan direnung satu-persatu perkataannya. Langsung tiada rasa jemu walaupun sudah berkali-kali dibaca.

"Assalamu'alaikum."

Amirah menoleh pantas. "Wa'alaikumsalam."

Hassan Al-Akhbar berdiri memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar. Dia tersenyum melihat buku yang dipegang oleh Amirah. Amirah pula berusaha menutup buku itu di bawah tudung labuhnya.

"Awak masih simpan buku tu." Hassan tersenyum.

"Hadiah orang. Takkan nak dibuang." balas Amirah.

"Buku tu..." Hassan berfikir seketika. "Sejak bila awak simpan.?"

Amirah mengangkat keningnya. "Awak yang beri pada saya awak pula yang tak ingat."

Hassan tersengih. "Ingatlah. Waktu ulang tahun awak tiga tahun lepas kan.?"

Amirah tidak menjawab sebaliknya berharap Hassan faham bahawa itu tanda dia mengiyakannya.

"Masih dibaca lagi.?" Hassan bertanya.

"Seronok bila dibaca berulang-kali." Amirah tersenyum.

Hassan hanya mengangguk-angguk.

"Begitu mahal nilai seorang wanita disisi Allah..." Amirah memandang setiap muslimah yang lalu dihadapannya. "Tapi wanita juga yang paling ramai menjadi penghuni neraka."

Hassan segera tersenyum. "Sebabnya... Wanita sendiri yang menjatuhkan martabatnya. Wanita diangkat tinggi darjatnya. Tapi mereka sendiri yang merendahkan darjat mereka."

"Maksud awak.?" Amirah memandang Hassan sambil mengerutkan dahi.

Hassan menarik nafas panjang. "Kita dapat lihat... Ramai wanita di luar sana yang langsung tidak menjaga harga dirinya. Auratnya... Maruahnya... Tergadai begitu sahaja seolah-olah tiada harganya."

Walaupun Amirah adalah seorang perempuan, tetapi dia bersetuju dengan apa yang Hassan katakan.

"Mereka memperlihatkan kecantikan yang mereka miliki kepada semua orang." ujar Hassan. "Sedangkan itulah yang memahalkan mereka bagi seorang lelaki. Jika aurat sudah didedahkan kepada lelaki lain... Apa yang ingin diberikan pada suami.?"

"Entahlah." Amirah menghela nafas panjang. "Remaja memang suka dengan urusan duniawi. Cintakan keseronokan."

Hassan mengangguk bersetuju. "Mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada semua itu."

"In shaa Allah."

"Amirah kenapa bersendiri di sini.? Ada apa-apa ke.?" Hassan baru perasan dan merenung gadis itu.

"Tak adalah." jawab Amirah. "Sengaja saja."

"Mereka tak bergaul dengan Amirah lagi ke.?" Tanya Hassan yang sudah tahu apa masalah besar gadis itu di madrasah.

Amirah tersenyum. "Bukan lah. Sejak Farra dan Aieyn datang... Saya rasa macam dah ada kawan."

Hassan tersenyum mendengar kata-kata Amirah.

"Dah ada kawan di dalam bilik...." Amirah bersuara lagi. "Ada kawan pergi makan... Ada kawan pergi kuliah dan sebagainya."

"Alhamdulillah kalau macam tu." Hassan sedikit lega.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now