Aieynnur Assyiffa dan Farra'Ain Wardina menyusul Nur Amirah Hasanah masuk ke dalam sebuah pondok terbuka yang amat cantik dengan tikar bulu yang lembut. Mereka menyertai Fiza dan Misrah duduk. Sudah ramai orang yang berada di situ. Kelihatan tiga orang lelaki sedang duduk menghadap mereka semua. Hassan duduk di sebelah kanan, manakala seorang lelaki berkopiah duduk ditengah dan dikiri pula duduk seorang lelaki dengan wajah yang tersenyum ceria.
"Bismillahirrahmanirrahim..." lelaki yang duduk ditengah itu mula bersuara lembut. "Assalamu'alaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh."
"Wa'alaikumsalam warahmatullahita'ala wabarakatuh." semua orang menjawab salam itu.
"Alhamdulillah..." lelaki itu bersuara lagi. "Allah masih mengizinkan kita untuk membuat pengisian pada petang ini. Sebelum tu... Ana ada melihat wajah baru jadi ana ingin memperkenalkan diri ana. Nama diberi Muhamad Arif Fahmi."
Aieyn dan Farra mengangguk kerana baru tahu.
"Perbincangan kita hari ini adalah mengenai kisah silam."
Semua orang mendengar dengan tekun tentang apa lelaki bernama Fahmi yang lebih selesa menggelarkan dirinya dengan panggilan 'ana' itu cuba sampaikan.
"Semua orang pasti mempunyai masa lalu bukan.??" Fahmi cuba memancing perhatian pendengarnya. "Semua kita ada kisah yang tersendiri yang akan dimainkan oleh Allah kepada kita. Termasuklah ana sendiri." Fahmi berdiam diri seketika. "Apa yang tergambar diwajah kita... Belum tentu menggambarkan masa lalu kita."
Aieyn dan Farra tersentap mendengar ayat lelaki itu.
"Pelbagai masa lalu yang kita alami. Semuanya berbeza-beza." ujar Fahmi. "Manusia asyik mengeluh... 'Ya Allah... Kenapa Engkau turunkan semua ini padaku.?'. Tetapi sedikit pun manusia tidak mahu memahami kenapa Allah turunkan semua itu pada kita."
Aieyn dan Farra cuba memahami isi kandungan apa yang hendak Fahmi sampaikan kepada mereka.
"Masa lalu yang buruk adalah pendidik untuk kita menghadapi masa depan yang lebih baik." Fahmi bersuara lagi. "Jangan mengeluh walau sedikit pun. Malah bersyukurlah... Yang Allah masih mahu menguji kita. Allah masih mahu kita merasai nikmat kehidupan yang Dia berikan pada kita."
Semua orang mendengar dengan tekun.
"Hidup tidak akan bermakna tanpa ujian." sambung Fahmi lagi. "Apa ertinya hidup tanpa ujian.?" Fahmi memandang semua orang untuk mendapat balasan namun tiada sesiapa bersuara. "Kita tidak merasai keperitan... Kita tidak merasai kesusahan sedangkan hidup memerlukan semua itu."
Semua orang tidak bersuara.
"Sahabat-sahabat sekalian..." Fahmi bersuara mendalami apa yang ingin dia sampaikan. "Renungkan semula. Jika kita pernah mengeluh... Segeralah bertaubat. Allah ingin kita mencariNya. Carilah Dia. Dia lah penyelesai kepada masalah kita."
Aieyn dan Farra langsung tidak bergerak.
"Tidak perlu bergantung hidup pada orang lain..." ujar Fahmi. "Bergantunglah dengan Allah. Hanya Allah yang setia mendengar luahan hati kita. Ingat, sahabat... Jangan mengeluh walau sedikit pun. Anggaplah ujian sebagai hadiah..Hadiah percuma yang akan mengajar kamu pelbagai perkara."
*
Farra'Ain Wardina berjalan melintasi pondok-pondok yang ada di situ. Dia tiba di satu tempat berangin yang nyaman dan menyegarkan sekali. Sungguh indah bumi ciptaan Tuhan ini. Adakah manusia benar-benar menghargainya.?
