OE 6

2.2K 206 32
                                    


-BTS Room-

"Buka la cepat~"

"Tak mahu."

"Alaa~ V. Cepat la.. Tak sabar ni..." kata J-Hope yang tidak sabar melihat isi dalam kotak merah tu.

"Merah menyala tu hyung. Aku suka. Kalau kau taknak tempatnya aku ambil boleh?" kata Jungkook yang dari tadi melihat kotak merah darah tu.

"Hish kau ni. Banyak kot benda tu kat kedai.. Yang itu juga kau mahu.." kata Rapmon.

"Kau diam la hyung.. Kau bukan tahu betapa bersinarnya merah itu.." kata Jungkook.

"Cepatla !" kata Suga yang tidak tahan ingin tahu isi dalam kotak itu.

"Okay²~ aku buka.." kata V lalu membuka isi kotak itu. Dalam kotak itu ada keychain berbentuk hati yang diukir nama Kim TaeHyung. Cantik.

"Wow !! Bentuk love ! Warna merah !!" kata Jungkook happy.

"Wui~ untung kawan kita ni. Dapat hadiah sebelum pergi.. Dari kekasih hati..." kata J-Hope memerli.

"Eii.. Dia bukan kekasih aku la. Dia je tu melebih.." kata V.

"Heh.. Mengaku jelah kau minat kat dia.. Apa susah ?!" kata Jin yang dari tadi diam membisu.

SKIP

-Seoul International Airport-
"Attention to all passengger, please fasten your seatbelt.."

"Berdebar pulak aku hyung. Macam menghadapi exam sekolah pulak." kata Jimin kepada Rapmon.

"cheh.. Bila pulak cemas kau datang time exam ? Main je aku tengok biasanya..." kata Rapmon memerli.

"Ada ke orang yang jemput kita nanti disana ?" kata Jin.

"Hmm... Kata Nam saem ada. Orang tu namanya Fazree. Entah Fazree apa." kata Suga.

-Kuala Lumpur International Airport-

"Woah ! Besar juga tempat ni. Macam kat Seoul.." kata Jungkook.

"Huargghh!! Lenguh badan aku ni.." kata Suga mengeluh. Tiba² dia melihat seseorang yang sedang memegang kertas besar ditulis Inkigayo High School, Gangnam, Seoul dan ditulis 'Selamat Datang' dalam hangul.

"Hyung ! Mungkin itu orangnya !" kata Jimin lalu menuding jari kearah lelaki berbaju petak hitam, seluar jeans dan sneakers. Mereka berjalan kearah lelaki itu.

"Err.. You must be Fazree right ?" kata Rapmon kepada pemuda itu.

"Nae. Saya Fazree. Kamu mesti BTS dari Inkigayo High School kan ?" kata Fazree dalam berbahasa korea. Mereka semua terkejut kerana pemuda itu juga pandai berbahasa korea.

"Uh ? Kamu boleh bercakap korea? Kenapa tak bagitau awal² ? Nasib baik ada Rapmon hyung pandai bahasa Inggeris. Kami ni, heh, maklumlah.. Bahasa inggeris kami ke dasar laut.." kata Jimin bergurau. Rapmon sempat menjeling kearah Jimin.

"Appa saya orang korea. Jadi sedikit sebanyak aku boleh cakap korea.." kata Fazree. Semua mengangguk menandakan mereka faham kenapa Fazree boleh cakap korea macam mereka.

"So, kita nak pergi mana ni ?" kata Rapmon.

"Aku nak bawa kamu rasa makan makanan Malaysia. Mesti sedap punya.." kata Fazree dengan semangatnya.

"Makan ? Hmm.. Boleh juga. Perut aku dari tadi mengaum.. Let's go Freze!" kata J-Hope lalu menarik tangan Fazree keluar.

"Eh ? Freze ? Tak salah ke aku dengar ?" tanya Jin yang mendengar perkataan freze tu. Ingatkan dia saja yang mendengar kerana keadaan itu agak laju.

"Memang salah sebut dia tu. Pedulikanlah~" kata Rapmon lalu mengikut Fazree dan J-Hope dari belakang. Jin hanya mengangguk dan mengikuti mereka ke restoran.

-Tradition Malay's Food Restaurant-
"Tempat apa ni ?" kata Jin bisik.

"Nasib baik ada tempat kat sana. Mari.." kata Fazree lalu menuju ke meja makan yang besar. Datang seorang pelayan wanita dengan memakai hijab kuning ke meja mereka.

"Selamat datang ke restoran Tradition Malay's Food.." ucap gadis itu dengan gaya yang ayu lalu memberi menu kepada mereka. Jungkook orang pertama mengambil buku menu itu.

"Huh ? Macam mana ni ?" kata Jungkook.

"Kenapa ?" tanya BTS yang lain.

"Hyung ! Kau boleh baca ni tak ?" kata Jungkook kepada Rapmon.

"Jakkaman ! Aku try baca dulu.." kata Rapmon lalu membaca satu persatu ayat itu. "Na-nasi le.. lae-mak.. Nasi laemak ! Makanan apa tu ? Pelik la nama dia.. Eh Fazree ! Ni apa maksudnya ?" kata Rapmon sambil menunjuk nama makanan itu. Fazree hanya tersengih melihat telatah mereka yang cuba mengeja macam budak tadika. Tadikan pun tak macam tu.

"Tu bacanya nasi lemak. Kau nak tak ?" kata Fazree.

"Nampak gambarnya macam sedap.. Kami nak !" kata Jungkook sambil mengamati gambar nasi lemak.

"Kak.. Bagi kami menu ni.. Yang ni.." Fazree sibuk memilih makanan untuk BTS. BTS hanya memerhati gerakan Fazree yang menunjuk menu² itu.

"Agaknya apalah dia nak bagi kita makan ?" Suga agak sedikit ragu kerana hampir semua makanan itu tak pernah didengarnya.

Thanx for reading :*
Read.Vote.Comment.

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now