Yazid Shahidin berjalan pantas merentasi setiap koridor di madrasah itu. Dia kini sedang mencari seseorang yang dia sendiri berusaha untuk mengelak dengannya sebelum ini. Matanya liar memandang sekeliling. Hatinya rasa tidak tenang sejak beberapa hari ini. Entah kenapa dia rasa gelisah. Dia segera terhenti apabila terpandang seseorang yang dicarinya. Fatimah Az Zahra sedang berjalan dari arah bertentangan. Dia segera memandang sekeliling lalu mendekati gadis itu.
"Assalamu'alaikum, Fatimah."
Fatimah agak terkejut. Bukan terkejut kerana disapa seperti itu. Akan tetapi, terkejut kerana orang yang memberi salam padanya itu adalah Yazid. Dia berasa senang hati serta-merta. "Wa'alaikumsalam."
"Saya nak bercakap dengan awak." Yazid terus dengan tujuannya tanpa berdolak dalih lagi.
Fatimah hanya terdiam memandang lelaki itu. "Apa dia.?"
Yazid memandang sekeliling. Tidak begitu ramai orang. Dia segera menarik nafas panjang. "Apa awak cakap pada Shamsul.??"
Fatimah agak terkejut mendengar pertanyaan itu kemudian mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak.?"
"Saya tahu awak tahu apa maksud saya." ujar Yazid dengan wajah serius. "Awak ada cakap pada Shamsul pasal kita ke.?"
"Saya beritahu dia apa yang betul, Yazid." beritahu Fatimah jujur kelihatan sedikit bengang. "Pasal kita..
Yazid segera menarik nafas panjang cuba menahan sabar. Dia mendengus kuat memandang gadis itu.
"Tapi saya tak cakap nama awak pun." ujar Fatimah lagi. "Awak jangan lah risau. Dia tak akan tahu."
"Fatimah, dengar ni..." Yazid merenung gadis itu tajam sambil bercekak pinggang. "Saya tak nak awak buka mulut untuk cerita apa-apa pasal kita. Walaupun awak tak sebut nama."
Fatimah tidak membalas sebaliknya membalas renungan lelaki itu. Dahinya mula berkerut kelihatan tidak puas hati.
"Benda tu tak perlu awak buat." sambung Yazid lagi. "Jadi... Tolong lah jangan nak cerita lagi."
"Kenapa dengan awak ni.??" Tanya Fatimah serta-merta. Dia kelihatannya sudah mula naik angin.
Yazid tidak membalas sebaliknya mengerutkan dahinya.
"Awak ni dah lain..." Fatimah bersuara lagi. "Lain sangat! Tak macam dulu lagi. Awak dah berubah!"
Yazid mendengus perlahan kemudian memandang gadis itu. "Itu lah hakikatnya, Fatimah. Saya dah berubah."
Fatimah kehilangan kata-kata apabila mendengar kenyataan itu. Dia tidak sangka semua itu akan berlaku.
"Awak sepatutnya hargai apa yang awak boleh dapat kat sini."
Fatimah tidak membalas. Dengan pantas, dia terus berlalu pergi meninggalkan Yazid. Kepalanya dirasakan berasap. Dia berjalan terus menuju ke biliknya agak berang tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Pintu bilik itu direntap kuat. Fatimah menghentakkan pintu itu kemudian menghempaskan dirinya di atas katil. Nazirah Qistina yang berada di sebalik almari amat terkejut mendengar bunyi pintu yang dihempas kuat itu. Dia segera menjenguk dan ternampak Fatimah yang kini menutup mukanya dengan bantal.
"Fatimah..."
Fatimah tersentak serta-merta. Dia terkejut memandang Jyra di situ. "Oh... Maaf, saya tak tahu awak ada di situ."
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...