Bab 92

590 38 4
                                    

"Habis tu sampai bila, Zan.??" Hisham Dhani memandang sahabat baiknya itu sambil berpeluk tubuh. Dahinya berkerut jelas menunjukkan dia tidak puas hati terhadapt sesuatu. "Awak tahu kan benda ni pun kita tak boleh nak simpan lama sangat."

Noorizan Shahran langsung tidak membalas. Dia hanya duduk di kerusi sambil merenung ke arah tasik yang tenang. Kedua-dua tangannya menjadi tongkat di dagunya. Dahinya juga agak berkerut.

"Zan..." Syazani yang duduk di sebelah lelaki itu segera bersuara perlahan. "Tak patut awak buat macam ni pada dia."

"Habis tu apa yang saya nak kena cakap dengan dia.??" Noorizan kembali duduk tegak. Mendengus kuat melepaskan segala rasa bengang yang ada dalam dirinya "Nak cakap saya tak hilang ingatan tapi saya nak awak bersama dengan Mustanir dan bukannya saya, macam tu.??"

"Jadi awak lebih pilih untuk menipu.?" Hisham merenung lelaki itu tajam. "Daripada memberitahu kebenaran."

Noorizan mendengus perlahan tidak menjawab.

"Kalau dia tahu perkara ni nanti dan bukannya daripada mulut awak sendiri..." Hisham bersuara lagi. "Parah awak nanti."

Syazani memandang Hisham. Bukan kerana ingin membantah atau menambah, tapi risau akan dirinya sendiri. Dia juga melakukan sesuatu yang hampir sama dengan Noorizan. Dia tidak memberitahu Farra perkara yang sebenar mengenai penyakit yang kini dihidapnya dan menyebabkan dia melayan gadis itu dengan buruk.

"Dia akan faham nanti, Hisham..." Noorizan membalas renungan lelaki itu sayu. "Satu hari nanti dia akan faham. Saya cuma nak tengok kebahagiaan dia je. Dengan Mustanir dia akan jadi lebih gembira."

Hisham tidak memberi sebarang balasan. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

"Jadi saya harap awak tolong rahsiakan dulu benda ni." Noorizan memandang Hisham dengan pandangan merayu. "Janji dengan saya.??"

Hisham mendengus perlahan. "Saya sentiasa menyokong awak."

Serentak ketiga-tiga lelaki itu terkejut apabila mendengar bunyi tepukan tangan entah dari mana. Mereka menoleh pantas dan lebih terkejut melihat Aieynur Assyiffa sedang bertepuk tangan merenung mereka tajam.

"Hebat betul persahabatan kamu." Aieyn bersuara serius dengan wajah merah padam. "Sanggup tolong kawan sendiri. Bagus!"

"Aieyn..." gumam Noorizan yang kini sudah berdiri. Syazani yang berada di sebelahnya turut berdiri. Hisham hanya tercengang memandang gadis yang berada dengan jarak lebih kurang lima meter daripada mereka.

"Saya puji." Aieyn tersenyum yang tidak dapat dipastikan apa maknanya. "Sampaikan perasaan orang lain kamu langsung tak fikir."

Ketiga-tiga lelaki itu hanya mampu berdiri tidak membalas. Masing-masing diselubungi rasa bersalah.

"Tahniah, Noorizan..." Aieyn merenung lelaki itu tajam dengan mata yang sudah mula berkaca. "Awak dah ingat kembali. Saya gembira."

Noorizan kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi pada ketika itu. Matanya juga kelihatan sudah mula berkaca. Tiada perkara yang boleh dilakukan lagi.

"Tapi tak apa..." Aieyn menarik nafas panjang. "Awak tak payah nak berlakon depan saya lagi. Saya tak akan pilih awak pun."

Noorizan terkedu mendengar kenyataan Aieyn. Rasa sakit seperti terkena tembakan apabila mendengar kata-kata gadis itu. Hisham dan Syazani turut terkejut lalu berpandangan sesama sendiri.

"Awak atau Mustanir..." Aieyn bersuara lagi agak tertahan-tahan. Berusaha sedaya-upaya untuk menahan segala perasaan yang dia rasa. "Saya tak akan pilih sesiapapun. Jangan risau."

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now