OE 27 - SEOKJIN

1K 87 4
                                    

"WHATT???? KITA MASAKK????" Jerit Hoseok.

"Eii... kalau ya pun jangan la menjerit.. sakit oo telinga akuu~" kata Jimin yang kebetulan berada di sebelah Hoseok.

"Kenapa? Kau taknak join ke?" tanyaku.

"Bukan taknak join... tapi~" pandangan Hoseok tertumpu kearah Namjoon dan Taehyung.

"Apa pandang pandang?? Nak ragukan kami ke??"

"Tak la... cuma yea~ ingat tak masak dorm kita hampir terbakar??"

"Weihh.. jangan ungkit lagi boleh tak? Seokjin dah tolong ungkitkan jadi kau jangan nak cuba ungkit lagi..." kata Namjoon. Aku hanya tersengih melihat dorang ni.

"Okay okay... dah.. aku tau kita nak masak apa..." kataku lalu mengambil kertas dan pen diatas meja dan duduk ditempat aku balik.

"Kita nak masak apa?"

Aku menulis diatas kertas 2 menu yang aku rasa sihat. Jeng jeng jeng...

[esok]

"Pertandingan??"

"Ya. Cikgu akan adakan pertandingan. Siapa yang menang akan mewakili sekolah dalam acara memasak ini, tak kira lelaki atau perempuan... so, ready??" kata cikgu itu. Apalgi, Namjoon tak habis-habis gelak dengan Yoongi tu. Nak samakan aku dengan cikgu la tu. Cehh

"Ready!!"

"Okay, dalam masa 2 jam dari sekarang.... mula masak!!"

Aku mula mengarahkan itu ini dan aku harap apa yang aku harapkan menjadi. Bukan senang nak masak ramai-ramai camni. Lagi-lagi....

"HYUNG!!!" jerit Jungkook.

"Apa?"

"Seaweed soup... dorang makan ke?"

"Asal kau tanya?"

"Yelah... yelah~" kata Jungkook dengan muka kau-pasti-ke-nak-masak-tu-? Aku just bagi muka yelah-kot....

2 jam bagaikan 2 minit oh tuhan.... cepatnya masa.

"Ok... semua dah siap??"

"Siap... cikgu!!"

"Baik.. saya menjemput pengetua..."

Pengetua??!

"Guru Disiplin..."

Cikgu DISIPLIN???!

"dan wakil penyelia kantin untuk menjadi juri dalam pertandingan ini.. baik, kumpulan pertama... sila hantar juadah kamu..."

Dan begitulah hinggalah kumpulan kami yang terakhir. Aku, Yoongi, dan Hoseok membawa menu kami dan meletakkan di atas meja hadapan juri.

"Ni masakan korea ke?" tanya pengetua.

"Ya cikgu.."

"Tak pernah saya makan makanan korea ni. Saya cuba ya?"

"Baik cikgu.."

Dan mulalah sesi rasa merasa antara juri ni. Berdebar mestilah ada. Tipu la takda...

Setelah selesai sesi merasa, sesi pemarkahan, akhirnya keputusan pun ada ditangan pihak juri.

"Baik... setelah para juri merasa masakan kamu yang unik, menarik dan sedap... agak susah untuk kami blaaa~"

Lama pulak ceramah dia....

"Dan kini... keputusan ada ditangan saya tetapi... pemenang akan diumumkan selepas rehat nanti..."

"Alaaaa~" rungut satu kelas. Apa tidaknya... tetiba nak umumkan lepas rehat cehh...

"Baik... pertandingan dah habis, jadi boleh balik kelas..."

"Cehh... cikgu tu. Nak bagi suprise lepas rehat konon. Punya la penat.." rungut Yoongi. Aku hanya mengangguk tanda setuju denga Yoongi.

"Eh jap!!" jerit Jimin.

"Kenapa kau ni??"

"Aku perasan something... Taehyung mana??!"

Dan semua pun saling berpandangan dan fikir dimana alien satu ni menghilang.....

◆◆◆

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now