OE 21

1.2K 92 11
                                    

Sekolah. Hari ni hari pertama setelah cuti yang yea~ cuti unknown lol. Hari ni hari Isnin dimana aku ditugaskan untuk menjadi MC untuk perhimpunan nanti. Jadi aku kena awal untuk datang ke sekolah. Aku mengenakan baju sekolah biru aku dan nektai serta spek mata aku. Actually aku tak la rabun sangat tapi, aku pakai spek ni... macho juga kan. Brrr~

"Fazree !! Ajak kawan kamu tu makan !!" suara Kak Fira jelas kedengaran di bawah.

"Okay~" Aku mengambil beg aku di atas meja dan beberapa buah buku. Aku keluar dan singgah sekejap di bilik BTS tu. Aku membuka pintu bilik tu dan.....

WTH? haih~

"Oi ! Apa ni intai-intai kiteeeeee~" eceh Namjoon ni. Nak 'kite kite' juga.

"BYUNT-"

"Hei, hei WOI !! jaga sikit mulut tu kalau tak nak kena cili eh... dah turun la! Kang lambat kang siap hang semua.." aku memerhati setiap mimik muka dorang. Pahal dah muka pelik.... OOOOO~

"Maksud aku... jangan lambat. Cepat turun... makan~ faham ?"

"OooooOo~ faham faham !! okay !! " kata dorang lalu mengambil beg dan buku dorang lalu turun kebawah. Aku sempat melihat senyman Hoseok aka Hobie yang dari tadi tak lekang dari mulutnya. Agaknya, dia ingat aku ke tak ya...

***
~NOBODY'S POV~

"Kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Sedia? 1, 2, mula..." Murid-murid mula menyanyikan lagu diiringi oleh aluna muzik yang bergema di seluruh dewan sekolah.

"Ppssttt~ Fazree tak ajar pun pasal lagu ni. Apa kita nak buat?" - Jungkook

"Molla... nak lari tak boleh~ banyak kot security kat sini..."- Namjoon

"Alaaa... acah-acah tahu je lah" - Jimin

"Ehem !!" tiba-tiba satu suara berdehem disebelah mereka. Kelihatan satu pelajar dengan pakaian sekolah biru yang agak kemas, nektai yang kemas dan yeah~ agak pendek about~ 160 cm. Ehehee~

"Pffttt.. adik kau eh ?" kata Jungkook memerli kepada Jimin sebab pengawas itu betul-betul berdiri di sebelah Jimin.

"Cehh.. asal pendek je aku.." kata Jimin. Sesekali Jimin menjeling kearah pengawas yang masih kaku berdiri di sebelah Jimin.

"Yaw~ namja-kkum !! Kau.... security sekolah eh ?" kata Jimin bisik. Pengawas itu langsung tidak beri respon malah dia mengeluarkan buku nota kecil dan pen dan mula menulis sesuatu di buku nota.

"Wehh.. apa budak tu tulis?" tanya Namjoon.

"Molla.. tapi dia tulis nama kita lorh~" kata Jimin dengan nada riangnya. Dia tidak tahu bahawa pengawas itu sedang mencatat nama mereka kerana bising semasa perhimpunan.

"Nama aku letak 'Park' kat belakang tau. Nanti orang tak kenal... hehee~" bisik Jimin dengan pengawas itu.

"Done! lepas perhimpunan kita jumpa. Tataaa~" kata pengawas itu lalu berjalan meninggalkan mereka.

"Apa yang done?" soal Jungkook.

"Molla" jawab Jimin selamba. Mereka tidak tahu bahawa akan ada denda yang mereka akan lakukan atas kesilapan mereka. Huehuehue~

***
"HUH~ HUH~"

"Aaaaarrgghh~"

"Saem ! i mean~ ciguuu~ lama lagi ke nak berhentiiii" rungut Namjoon. Namjoon, Jimin dan Jungkook didenda berlari satu padang sekolah sebanyak 10 round kerana bising semasa perhimpunan sekolah.

"Teruskan larian kamu. Ni denda kamu sebab bising dalam perhimpunan..." jerit Cikgu Adri, guru disiplin sekolah dan juga guru kelas mereka. Fazree hanya kaku berdiri disebelah Cikgu Adri.

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now