Ahad malam.
Aku ajak dorang pergi karnival sesama. Kau tau apa reaksi dorang?
"Kau pergilah. Kami malas nak gerak malam-malam buta ni..."
Hek eleh ingatkan aku je yang pemalas kat rumah ni. Lagipun, baru jam 7. Bukan jam 11 aku suruh dorang keluar rumah jap. Jemur bawah matahari pun malas, ni nak jemur bawah bulan pun payah. Memang payah nak jaga dorang ni. Entah bila la ahjussi nak ambil dorang balik.
Aku pun kata...
"Biasanya waktu malam cam ni, perompak sedang berkeliaran. Siap bawa parang pistol, kau nak kena bunuh ke?"
Dan mereka pun bergegas naik atas memandangkan aku bagi dorang masa 5 minit tukar. Heheh alaa bukan perempuan pun nak ambil masa sejam nak bersiap, dengan tudung lilit sana sini... ni kalau akak aku dengar hahahah kena aku.
Kami jalan kaki je nak pergi karnival tu. Sebab, karnival tu dekat pasaraya. Jadi, anjing semua takda sebab malam. Elok la tu. Pakcik driver takde jadi, kasi exercise sikit dorang neh.
Agak dalam sejam la kami sampai kat tempat tu. Lama kan? Walaupun dekat dari rumah aku. Aku jalan ngan Namjoon dn Seokjin tu, lebih kurang 20 minit sebab anjing kambing uncle buncit tak guna tu. Kalau benda alah tu takde, 10 minit dah sampai.
Ni sejam macam dari rumah pergi KLCC. Jalan pun lambat macam siput.
"Oi, kau ni laju sangat la jalan... chill la adoii~" Yoongi menyahut dari belakang membuat aku berhenti kejap.
"Kau pun satu, lambat sangat jalan. Dah warga emas ke?"
"Dia warga perak. Belum masuk emas lagi..." sampuk Seokjin di sebelah aku. Aik? Sejak bila kau kat sebelah aku neh?
"Apa tenung-tenung? Hensem sangat ke aku sampai kau pun terpana tengok akuㅡ"
"Aku takde masa nak tengok muka kau..." kataku lalu jalan meninggalkan dia. Cehh.. rasa macam nak pijak je muka dia meluat aku.
Mata aku meliar mencari kelibat seseorang. Kata suruh tunggu kat sini. Mana diaㅡ
"BOOO!!"
Setan punya manusia tak guna kau hidup kat dunia ni 😒
"Heheh dah lama ke tunggu?"
"Tak..."
"Mana dorangㅡ"
"Dorang dimana-mana. Jangan risau la. Dorang bukannya kecik..."
Emir hanya 'ooh' sebagai jawapan. Bagus la kau tak tanya banyak sebab mood aku malam ni, malas nak bercakap.
Karnival yang setiap tahun disambut, bagiku biasa je. Sebab tiap tahun pergi, jadi bosan tu ada la sikit. Dengan pelbagai booth yang ada, menceriakan lagi suasana karnival ni. Ada booth jual baju, makanan, gajet, ish memacam lagi lah. Mini konsert pun ada.
"Jadi... nak pergi mana?"
"Aku tak tahu. Aku ikut kau jelah..." kataku dan Emir pun kata 'okay' dan aku pun ikut dia dari belakang. Kadang mata aku sempat juga meliar cari kelibat yang lain, takut nanti dorang tersasar ke....
Langsung tak nampak? Aik... cepatnya menghilang. Excited sangat le tu.
Aku terpandang satu booth menjual makanan. Daging ayam golek, fullamak... terliur aku do.
"Weyh, aku nak makan..." kataku membuatkan Emir terhenti didepan.
"Makan apa?"
"Tuu..." aku menunjuk di satu booth yang aku nak pergi. Huish~ sedap wuu...
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂
HumorWhen BTS got transfered to.... MALAYSIAN SCHOOL (Malay fanfic so dont get confused) highest ranking : #2 in Humor (170406) ♥ Start - 16 Dec 2015 End - 9 Aug 2017