Bab 65

632 43 5
                                    

Sarra'Ain Waheeda membelek-belek buku berwarna merah jambu yang berada di tangannya ketika duduk di kerusi. Dia membaca seketika sinopsis yang ada di kulit belakang buku tersebut. Anas Zulfiqar pula mengutip batu-batu kecil yang berada di tanah kemudian di baling masuk ke dalam tasik.

"Awak dah habis baca buku ni.?" Sarra segera memandang Zulfiqar sambil mengangkat buku yang dipegangnya itu.

"Dah." jawab Zulfiqar tanpa berhenti melakukan apa yang tengah dia buat. "Dah lama."

"Terima kasih." ucap Sarra kekok.

Zulfiqar tidak membalas. Dia hanya mengangguk yang mana Sarra langsung tidak perasan dia berbuat demikian.

"Dah banyak buku yang awak bagi kat saya." Sarra bersuara lagi dengan nada yang amat lembut. Dia kini sudah biasa memanggil Zulfiqar hanya dengan panggilan 'awak' kerana sering ditegur oleh lelaki itu.

"Buku-buku tu semua amat berguna untuk Sarra." Zulfiqar menarik nafas panjang setelah selesai membaling semua batu itu. Dia menyapu-nyapu tangannya bagi membersihkan debu yang ada.

"Terima kasih."

"Tak perlu berterima kasih." Zulfiqar memandang Sarra sambil mengecilkan matanya akibat kesilauan dengan cahaya matahari. "Ilmu tu untuk kita kongsi. Kalau saya simpan buku tu pun tak ada gunanya. Lebih baik bagi orang baca."

Sarra hanya mampu tersenyum.

"Setakat ni kat sini ada masalah ke.?" Tanya Zulfiqar.

"Tak ada." Sarra hanya menggelengkan kepalanya. "Alhamdulillah. Sarra dah biasakan diri kat sini."

"Bagus lah kalau macam tu." ujar Zulfiqar. "Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan nak minta tolong dengan orang kat sini."

"In Shaa Allah."

Zulfiqar hanya tersenyum kemudian menarik nafas panjang. Dia segera memandang sekeliling tanpa sebab.

"Patut lah awak suka sangat dengan tempat ni..."

Kenyataan itu membuatkan Zulfiqar memandang Sarra. Dia mengerutkan dahinya agak kebingungan.

"Memang tempat yang sangat-sangat menyenangkan." Sarra bersuara sambil memandang ke arah tasik yang tenang itu. "Penuh dengan ilmu agama. Yang kita tak tahu pun sebelum ni."

Zulfiqar mengangguk bersetuju.

"Tapi Sarra dah terlambat masuk sini.." Sarra tunduk memandang buku yang dipegangnya itu. "Kalau lah Sarra ikut awak masuk ke sini dulu. Mungkin Sarra dah jadi mahir di sini."

Zulfiqar tersengih tiba-tiba. "Dalam hidup kita ni tak ada istilah terlambat dalam ilmu agama."

Sarra hanya memandang Zulfiqar sambil mengerutkan dahinya tidak bersuara.

"Selagi Allah tak tarik nyawa kita...." Zulfiqar bersuara lagi sambil memandang sekeliling. "Selagi itulah kita masih ada peluang untuk cari ilmu."

Sarra hanya tersenyum kemudian segera tunduk.

"Ilmu Allah ni luas." sambung Zulfiqar lagi. "Tak akan pernah habis walaupun kita cari dari kita lahir lagi sampai lah kita mati. Tak akan pernah habis. Sebab tu lah selagi mana kita ada peluang.... Jangan lepaskan."

Sarra hanya mengangguk perlahan. Entah kenapa, sejak dia masuk ke situ, dia semakin mengenali lelaki itu berbanding semasa dia berada di rumah. Akan tetapi, itu membuatkan dia menjadi lebih kekok dengan lelaki itu. Sepertinya banyak perkara lagi yang dia tidak tahu mengenai Zulfiqar.


*****


Sudah agak lama Hassan Al-Akhbar berdiri di situ sambil memandang ke arah sesuatu. Dia asyik berfikir sama ada dia patut meneruskan niatnya atau tidak. Nur Amirah Hasanah kini sedang duduk di sebuah kerusi sambil termenung jauh yang sudah menjadi rutin hariannya sejak dulu lagi.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now