HARTA KARUN

585 67 6
                                    

hoseok pov

ketika kaki aku melangkah keluar dari pintu menuju ke muka pintu kapal terbang itu sejujurnya amat berat bagiku meninggalkan sahabat saudaraku yang lama aku tak jumpa. aku hanya mampu melangkah hinggalah aku duduk di tempat yang diarahkan. ketika itu, namjoon menegur aku memandangkan dia duduk disebelah aku.

"hoseok-ah... neo... gwaenchana?"

aku hanya mengangguk lemah, sambil mataku beralih ke arah tingkap kapal itu. sesekali aku mengeluh ringan sambil melihat kart airport bergerak mengelilingi kapal MAS itu.

"oh, kalau ada apa-apa, bagitau aku tau.." katanya dan aku memandangnya dan hanya mengangguk dan senyum padanya. dia menyandarkan kepalanya di kerusi sambil earphonenya dipasang ditelinga. dan sekali lagi aku memandang keluar tingkap. dan beberapa minit kemudian, kapal terbang pun bergerak dan perlahan-lahan meninggalkan KLIA.

annyeong, chingudeul..

fazree pov

tepat pukul 1:30 tengah hari, aku pulang dari sekolah, dijemput oleh pakcik sendiri. kejadian tadi pagi di KLIA amat mencengkam hati aku. tak pasal-pasal jadi mood satu hari kat sekolah. emir pun kat sekolah tegur tak tegur je. dia perasan le tu. tapi aku ada suruh dia datang rumah petang ni.

aku keluar dari perut kereta sambil beg aku kugalas kebelakang. aku berjalan hingga berhenti didepan pintu sambil kasut hitam aku kubuka dan letak di rak kasut berdekatan. dan kemudian, pakcik menegur aku.

"faz... pakcik nak pergi beli barang dapur. makcik kamu ada bagi senarai ni, kamu masuk dulu ya.." kata pakcik lembut dan aku hanya mengangguk lalu masuk kedalam terus kebilik aku. suasana rumah yang sunyi seperti dahulu kembali menjamah rumah ni.

aku merebahkan badan aku diatas katil, sambil tali leher aku kubuka dan membuka separuh butang baju aku. cuaca panas harini memang menyengat badan aku. beg sekolah aku baling entah landing kat mana.

"ah~ haus pulak.." kataku bisik sambil keluar dari bilik dan terus turun kebawah. ketika aku turun, aku menjenguh keluar ruang tamu yang sunyiㅡ

"alaa tak lama lagi emir datang le tu.." kataku perlahan, sambil ditegur oleh makcik dari belakang.

"haa... dari tadi lagi ke kamu sampai? pakcik mana?"

"pakcik keluar beli barang jap. makcik masak pe harini?" soalku. makcik hanya tersenyum melihat aku, raut wajah tua makcik yang aku sayang kurenung lama.

"makcik masak masakan kesukaan kamu. mesti kamu suka. pergilah jenguk kat dapur..." kata makcik mesra dan aku pun senyum sambil mengangguk perlahan. belum sempat makcik melangkah entah kemana, aku memeluk tubuh makcik yang dah pun aku anggap seperti ibu aku sendiri.

"terima kasih, makcik.." kataku dan makcik pun hanya menepuk-nepuk belakang aku dan aku meleraikan pelukan aku.

"badan bau nak peluk makcik pulak. sudah makan, pergi mandi, pastu solat. hmm??" katanya dan aku pun dengan malunya hanya tersengih sambil mengangguk. lupa pulak aku masih pakai baju sekolah. mestilah bau tak ingat dunia.

🍃

"dah solat?" tegur makcik sebaik sahaja aku baru sahaja keluar dari bilik.

"ya, makcik. baru je selesai... makcik nak pergi mana lawa-lawa camni?" kataku sambil melihat atas bawah makcik seperti nak pergi satu tempat.

"oh, makcik nak pergi bank. takpe kan kamu tinggal sekejap??"

"ish makcik ni. fazree dah besar la. bukan budak lima tahun nak tanya soalan camtu..." kataku dan makcik pun hanya tergelak mendengar luahan aku.

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now