Sarra'Ain Waheeda duduk dikatilnya sambil berfikir panjang. Kakak kandungnya, Farra'Ain Waheeda bersama kakak tirinya, Aieynur Assyiffa duduk di kerusi meja belajar bilik itu. Mereka baru sahaja bersembang dan berbual setelah hampir tiga tahun tidak berbuat begitu. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Akhirnya, Allah takdirkan mereka berkumpul semula di situ.
"Jadi di sini lah kamu selama ni.?" ujar Sarra sambil memandang kedua-dua kakak yang amat disayangnya itu.
Aieyn segera tersenyum. "Kat sini lah, Sarra."
"Tapi, Sarra..." Farra memandang adiknya itu. "Macam mana awak dengan Zulfiqar tu boleh bertunang.?"
Sarra memandang kedua-dua kakaknya itu silih-berganti. "Ibu yang jodohkan. Kami berdua ikut je."
"Sarra setuju.??" Tanya Aieyn lagi.
Sarra mengangguk-angguk. "Kenapa tidak kan.?"
"Tak." Aieyn bersuara lagi sambil menarik nafas panjang. "Maksud saya... Sarra ada perasaan tak pada dia.?"
Sarra terdiam seketika. Dia cuba menyelami hatinya sendiri kemudian mengangguk perlahan. "Abang Zul baik sangat pada Sarra. Banyak dia ajar Sarra. Nasihat. Dia sangat jaga Sarra."
Aieyn dan Farra hanya mampu mengangguk-angguk. Mereka berpandangan seketika dengan wajah yang sayu.
TOK!TOK!TOK!
"Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumsalam." serentak Farra, Aieyn dan Sarra menjawab sambil memandang ke arah pintu bilik yang sudah terkuak.
"Eh..." Amirah yang muncul di muka pintu tercengang melihat mereka. "Kat sini rupanya kamu berdua."
Aieyn dan Farra tersengih-sengih memandang Amirah.
"Kakak buat apa ke sini.?" Tanya Farra serta-merta sambil membetulkan kedudukannya. "Cari kami ke.?"
"Bukan lah." jawab Amirah sambil mengangkat satu beg pakaian yang digenggam erat ditangan. "Ada orang baru lagi..." Amirah memandang seseorang yang terlindung di sebalik pintu itu. "Masuk lah."
Aieyn, Farra dan Sarra cuba menjenguk untuk melihat siapa yang berada di sebelah Amirah. Perlahan-lahan seorang gadis melangkah masuk. Ketiga-tiga mereka tercengang seketika. Seorang gadis yang memakai purdah berwarna hitam melangkah masuk sambil tersenyum tetapi terlindung di sebalik purdahnya.
"Ini Siti Aminah." Amirah memperkenalkan gadis itu. "Kamu boleh panggil dia Aminah."
Sarra, Farra dan Aieyn masih lagi tercengang. Mulut mereka juga ternganga memandang gadis itu.
"Yang ini Sarra...." Amirah menuding ke arah Sarra kemudian beralih kepada Farra. "Yang itu Farra. Yang seorang ni Aieyn."
"Hai." sapa Aminah lembut dengan suara yang cukup halus.
"Hai."
"Duduklah." ujar Amirah. "Mulai hari ni... Ini adalah bilik awak. Rakan sebilik awak Sarra."
Sarra hanya mengukir senyuman manis. Aminah hanya mengangguk kemudian meletakkan barang-barangnya di atas lantai. Dia membuka purdahnya perlahan-lahan. Aieyn, Farra, Sarra dan Amirah hanya memandangnya. Ingin tahu bagaimana wajahnya. Mereka agak terkejut melihat wajah Aminah yang kelihatan masih muda. Sebaya dengan mereka.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...