"Itu lah tadi lagu Muslimah nyanyian Nazrey Johani dari kumpulan nasyid terkenal suatu ketika dulu iaitu Raihan." Asyraf bersuara ceria di konti radio madrasah itu dengan fon kepala terpasang di telinganya. "Dan sekarang..." Asyraf memandang seorang gadis yang duduk di sebuah ruangan lain di hadapannya dari balik kaca lutsinar yang menjadi dinding pemisah dengan wajah yang bersinar-sinar agak teruja dan tidak sabar. "Tiba masanya untuk saya memperkenalkan tetamu pada hari ini iaitu Amirah madrasah kita. Nur Amirah Hasanah!!"
"Assalamu'alaikum, semua." Amirah mengucap salam sambil tersenyum lebar walaupun hakikatnya hanya dia, Asyraf dan dua orang yang mengawal sistem radio itu sahaja yang Nampak di situ.
"Sudah agak lama sejak kali terakhir kakak menjadi tetamu di radio ini kan.?" Asyraf turut tersenyum.
"Ya." sokong Amirah sambil mengangguk-angguk. Dia masih lagi ingat bila kali terakhir dia menjadi tetamu.
"Ada apa-apa yang kakak nak cakap.?" Tanya Asyraf kemudian memandang kertas-kertas yang bersepah di atas meja di hadapannya bagi memberi peluang kepada Amirah menjawab soalan itu.
"Alhamdulillah semua masih berjalan lancar." Amirah mula menjawab. Dia tidak begitu takut atau gementar kerana sudah mempunyai pengalaman. "Kalau kita tengok pun sekarang ni dah ramai pelajar baru yang masuk."
Asyraf mengangguk bersetuju dengan matanya masih tertumpu pada kertas yang ada di hadapannya. Telinganya tetap mendengar.
"Dengan pimpinan baru..." suara Amirah mula bernada sayu tiba-tiba. "Harap Allah permudahkan semuanya."
"In Shaa Allah, kak." Asyraf tersenyum. "Macam mana sekarang.? Sebelum ini kakak bekerja dengan abang Hassan kan.?"
Jantung Amirah seperti di panah petir mendengar nama itu disebut. Ia seolah-olah amat sensitif padanya.
"Sekarang kakak bekerja dengan abang Sukarnain." sambung Asyraf. "Apa pendapat kakak.?"
Amirah berusaha mengukir senyuman di bibirnya. "Setakat ni tak ada apa-apa masalah. Lagipun akak memang pernah bekerja dengan Sukarnain juga sebelum ni sebab dia adalah timbalan kepada Hassan. In Shaa Allah semuanya boleh."
"Okey. Kalau macam tu kita terus kepada topik kita hari ini..." Asyraf membetulkan kedudukannya. "Iaitu.... Muslimat tidak boleh bergerak kerja dakwah."
Amirah kelihatan berminat dengan topik yang diutarakan oleh Asyraf. Mindanya kini sudah mula mengumpulkan pengetahuan untuk menjawab.
"Jadi macam mana ni, kak.?" Asyraf memandang Amirah. "Ramai juga orang yang pertikaikan kenapa muslimat turut serta dalam gerak kerja dakwah ni. Katanya Rasulullah S.A.W dulu tidak bercampur dengan muslimat ketika berdakwah untuk Islam. Apa pendapat kakak mengenai hal ini.?"
"Akak pun memang pernah dengar pasal tu..." Amirah mula bersuara sambil menyusun ayatnya satu-persatu. "Ramai yang bantah muslimat turut serta dalam gerak kerja dakwah sedangkan ada tertulis di dalam Al-Quran."
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maaruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Surah At-taubah:Ayat 71
"Dalam surah tu dah ada sebut pun."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...