Bab 97

677 45 8
                                    

Noorizan Shahran kini duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan wad kecemasan hospital besar itu. Tangannya menggigil dan sejuk seolah-olah sudah kehilangan banyak darah. Mulutnya tidak henti-henti berdoa dan berzikir. Mukanya kelihatan merah padam disebalik kulitnya yang putih. Matanya berkaca bagaimanapun air matanya tidak mengalir. 

Asyraf Qayyum duduk di sebelahnya seperti orang yang sudah tiada harapan lagi. Dia asyik membuka kopiahnya kemudian mengusap rambutnya dan memakai semula kopiah itu. Dia seperti orang hilang arah dan asyik melakukan perkara yang aneh. Hisham Dhani hanya bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh tidak bergerak. Matanya yang berair hanya merenung ke lantai.

Ketika pintu wad itu dibuka, Hisham, Noorizan dan Asyraf segera menyergah doktor itu seolah-olah baru tersedar dari mimpi ngeri yang panjang. Doktor lelaki tua itu hanya mampu memandang ketiga-tiga mereka.

"Dia masih belum sedar." beritahu doktor itu agak tercungap-cungap. "Tiada cara nak bantu dia. Satu-satunya cara adalah pembedahan. Tapi hanya sepuluh peratus jaminan untuk dia kembali dengan selamat."

Hisham memandang Noorizan sambil menggigit bibirnya cuba menahan menangis. Kepalanya dirasakan berat untuk berfikir. Noorizan hanya merenung doktor itu. Begitu juga dengan Asyraf.

"Jika dia tak sedar dalam masa dua puluh empat jam..." doktor itu menelan air liur. Dia juga dapat merasakan kepahitan untuk memberitahu perkara sebenar. "Dia dah tak boleh selamat lagi. Sekarang ni dia hanya bergantung pada oksigen yang disambung. Kalau dia tak sedar juga, kami terpaksa cabut benda tu."

"Jadi apa kami boleh buat, doktor.?" Noorizan kini menggenggam buku limanya erat cuba menahan perasaannya.

"Satu-satunya jalan adalah pembedahan." ujar doktor itu. "Tapi itulah yang saya katakan. Peluang dia untuk selamat hanya sepuluh peratus."

Serentak ketiga-tiga lelaki itu berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi.

"Buat je."

Serentak semua orang memandang Noorizan.

"Buat je pembedahan tu." Noorizan bersuara agak terketar-ketar lalu memandang ke arah Asyraf dan Hisham silih-berganti. "Kalau kita tak buat pembedahan ni kita dah tahu pun kan apa yang jadi... Jadi, buat je."

"Baiklah." doktor itu menarik nafas panjang. "Tapi saya perlukan ibu atau ayah atau keluarga dia."

"Dia tak ada keluarga lagi, doktor." ujar Hisham perlahan.

Doktor itu terkedu seketika kemudian mendengus perlahan dengan lembut. "Kalau macam tu saya perlukan antara kamu untuk menjadi warisnya sekarang. Tandatangan kebenaran."

Hisham memandang Noorizan kemudian mengangguk-angguk sebagai tanda isyarat bahawa lelaki itu patut menjadi waris. "Saya perlu bagi tahu ustazah... Dan Farra pasal ni dulu."

Noorizan berdiam diri seketika kemudian mengangguk perlahan. Dia segera menyusul doktor itu entah ke mana.

"Asyraf..." Hisham memandang lelaki itu. "Tolong hubungi ustazah. Saya akan hubungi Farra."

Asyraf hanya mengangguk tidak membantah. Dia pergi dari situ sambil mengesat air matanya.


*


Sudah hampir dua jam, pembedahan Syazani masih lagi belum selesai. Hisham, Noorizan dan Asyraf hanya duduk di kerusi setia menunggu di situ. Masing-masing hanya mampu berdoa di dalam hati. Hanya Allah yang mampu menjawab semuanya. Sama ada Syazani akan diberi peluang untuk merasai dunia lagi. Ataupun Allah akan panggil dia untuk meninggalkan dunia ini.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now