Bab 86

581 39 4
                                    

Sudah hampir sejam doktor memeriksa keadaan Noorizan di dalam. Semua mereka hanya mampu menanti dengan cemas di luar wad itu. Masing-masing kini hanya mampu berdoa di dalam hati agar semuanya baik-baik sahaja. 

Farra dapat merasakan tangan Aieyn menggigil disisinya. Dia tidak mampu berkata apa-apa dalam keadaan itu. Pelbagai perkara boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan tiada siapa yang mampu teka atau jangka apa yang bakal terjadi.

"Doktor!!"

Semua orang mengerumuni doktor itu apabila dia keluar dari wad Noorizan. Dia memandang setiap orang satu-persatu dengan pandangan yang sukar untuk dibaca. "Dia dah sedar... Ta..."

"Mana dia, doktor.?" Tanya Puan Anis sebelum sempat doktor lelaki tua itu menghabiskan ayatnya.

"Dia kat dalam."

"Boleh kami jenguk dia.?" Tanya Puan Anis lagi dengan wajah yang bersinar-sinar. Sisa airmatanya masih lagi kelihatan.

Doktor itu menarik nafas panjang kemudian mengangguk-angguk. "Tapi hati-hati sikit."

Dengan pantas Puan Anis melangkah masuk bersama Encik Sufi diikuti dengan yang lain. Kelihatan Noorizan Shahran sedang duduk dikatilnya memandang semua orang dengan wajah yang kebingungan. Mata bulatnya tidak berkelip. Balutan dikepalanya masih lagi ada. Begitu juga beberapa calar yang kini berada di wajahnya yang tampan.

"Noorizan, ya Allah!" Puan Anis memegang pipi anak lelakinya itu lalu dikucup perlahan-lahan. Air matanya mengalir semula.

Noorizan tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya memandang Puan Anis dengan matanya.

"Syukur lah kamu selamat." Encik Sufi memegang bahu Noorizan.

Noorizan hanya tersenyum tawar. Dia kelihatan teragak-agak dan tidak memandang wajah sesiapa selain kedua ibu bapanya. "Abah..."

"Alhamdulillah, Noorizan." Syazani tersenyum memandang lelaki itu. Tidak dapat digambarkan bagaimana kegembiraannya.

"Maaf, tapi..." Noorizan mengundurkan badannya seketika supaya tangan Puan Anis dapat dialihkan dari pipinya. Dia kini merenung Syazani dan yang lain-lain dengan mata yang tajam. "Siapa kamu.?"

Pertanyaan itu membuatkan semua orang tergamam. Mereka membesarkan mata memandang Noorizan dengan dahi yang berkerut.

"Noorizan..." Puan Anis mengerutkan dahinya.

"Saya kenal kamu ke.?" Tanya Noorizan yang kini kelihatan seperti kanak-kanak yang disapa oleh orang asing. "Saya hanya kenal ibu bapa saya sahaja."

Semua orang kini mula berpandangan sambil membesarkan mata. Mereka agak terkejut melihat perangai lelaki itu.

"Doktor.???" Puan Anis berjalan mendekati doktor lelaki tadi yang masih berdiri berdekatan pintu memandang mereka. "Kenapa ni.?"

"Boleh kita bercakap di luar.??" Tanya doktor itu sopan dengan wajah yang tenang dan serius.

Puan Anis memandang Noorizan sekali imbas sebelum menyusul doktor itu keluar bersama Encik Sufi. Hisham turut berlari mengejar mereka untuk mengetahui keadaan sebenar tanpa meminta keizinan.

"Kenapa, doktor.?" Tanya Puan Anis dengan mata yang penuh harapan. Dia takut untuk mendengar apa-apa berita buruk.

Doktor itu menarik nafas panjang. "Dia hilang ingatan, Puan."

Kenyataan itu membuatkan Puan Anis hampir pengsan bagaimanapun ditahan oleh Encik Sufi.

"Hilang ingatan.??" Ulang Hisham yang kini tercengang.

Doktor itu hanya mengangguk-angguk lemah sambil menarik nafas panjang. "Keadaan dia dah baik. Keadaan tubuh dan tenaganya tiada masalah lagi. Tapi ingatannya tidak begitu baik."

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now