Bab 44

644 43 5
                                    

"Assalamu'alaikum." ucap Nur Amirah Hasanah ketika melangkah masuk ke bilik itu. Dia memandang setiap katil yang berada di situ dengan dahi yang agak berkerut. Ianya kelihatan kosong. Hanya ada Fatimah Az Zahra yang sedang bermain telefon bimbit duduk di meja dan memandang Amirah.

"Mana Misrah dan Jyra.?" Tanya Amirah.

"Pergi kantin sekejap." jawab Fatimah acuh tak acuh sambil memandang wajah Amirah teragak-agak.

Amirah mengangguk-angguk kemudian duduk di katil Fiza yang kini sudah kosong. Dia segera teringat dengan gadis kecil molek itu. Fatimah langsung tidak bercakap. Dia meneruskan lagi aktiviti bermain telefon bimbitnya.

"Fatimah..."

Fatimah mendongak memandang Amirah.

"Macam mana kat sini.?"

Fatimah mengerutkan dahinya. "Apa maksud kakak.?"

"Yalah... Akak tengok Fatimah macam masih belum biasa dengan keadaan di sini." akui Amirah.

"Tak ada lah." jawab Fatimah dingin. "Dah okey pun."

"Tapi akak tengok Fatimah jarang bergaul dengan yang lain." ujar Amirah menyatakan segala apa yang dia simpulkan sebelum ini. "Ada apa-apa masalah ke.?"

Fatimah menarik nafas panjang kemudian mendengus. "Mungkin saya je kot yang memang tak bergaul."

"Kalau boleh akak tahu..." Amirah memandang wajah gadis itu. "Apa sebabnya.?"

Fatimah merenung lama wajah Amirah sambil cuba menyusun ayat. "Kamu semua orang-orang yang berilmu, kak. Saya ni apa lah sangat."

Amirah hanya tersenyum. "Fatimah terlalu berfikir jauh tu. Kami semua ni sama saja. Masih dahagakan ilmu Allah. Yang lain selalu juga tanya kenapa Fatimah tak sertai kami. Ingatkan Fatimah tak suka."

Fatimah tidak membalas.

"Fatimah jangan selalu sendiri-sendiri macam ni." nasihat Amirah dengan lagak seperti seorang ibu.

"Malu lah, kak." luah Fatimah. "Kamu tak ajak pun."

"Rasanya dah berkali-kali Jyra dan Misrah ajak kan.?"

Fatimah terdiam serta-merta. Apa yang Amirah katakan itu adalah benar. Jyra dan Misrah yang merupakan rakan sebiliknya sentiasa mengajaknya ke sana sini. Hanya dia sahaja yang sering menolak.

"Kalau boleh akak tahu..." Amirah merenung wajah gadis itu. "Fatimah sebenarnya ada masalah ke.?"

Fatimah berdiam diri seketika. Bila diikutkan egonya, dia langsung tidak mahu bercerita dengan Amirah atau sesiapa pun mengenai diri dan hidupnya. Tapi jika diikutkan hatinya, dia kini benar-benar kesunyian. Dia juga perlukan seseorang untuk menjadi teman dia berkongsi masalah.

"Kalau ada apa-apa Fatimah perlukan boleh minta dengan akak." pujuk Amirah lagi. "Jangan segan. Akak tak akan buat apa-apa pun."

Fatimah menarik nafas panjang. "Sebenarnya, kak... Saya tak nak duduk kat sini."

Amirah tidak begitu terkejut mendengar kenyataan Fatimah.

"Saya tak rasa hidup ni sesuai dengan saya." sambung Fatimah. "Ini bukan kehidupan saya. Susah nak biasakan diri."

"Fatimah sebelum ni dah kerja atau masih belajar.?" Tanya Amirah serta-merta.

"Saya baru habis belajar." jawab Fatimah. "Mama nak bagi saya pegang syarikat dia sebab saya anak sulung. Tapi dengan syarat saya kena kahwin."

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now