Farra terkenangkan semula masa lalunya. Masa lalu yang perit sehingga menyebabkan dia dihantar ke madrasah itu.
"Astaghfirullah al azim." Farra mengucap. Dia teringat kata-kata Fahmi di dalam perbincangan pendek mengenai masa lalu itu.
"Jangan mengeluh. Tetapi bersyukurlah."
Farra cuba memujuk hatinya sendiri untuk tidak mengenangkan masa lalunya itu. Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Dia fokus mendengar sesuatu. Satu suara benar-benar memukau dan menarik perhatiannya.
Suara seorang lelaki sedang membaca sebuah surah dari kitab suci Al-Quran iaitu surah Al-Insan. Sungguh merdu bila ayat-ayat Allah dialunkan dengan tajwid yang betul. Farra menjejaki suara itu. Semakin dia berjalan semakin jelas suara itu didengarnya.
Langkah Farra terhenti. Tanpa disedari dia telah sampai disebuah pondok kecil yang agak terlindung dari madrasah. Dia memandang ke pondok itu dari celah-celah pagar. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk membaca Al-Quran. Farra berdiri di situ ingin mendengar surah itu dihabiskan. Lelaki itu membaca dengan penuh khusyuk sekali. Apabila mendengar lelaki itu menghabiskan bacaannya, Farra mengangguk seketika kemudian bersedia untuk beredar bagaimanapun kakinya tersadung sebuah batu yang agak besar betul-betul di tepi kakinya.
"Aduh!" Farra menahan kesakitan. Dia cuba menahan kesakitan itu. Hampir saja dia menangis.
"Assalamu'alaikum."
Farra tersentak. Dia segera mendongak. Lelaki berkulit putih dengan memakai kopiah berwarna putih, tinggi lampai dan berhidung mancung itu memandang Farra agak kebingungan.
"Wa'alaikumsalam. Er..." Farra tergagap-gagap. "Maafkan saya."
Farra terus membuka langkah menahan malu. Dia perlu cepat-cepat beredar dari situ agar tidak dituduh bukan-bukan.
"Nanti!!"
Langkah Farra terhenti lagi. Dia segera berpaling memandang lelaki itu.
"Apa awak bat kat sini.?" Tanya lelaki itu sambil menahan ketawa melihat Farra yang masih menahan kesakitan.
"Mendengar awak mengaji."
Lelaki itu agak terkejut dengan jawapan yang amat jujur itu. "Mendengar saya mengaji.?"
Farra mengangguk kerana dia merasakan itu bukan satu kesalahan. "Subhanallah... Sungguh merdu suara awak mengaji tadi."
Lelaki itu segera tersenyum manis. "Semuanya akan kedengaran merdu jika kita mengalunkan ayat-ayat suci Allah dengan hati yang ikhlas dan penuh khusyuk."
Farra mengangguk bersetuju.
"Boleh saya tahu siapa awak.?" Tanya lelaki itu. "Saya tak pernah melihat awak di madrasah sebelum ini."
"Oh. Nama saya Farra'Ain Wardina..." Farra memperkenalkan dirinya. "Saya baru masuk ke sini."
Lelaki itu tersenyum lagi. "Nama saya Ahmad Syazani Syafi'e. Gembira berjumpa dengan awak."
Farra tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.
"Harap awak dapat biasakan diri di madrasah ini." Syazani bersuara lagi.
"In shaa Allah." ujar Farra. "Saya akan berusaha membiasakan diri di sini."
"Baiklah..." Syazani menarik nafas panjang. "Waktu Asar tak lama lagi. Saya nak ke masjid."
Farra hanya tersenyum. "Baiklah. Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumsalam."
_________________________________________________
A/n : Okey, part ni ada pengisian sikit. Macam yang saya cakap sebelum ni, kalau ada apa yang salah boleh betulkan k. Sebab saya cuba untuk terapkan apa yang saya tahu. kita sama-sama kongsi. :) Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...