OE 8

2K 169 14
                                    


Flashback

-SMKSP (Malaysia school)-
"Selamat pagi, cikgu !"

"Selamat pagi semua. Duduk !"

"Terima kasih, cikgu!"

Jam menunjukkan pukul 11:30 pagi. Semua pelajar hairan kenapa guru kelas mereka masuk secara tiba².

"Kenapa Cikgu Adri masuk ? Sekarang bukan masa BI kan ?" bisik Emir. Fazree hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu kenapa.

"Pukul 11:40 pagi nanti cikgu² ada mesyuarat, jadi saya nak kamu jangan buat bising. Saya nak kamu sediakan 7 buah meja dan kerusi kosong.." suara Cikgu Adri jelas di dalam bilik darjah.

"Cikgu ! Kenapa nak sediakan meja dan kerusi kosong ? 7 pulak tu ?" kata Iwan, pelajar atlet yang pernah memegang gelaran olahragawan disekolah.

"Ada lah nanti.. Sediakan saja.. Fazree !"

"Oh ? I-iya~ cikgu ?" kata Fazree lalu berdiri.

"Ikut cikgu sekarang." kata Cikgu Adri.

"Oh.. Baik cikgu.." kata Fazree lalu keluar mengikut Cikgu Adri dari belakang.

-bilik guru-
"Kamu ada seorang pakcik di korea kan ?" tanya Cikgu Adri tiba² menyebabkan muka Fazree sedikit berkerut kerana hairan.

"Ya. Kenapa cikgu tanya ?" tanya Fazree.

"Pakcik kamu Jung HaJoon, CEO Inkigayo High School. Betulkan ?" kata Cikgu Adri. Fazree mula merasa adasesuatu yang tak kena.

"Begini..."

-kelas 3A-
Fazree masuk dengan muka yang serabut. Kawan baiknya, Emir perasan ada sesuatu yang tak kena dengan Fazree.

"Ei, Fazree. Kau dah kenapa ?" tanya Emir sebaik saja Fazree duduk di kerusinya.

"Takda pa. Eh, harini ada kelas petang tak ?"

"Baru je Cikgu Husni keluar tadi. Dia kata kelas Sejarah petang tak ada.. Kenapa ?"

"Oh.. Baguslah. Begini, kalau aku cerita kat sini tak syok. Better aku bagitau kau esok, ya. Sebab kepala aku sakit.." kata Fazree lalu meletakkan kepalanya diatas meja.

"Cheh.. Apo dah.. Kedekut punya kawan.." kata Emir merungut.

-Kuala Lumpur International airport (KLIA)-

'Mana la dorang ni. Leceh betul aa~' bisik Fazree dalam hati. Dia melirik jam ditangannya. Pukul 2 petang. Tiba² dia terpandang 7 lelaki, tinggi, bermata sepet. Dia memegang banner berukuran 40×40 cm. Akhirnya mereka pun perasan dan mula mendekati Fareez.

End flashback

"Esok korang kena lapor diri kat sekolah aku.." kata Fazree tiba² menyebabkan mereka yang lain mula buat muka tak senang.

"Hah ? Besok ?? Tak boleh ka minggu depan ke.."

"Ha'ah.. Nanti laa sekolah tu.." kata V. Dia mula mengantuk akhirnya dia oran pertama landing di atas katil.

"Apa nanti². Kamu kena pergi juga.. Jadual kamu tu esok.." bebel Fazree. Yang lain hanya mengangguk lemah.

"Hmm.. Yelah². Dah aku nak tidur.. Jaljayo gudnite~ " kata Jungkook lalu menyanyi lagu B1A4 - Baby gudnite.

"Ingat ! Esok aku bangunkan kamu. Jangan tidur lewat !!" kata Fazree lalu keluar dari bilik mereka.

Esok

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Fazree bangun lalu ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk solat subuh dibiliknya. Selesai saja solat, dia menuju ke bilik BTS dan mendapati mereka masih lagi diulit mimpi. Fazree membuka pintu perlahan-lahan dan menggeleng kerana tabiat tidur mereka macam budak². Fazree menekan suis lampu di tepi pintu dan mengejutkan mereka untuk bersiap.

"Hoii !! Bangun !! Dah pagi dah!! " jam menunjukkan pukul 6 pagi. Sepatutnya waktu begini dah ready dengan pakaian sekolah. BTS tidak menunjukkan respon untuk bangun sebaliknya hanya menggeliat dan tidur balik. Fazree tidak ada pilihan lain. Dia keluar semula dari bilik tu dan menuu ke dapur untuk ambil sudu kayu besar dan periuk. Fazree menuju semula ke bilik BTS untuk mengejutkan mereka. Dengan kiraan 1,2,3.. dia mengetuk berkali-kali untuk membangunkan mereka.

"Hish~~ apa bising² ni ? Dah jam berapa~ alaa.. Baru pukul 6. Siapa yang jahannam sangat ni nak ketuk² bagai..." rungut Suga yang masih mamai dari tidur.

"Woi.. Jahannam apa ! Bangun lah !!" teriak Fazree menyebabkan yang lain terbangun.

"Hei, hei.. Apa yang bising ni hah ?" kata Rapmon sambil menguap macam singa.

"Dah.. Semua bangun dan bersiap.."

"Huh ? Bersiap ? Untuk apa ? Awal sangatla nak jalan.." kata V lalu menarik selimutnya dan menyambung tidurnya.

"Awal apanya ? Dah !! Bangun lah !!" kata Fazree lalu menarik mereka satu² dari katil.

"Ya, ya.. Aku bangun la ni.."

Skip

"Hei.. Fazree. Kena pakai baju apa ?"

"Apa lagi.. Baju sekolah lah. Takkan nak pakai boxer je nak pergi sekolah ?" kata Fazree.

"Agak² la nak pakai benda tu. Kami bawa baju sekolah kami. Tak apa ?" kata Rapmon.

"Hmm.. Kejap.." kata Fazree lalu membongkar almari pakaiannya. Dia mengeluarkan pakaian putih dan hijau dengan lencana dan tanda nama serta nectie warna biru gelap. "Nah ! Pakai ni.."

"Huh ? Baju sekolah ke begini ? Nerdnya, macam kau ! Hahaha !! Tapi.. Apasal kau punya warna biru kami warna putih ?" tanya Rapmon. Dia melihat baju putih dan seluar hijau tua macam budak nerd. Dia benci suasana nerd.

"Pakai jelah. Jangan nak cerewet sangat. Aku bagi masa 15 minit bersiap. Sebab aku nak gerak awal, jam 6:40.."

"Eleh.. Bagi masa bagai.. Rilek aa.."

"Eh.. Sebelum aku lupa, pastikan kena pakai nectie ni. If tak, tahulah nanti."

"Tengoklah.. " kata Rapmon malas.

"Apa tengoklah ?! Kena pakai !!"

"Hish... Yalah !!"

Thanks for reading :*
Read.Vote.Comment

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now