Farra, Aieyn dan Amirah melangkah masuk ke pondok itu. Sudah ramai yang berada di situ bersedia untuk mengisi rohani mereka. Miezza menyusul mereka tenang tanpa kelihatan teragak-agak. Fiza dan Misrah sudah melambai-lambai dari tempat duduk mereka dan berharap ketiga-tiga gadis itu akan menyertai mereka.
"Budak baru ke.?" Tanya Misrah Maisarah memandang Farra.
Farra'Ain Wardina mengangguk-angguk.
"Hai..." Misrah menghulurkan tangannya. "Saya Misrah."
"Miezza.." Miezza Nina Ashikin menyambut tangan Misrah.
"Saya Fiza a.k.a. Heliza Helmi." Nurul Hafiza Natasha bergurau.
Miezza hanya tersengih. Amirah dan Misrah pula ketawa. Aieyn dan Farra hanya mengangkat kening hendak muntah.
"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu."
"Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatu." serentak semua menjawab secara automatik.
"Kita buka majlis kita dengan umul khitab al-Fatihah."
Semua orang menadah tangan membaca al-Fatihah di dalam hati masing-masing.
"Baik..." Nazib bersuara setelah selesai buka majlis. "Pertama sekali... Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah kita masih bernafas. Masih mampu pergi usrah ini. Tajuk usrah kita kali ini adalah Akidah."
Semua orang mula mengeluarkan buku nota dan pen untuk membuat catatan. Setelah hampir dua jam usrah itu berlangsung, akhirnya majlis ditangguh dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Mereka mula bersurai keluar dari pondok.
"Hassan!"
Hassan Al-Akhbar menoleh. Sukarnain Mukhsin turut menoleh walaupun hakikatnya dia tidak dipanggil. Amirah mendekati mereka.
"Amirah... Ada apa.?" Tanya Hassan agak tersenyum memandang gadis itu.
"Bila nak buat perlantikan semula.??" Amirah mula bertanya.
Farra, Aieyn, Miezza, Misrah dan Fiza hanya menunggu dengan jarak agak jauh sedikit. Tidak tahu apa yang dibincangkan oleh mereka.
"Ustaz Azhar dah beritahu..."Hassan bersuara sambil memandang Sukarnain sekali imbas. "Kita akan tunggu rombongan dari Mesir datang dulu. Baru buat perlantikan lepas tu nanti."
"Bila mereka datang.?" Tanya Amirah lagi.
"Minggu depan." jawab Hassan setelah berfikir seketika.
Amirah mengangguk-angguk. "Nanti ada apa-apa beritahu je."
"Okey." Hassan turut mengangguk. "Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumsalam." Amirah segera beredar.
"Saya nak ke perpustakaan dulu." Farra bersuara ketika Amirah kembali menyertai mereka. "Kamu balik dulu ya."
"Saya nak ikut." Ujar Miezza tiba-tiba agak bersopan.
"Oh... Marilah."
Aieyn, Amirah, Fiza dan Misrah teus sahaja beredar. Farra dan Miezza pula berjalan beriringan pergi ke perpustakaan.
"Awak dah lama masuk sini.?" Miezza memulakan perbualan setelah agak sunyi dirasa.
"Tak lah lama sangat." jawab Farra. "Baru dekat sebulan."
Miezza mengangguk-angguk.
"Kenapa awak masuk sini.?" giliran Farra untuk bertanya..
Miezza tersenyum serta-merta. "Entah. Hati saya rasa nak masuk sini. Saya masuk je lah."
"Oh. Memang pilihan sendiri lah ni.?" teka Farra untuk mencapai kata muktamad daripada jawapan itu.
Miezza mengangguk-angguk. "Mama saya nak saya belajar dalam bidang kedoktoran sebab itu memang bidang saya, tapi...." Miezza berfikir seketika kemudian menarik nafas panjang. "Hati saya lebih nak masuk sini."
Farra segera mengukir senyuman lebar. "Alhamdulillah kalau macam tu. Hati lebih nak kan ilmu Allah berbanding ilmu dunia."
Miezza turut tersenyum kemudian memandang Farra pula. "Awak kenapa masuk sini.?"
Farra terkedu seketika bagaimanapun berusaha untuk mengukir senyuman di bibirnya. Soalan itu adalah soalan yang paling sukar hendak dijawab sejak kebelakangan ini bagaimanapun ia sering diutarakan. Miezza hanya merenung wajah Farra sambil berkerut. Cuba membaca apa yang difikirkan oleh gadis itu.
"Tak apa." Miezza bersuara tenang. "Jangan jawab."
Farra hanya mengangguk-angguk. Dia benar-benar tidak mampu menjawab soalan itu. Miezza tidak tahu apa yang Farra fikirkan pada ketika itu. Akan tetapi, riak wajah Farra jelas menggambarkan itu satu soalan yang sensitif. Mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Ia agak lengang. Hanya ada beberapa orang di situ.
Perpustakaan Al-Hakim itu tersusun indah dan amat kemas. Buku-buku disusun mengikut kategorinya. Pelbagai buku tentang keagamaan terdapat di situ. Ruangan bacaan untuk pelajar juga di asingkan. Ruangan untuk muslimin di sebelah kanan, manakala untuk muslimat berada di sebelah kiri. Rak-rak buku sahaja yang berada di tengah-tengah di kongsi akan tetapi ia menjadi pemisah untuk ruangan itu.
"Awak nak cari buku apa.?" Farra memandang Miezza.
Miezza berfikir seketika. "Tak pasti juga. Saya tengok-tengok dulu lah."
"Okey." Farra mengangguk kemudian menuding ke arah tempat yang ingin ditujunya. "Saya pergi sebelah sana dulu ya."
"Okey."
Mereka berpisah di situ untuk mencari buku. Miezza pergi ke bahagian rak lain dan Farra pula dibahagian lain. Fikiran Farra kini melayang. Kenangan yang menyebabkan dirinya dihantar ke madrasah itu masih lagi bermain jelas di mindanya setelah Miezza bertanya. Entah kenapa susah untuk dia melupakan perkara itu. Tujuannya datang ke perpustakaan itu sudah dilupakan. Dia terhenti di rak itu bukan kerana meneliti buku-buku yang ada. Tetapi kerana fikirannya terganggu.
"Assalamu'alaikum"
Farra tersentak seketika kemudian cuba memandang sekeliling untuk mencari pemilik suara itu bagaimanapun terkejut memandang di hadapannya. "Wa'alaikumsalam"
Kelihatan Ahmad Syazani Syafi'e memandang Farra dari celah-celah buku di rak sebelah. "Awak okey tak.?"
"Oh. Okey." Farra segera berpura-pura mencari buku.
Syazani hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Dia tahu Farra berbohong. "Dah habis baca buku tu.?"
"Ya." Farra turut mengukir senyuman. "Alhamdulillah. Ia amat berguna."
"Syukurlah kalau macam tu." Syazani menarik nafas panjang. "Jangan bersedih lagi ya.."
Farra terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Dia cuba memandang Syazani bagaimanapun terhalang oleh buku-buku yang menimbun di rak itu.
"Yang berlalu biarkan berlalu..." Syazani bersuara lagi. "Hidup perlu diteruskan. Jauh lagi perjalanan kita."
"Ya."
_________________________________________________
A/n: Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...