author pov
hari jumaat sebelum bermulanya cuti sekolah setelah selesai menduduki peperiksaan semester satu. dan pada hari jumaat itulah ada segelintir pelajar berpakat ramai-ramai agar tidak menghadiri sekolah pada saat-saat terakhir dengan alasan...
"alaa.. mak bapak aku dah book tiket nak flight pigi afrika. takkan nak tolak?"
"mak ayah aku dah siap packing balik kampung. kenalah tolak awal sebab nenek aku kat kampung dah nak kahwin ngan duda kampung sebelah..."
"alaa dah tahu pun cuti 2 minggu.. pepandai le nanti roger-roger..."
dan begitulah alasan-alasan yang selalu diberikan. namun bagi fazree dan babun-babunnya...
"hari terakhir pun nak sekolah? tak payah la~"
"tak boleh.."
"kita cuti la eh~ semalam ramai kot berpakat taknak turun hari ni..."
"tAK BOLEH!!"
"fazㅡ"
"TAK... boleh.."
dan mereka pun juga turut berpakat nak kenakan fazree pada hari tu juga tapi tak kesampaian sebab rancangan mereka dah pun diketahui oleh fazree sendiri.
🍃
jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. keadaan sedikit bebas memandangkan guru-guru sibuk dengan mesyuarat itu dan ini. dan waktu begini lah yoongi mula beroperasi setiap hari ditandas.
"hyung~ boleh tak dalam sehari je takpayah pergi tandas?" ujar jungkook setelah penat melihat yoongi tiap hari menghilang dikala tepat pukul 7:30 pagi.
"kau diam lah! mana la aku tahu, perut aku meronta aish!!" dan yoongi pun lari keluar ke kelas dan turun menuju ke tandas lelaki yang berhampiran.
beberapa minit berlalu, zatul datang dengan harapan seseorang yang dia ingin jumpa ada dikelas. namun, hampa kerana tidak ada langsung kelibatnya. dia melirik ke belakang kelas dimana fazree dan kawan serumahnya duduk berkumpul, berborak dan bergelak bersama. zatul menarik nafas dalam sebelum menuju ke tempat duduk mereka itu.
dia makin menghampiri dan namjoon perasan dengan kehadirannya itu. zatul hanya mampu senyum dan namjoon pun teragak-agak dan bagi senyuman paksa walaupun dalam hati meronta taknak.
"err... hai..?" kata zatul membuatkan yang lain termasuk fazree terkejut dengan kehadirannya.
"eh, zatul... ada apa?" tanya fazree dan zatul hanya tertunduk-tunduk memandangkan dia tak pernah tegur menegur terutama rakan sekelasnya sendiri.
"uh? uhm... yoongi hadir tak?"
"yoo-yoongi???"
"apasal dia cari yoongi hyung?" - taehyung
"entah.. tak pernah-pernah ada yeoja cari atok tu.." - namjoon
"sasaeng dia kot.." - seokjin
"ke, girlfriend dia? huish cepatnya..." - hoseok
dan bermacam lagi perkataan mereka keluar membuatkan fazree tak selesa. nasib baik zatul sepatah haram pun tak faham apa yang mereka bisikkan.
"oh, tadi dia kata nak pergi tandas. mungkin dia masih kat sana kot..." kata fazree dan zatul hanya mengangguk perlahan.
"oh, thanks..." katanya senyum lalu berjalan keluar dari kelas.
"aik.. macam tu je?" kata namjoon dengan nadanua yang tak puas hati.
"habis, kau nak ape?"
"yelah... at least bagi la kek ke.. ni tak. main lalu je..."
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂
HumorWhen BTS got transfered to.... MALAYSIAN SCHOOL (Malay fanfic so dont get confused) highest ranking : #2 in Humor (170406) ♥ Start - 16 Dec 2015 End - 9 Aug 2017