"Saya tak nak!!"
"Fatimah!!" pekik Puan Ayu."Jangan nak lawan cakap mama!!"
Gadis putih gebu itu merenung Puan Ayu tajam. "Mama dah paksa saya berkahwin dengan dia. Sekarang mama nak saya masuk ke madrasah pula."
Puan Ayu kelihatan sedang menahan marah. "Shamsul kan belajar di sana. Kalau awak masuk sana... Mudah untuk kamu menjadi rapat."
Fatimah Az Zahra membuat muka seperti hendak membantah bagaimanapun tidak mahu bersuara lagi. Dia sudah penat bertikam lidah dengan ibunya hanya mengenai hal itu yang dia tahu sukar untuk diubah.
"Shamsul tu lelaki yang baik."
Fatimah tidak menafikannya.
"Dari segi agama juga kita sudah boleh tengok."sambung Puan Ayu lagi. "Kalau kamu masuk ke madrasah tu... Kamu boleh kenal dia dengan lebih dekat lagi."
>>>
"Yazid... Tak boleh!" Fatimah cuba memperlahankan suaranya ditalian sambil memandang ke celah bawah pintu biliknya .Dia takut jika ibunya tiba-tiba menyergah masuk ke dalam bilik itu. Pasti dia akan dimarah lagi.
"Kenapa.?!" kedengaran suara halus seorang lelaki dari dalam talian. "Emma... Kita dah lama bersama. Takkan awak nak tinggalkan saya sebab lelaki yang awak tak kenal langsung."
"Masalahnya... Mama saya dah jodohkan kami." Fatimah bersuara lagi. "Kami dah bertunang pun."
"Baru bertunang, Emma..." Yazid membalas lagi. "Belum kahwin. Awak belum sepenuhnya milik dia."
"Dahlah, Yazid." Fatimah putus asa. "Saya mungkin akan masuk ke madrasah tu juga."
"Habis tu macam mana dengan saya.? Dengan kita.??"
"Apa lagi saya boleh buat.??"
"Saya tak peduli. Saya akan kejar awak."
>>>
Fatimah membuka matanya apabila terdengar pintu bilik itu direntap. Fiza dan Misrah masuk ke dalam bagaimanapun terkedu memandangnya.
"Awak ni siapa.?" Tanya Fiza sambil mengerutkan dahinya.
Fatimah bangun dari katil itu. "Maaf... Err... Saya Fatimah. Panggil Emma je."
"Oh... Awak baru masuk ke.?" Tanya Misrah pula apabila melihat tudung Fatimah yang agak pendek dan bagi mereka itu adalah satu perkara yang pelik di madrasah itu.
"Ya. Ustazah Hadizah kata ini bilik saya."
Misrah dan Fiza serentak tersenyum kemudian bersalaman dengan gadis itu.
"Kalau macam tu kita rakan sebilik." beritahu Misrah lembut. "Saya Misrah dan ini Fiza."
"Oh..." Fatimah hanya mengukir senyuman tawar..
"Awak berapa umur.?" Tanya Fiza cuba untuk berkenalan.
"Dua puluh tiga tahun." jawab Fatimah.
Serentak Misrah dan Fiza mengangguk.
"Kamu berapa umur pula.?" Fatimah memandang Fiza dan Misrah silih berganti.
"Saya baru dua puluh tiga tahun juga." jawab Misrah kemudian memandang ke arah Fiza sekali imbas. "Fiza dah dua puluh empat."
Fatimah mengangguk-angguk. "Jadi kamu berdua je lah rakan sebilik saya.?"
Belum sempat Fiza dan Misrah menjawab, pintu bilik itu direntap lagi. Jyra terhenti seketika memandang mereka sebelum melangkah masuk.
"Ini pun salah seorang rakan sebilik kita juga." Fiza tersenyum. "Panjang umur dia."
Jyra mendekati mereka kemudian menghulurkan tangannya pada Fatimah. "Saya Jyra."
"Emma." Fatimah cuba mengukir senyuman manis. "Panggil Emma saja."
"Awak dari mana.?" Tanya Jyra. "Dipindahkan atau dimasukkan.?"
"Saya dimasukkan ke sini." jawab Fatimah. "Ibu bapa saya yang masukkan."
Serentak Jyra, Fiza dan Misrah mengangguk-angguk.
"Kenapa.?" Fatimah memandang mereka agak bingung. "Saya seorang saja ke yang dimasukkan.?? Ada cara lain ke.?"
"Tak adalah." Jyra hanya tersenyum. "Saya dipindahkan dari madrasah lain ke sini."
Fatimah mengangguk-angguk baru tahu.
"Fiza dan Misrah pun dimasukkan macam awak." sambung Jyra.
Fatimah mengangguk-angguk kemudian memegang tefonnya. "Di sini memang tak boleh bawa telefon bimbit ke.?"
Serentak Jyra, Misrah dan Fiza berpandangan kemudian ketawa.
"Kenapa.??" Tanya Misrah dengan dahi berkerut dan menahan ketawa.
"Tak ada seorang pun yang saya tengok memegang telefon bimbit." jawab Fatimah turut berkerut.
"Mana ada macam tu." beritahu Misrah. "Kami semua ada telefon bimbit. Tapi malas nak pegang. Simpan je dalam laci."
Fatimah tidak tahu hendak berkata apa. Dia sebenarnya rasa pelik kerana hidup dalam zaman moden tanpa telefon bimbit seperti itu pasti susah.
"Siapa yang perlukan telefon bimbit di sini.?" sampuk Fiza.
"Tak adalah. Boleh bawa." Misrah bersuara lagi. "Boleh... Tapi lama-kelamaan awak tak akan perlukannya lagi."
_________________________________________________
A/n: Keep reading. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...